Cerpen 1

Malam ini, aku dilinangi oleh air mata. Aku betul-betul lemah dan aku tidak tahu apa yang aku boleh lakukan. Andai sahaja aku ada kekuatan yang banyak, akan aku sembuhkan Wani biar dia boleh sentiasa berada di pangkuanku dengan suara gelak tawanya. Walaupun dia masih hidup tapi semua itu tiada maknanya jika dia tidak dapat untuk bergelak ketawa seperti dulu. Dia hanya mampu untuk berbaring dan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Maafkan saya saudari,saya tak nampak tadi.”
“Takpelah, lain kali nak cepat pun gunalah mata tu elok-elok,”
“Ya, saya tak sengaja. Biar saya tolong kutipkan buku untuk saudari,”
“Tak apa.. saya boleh buat sendiri…” kata gadis itu tegas. Aku tidak endahkan apa yang gadis itu cakap lalu terus tunduk ingin mengutip alat tulis yang berjatuhan ke atas jalan semasa bertembung dengan gadis itu.
“ Nah, ini pen awak!” aku menghulurkan sebatang pen yang aku kutip di bawah kakiku. Gadis itu mengangkat wajahnya memandang aku sambil mengambil pen yang aku hulurkan tadi. Apabila aku melihatkan wajah gadis itu, aku terpegun sebentar. Matanya seolah-olah memukau aku untuk terus menatap wajahnya. Dia gadis yang cantik. Matanya begitu ayu dan menunujukkan kepada aku betapa polosnya diri gadis itu. Buat kali pertamanya aku kembali merasa sesuatu berbisik di hatiku tentang satu perasaan yang indah. Aku berasa begitu gembira apabila melihat wajahnya.
“Wei, saudara….,” satu suara menyentak renungan mataku pada gadis itu. Suara itu kecil sahaja tapi kasar. Aku menoleh ke belakang. Seorang lagi gadis bertudung biru laut berdiri dengan muka yang agak marah. Aku segera berdiri dan berhadapan dengannya.
“Ada apa? Kau ni siapa?” tanyaku.
“Aku kawan dia. Kau nak kacau dia ya?”
“Kenapa? Tak bolehkah?”
“Tak boleh. Dia gadis yang baik. Budak macam kau ni hanya nak mempermainkan hati orang saja!” terang kawan gadis itu. Aku tiba-tiba tersentak dengan kata-kata kawan gadis itu.
“Kau panggil aku budak? Wei, mak cik… jangan pandang orang tak pakai mata tau! Apa kau pikir orang yang pakai kemas dan bergaya tu saja yang baikkah? Orang macam aku yang berpakaian selekeh macam ni, semuanya orang jahatkah?” jawabku tegas mempertahankan diri aku yang terkena tikaman kata-kata kawan gadis tu tadi.
“Apa? Kau panggil aku mak cik? Wei, budak.. memang budak-budak macam kamu nilah yang paling banyak merosakkan gadis-gadis pada zaman sekarang tau! tengok dari pakaian pun tahu…..!” kata-kata kawan gadis itu smakin menusuk ke hati aku. Sakit hati rasanya mendengar kata-katanya. Belum sempat aku ingin menjawab lagi kata-kata kawan gadis itu. Gadis itu mendapatkan kawannya.
“ Maafkan kawan saya….. jom Mira,” gadis itu memohon maaf bagi pihak kawannya lalu menarik tangan kawannya pergi dari situ. Aku tak sempat pun bertanyakan nama gadis yang bertembung dengan aku tadi. Semua ni disebabkan kawannya yang terlalu berlagak tadi tu.
Tak apa, universiti ni nampak saja luas tapi aku pasti akan dapat cari kau nanti. Dan masa tu, aku bukan saja akan tanya tentang namamu malah semua tentang dirimu, wahai gadisku. Hatiku berbisik menyimpan satu tekad untuk mengenali gadis itu kelak.
“ Jas…” satu suara menyentap lamunan panjangku. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengan Wani. Walaupun perjumpaan kami bukanlah satu pertemuan yang agak baik tapi aku gembira kerana Allah menemukan aku dengannya. Aku menoleh melihat gerangan yang menyentap lamunanku tadi. Oh, Mira rupanya.
Mira datang menghampiriku. Diletakkan tangannya di atas bahuku;
“Jas, tenanglah… kau mesti kuat dan banyakkanlah berdoa kapada Allah S.W.T agar Wani selamat. Yakinlah yang Wani pasti tak suka jika dia tahu kau sedih macam ni di sebabkan dia, dia selalu cakap yang dia nak tengok kau selalu senyum dan gembira.”
Mendengar kata-kata Mira, hatiku bertambah sayu. Aku semakin tak dapat menahan gelora kerisauan terhadap Wani. Aku tak mahu kehilangan dia. Aku terlalu menyayangi dirinya. Aku ingin hidup dengannya.
“Hmm, betulkah dia cakap macam tu?”
“Ya,jas. Bagi dia,kegembiraan dalam hatinya akan buat dia juga sentiasa gembira.” Jelas Mira lagi. Aku tersenyum sekejap dan kembali murung apabila melihat Wani yang berbaring di depan ku. Dalam keadaan koma, tak sedarkan diri. Mana mungkin aku boleh gembira sedangkan gadis yang amat aku cintai sedang bertarung nyawa sama ada untuk hidup ataupun mati. Semua ini menyakitkannya. Mana mungkin aku mampu untuk gembira. Aku diam sahaja mendengar apa yang Mira jelaskan kepadaku. Kami diam sahaja sambil merenung kearah tubuh wani yang sedang berbaring di hadapan kami. Selepas beberapa minit, Mira keluar dari bilik itu meninggalkan aku sendiri.
“Wani, jangan tinggalkan abang. Wani sayang abangkan? Wani mesti bangun. Abang tunggu wani ni. Jangan biarkan abang tunggu. Sedarlah cepat, abang mahukan Wani sahaja. Sedarlah.” Itulah yang aku selalu bisikkan ke telinga wani. Aku tahu dia dapat mendengar suaraku walaupun aku tahu dia tak dapat nak menunjukkan sebarang reaksi untuk apa yang aku katakan padanya. Setiap kali aku berbisik di telinganya, aku takkan dapat menahan sebak pilu di hatiku. Curahan air mata akan selalu keluar dari bola mataku. Aku takut kehilangan Wani. Selepas berbisik di telinganya, aku berjalan kearah tingkap untuk merenung keluar tingkat. Termenung panjang.
Alamak.lambat lagilah hari ni ke kelas! Rungutku melihat bas UNIC yang tak bergerak lagi kerana menunggu pelajar. Selagi tak penuh, selagi itu bas tu takkan bergerak. Aku mula mengeluh panjang. Tapi aku tak boleh nak buat apa, kalau jalan kaki sekalipun aku memang dah lambat.
Sampai sahaja di dewan kuliah, aku terus masuk perlahan-lahan. Aku tak mahu pensyarah sedar tapi keadaan dewan yang agak senyap membuatkan pensyarah aku, Puan Zainab menyedari aku masuk ke kelas ikut pintu belakang.
“Hah, jas! Kenapa baru sampai?”
“Maafkan saya puan. Saya terlambat bangun tadi.” Aku menjawab sambil tersengih.
“Dah tahu lambat, mengapa masuk kelas lagi? Awak tahukan yang saya tak suka pelajar datang lambat ke kelas! So, sekarang….?” Puan Zainab memang orang yang tegas. Dia paling tak suka ada pelajar yang datang lambat ke kelasnya.
“So, saya keluar dululah ya,puan.”
“Tahupun. Tutup pintu bila dah keluar nanti’” aku menganggukkan kepala dan terus berlalu keluar. Hmm, kena halau pulalah. Malangnya nasibku hari ini. Aku mengeluh lagi. Aku tak terus balik. Selepas keluar dari dewan kuliah itu, aku duduk di sebatang kerusi di hadapan dewan kuliah. Aku membebelkan sikap Puan Zainab yang terlalu tegas dengan pelajarnya.
Sedang aku sedang membebelkan Puan Zainab, aku di sapa oleh satu suara lembut seorang gadis. Aku berpaling kearah suara itu dan aku melihat gadis yang bertembung dengan aku hari itu. Aku tersenyum. Aku tak sangka dapat berjumpa dengan dia sekali lagi.
“ Apa yang awak buat di situ?”
“Tak da buat apa,” jawabku ringkas.
“Tiada kelas kah hari ini?”
“ Ada tapi baru saja di halau keluar sebab aku datang lambat ke kelas hari ni,”
“Oh macam tu! Oh ya, hari itu,saya berlanggar dengan awak, barang-barang saya jatuh jadi awak tolong kutipkan. Dan masa itu juga, saya terkutip pen ni. Ini pen awakkah?” tanya gadis itu sambil mengeluarkan sebatang pen daripada beg tangannya. Dihulurkan aku sebatang pen. Penku yang aku sangkakan telah hilang dan tak boleh aku dapatkan kembali.
“Ya, ini memeng pen saya, dah lama saya cari. Rupanya ada dengan awak. Terima kasih ya?”
“Tak apa, saya pun nak minta maaf sebab kawan saya yang marah-marah pada awak hari itu. Dia itu memang macam tu, dia tak mahu ada orang yang cuba nak ganggu saya. Dia sayang sangat pada saya,” jelas gadis itu dengan wajah yang begitu tulus memohon maaf bagi pihak kawannya. Aku menggelengkan kepala;
“ Saya tak ambil hati pun. Awak jangan risaulah.”
“Senang dapat embalikan pen itu pada awak, sekejap lagi saya ada kelas jadi saya jalan dulu ya?” gadis itu senyum dan membelakangi aku mencongak langkah untuk pergi.
“Hei…,” aku tiba-tiba memanggilnya. Aku tak tahu bagaimana aku boleh tiba-tiba memanggilnya. Saat dia ingin berlalu pergi tadi, aku terasa aku seperti melepaskan satu peluang untuk mengenali gadis itu dan saat itu juga aku seperti akan kehilangan dia jika membiarkan gadis itu pergi begitu sahaja.
Gadis itu menoleh saat aku mengeluarkan kata ‘hei’ itu tadi.
“Ada apa?”
Aku bangun dari duduk dan menghampiri gadis itu. Aku merenung kearah mata gadis itu tapi aku tak begitu kuat. Dia terlalu menawan. Bola matanya yang jernih menunjukkan sekali lagi kepolosan budi gadis itu.
“Namaku jas. Awak?”
“Aku Wani. Selamat berkenalan,” gadis itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menyambut salaman itu sambil tersenyum.
“ Berapa nombor akaun?”
“Hah? Nombor akaun? Nak buat apa?”
“Ops maaf, hmm.. maksudku nombor telepon awak berapa? Nanti saya boleh kacau-kacau…” aku cuba mengusik.
“Oh, nombor telefon ada tapi kalau nak, usahalah… saya tak boleh bagi. Okeylah, I need to go. Bye…” selepas melontarkan kata-kata itu, Wani,gadis itu terus meninggalkan aku di situ. Aku diam saja sambil melihat wani pergi dari pandangan mataku.
Aku pasti akan dapatkan nombor telefon kau, Wani dan semua tentang diri kau. Aku akan mengenali kau nanti. Kau nak aku usaha dan kau akan nampak usaha aku. Aku sekali lagi menanam tekad di hati ku.
Seperti tekad yang aku tanam dalam diri aku, akhirnya aku dapat mengenali Wani. Dalam masa yang singkat saja aku dah rapat dengannya. Ternyata Wani memang seorang gadis yang menarik dan terlalu baik. Kelembutan hatinya membuat aku rasa tenang dan gembira bersamanya. Selepas dua bulan aku rapat dengannya, aku mula ingin memiliki dia untuk menjadi kekasih hatiku.
“Kenapa kita ke sini?” tanya Wani.
“ikut saja… jangan risau Jas tak buat apa-apa pun,” meyakinkan wani.
“Kita di Puncak Bistar dan di dari sini kita dapat lihat pemandangan Universiti Utara Malaysia ni dari pandangan atas,” sambungku sesampainya kami di Puncak Bistar.
Wani diam dan melihat pemandangan itu. Dia tercengang melihat pemandangan itu. Pemandangan yang begitu menarik dan indah nian.
“Kenapa jas sudi bawa Wani ke sini?”
“Sekejap lagi,Wani akan tahu..”
“Tahu apa?”
“Pandang ke depan dan tengok pemandangan itu baik-baik, Wani akan nampak sebab nya Jas bawa Wani ke sini…” Wani diam saja dan melihat pemandangan di hadapannya sambil menanti apa yang aku katakana tadi. Wani begitu sabar menunggu. Tiba-tiba sebiji belon berwarna merah yang besar terapung di hadapan Wani. Wani melihat belon itu ada satu huruf tertulis; “ I”. kemudian diikuti oleh empat biji belon yang terapung serentak dan ada tulisan juga; “L-O-V-E”. Wani mula tersenyum dan menanti perkataan yang terakhir dan dua biji belon terapung naik lagi dari arah bawah dan kali ini tertulis nama; “WA-NI”. Perlahan-lahan Wani menoleh ke belakang dan memandang aku.
Aku tersenyum. Aku tak tahu apa yang Wani rasa masa itu,sama ada dia sukakan ataupun tidak. Itupun menjadi tanda tanya yang kuat buat aku pada masa itu. Rasa nak lari pun ada. Wani pula diam lalu berjalan menghampiri aku. Aku menguatkan diri untuk terima apa juga yang menjadi keputusan Wani.
“Kenapa?”
“Kenapa apa? Kau tak suka ya?”
Wani menggelengkan kepala perlahan. Nampaknya aku gagal hari ini. Dia tak sukakannya. Aku tetap senyum, menahan rasa malu. Aku menatap wajah wani dan tiba-tiba aku ternampak dia tersenyum. Aku menjadi hairan.
“Bukan itu maksud Wani. Wani tanya kenapa….kenapa lambat sangat nak bagitahu. Wani dah lama tunggu tau!” aku terkejut apabila Wani berkata begitu. Aku terlalu gembira lalu memeluknya sekuat hati aku. Aku begitu gembira sekali. Tiada satu kata yang mampu menggambarkan perasaanku pada masa itu. Aku berjaya memiliki Wani, gadis impian yang aku inginkan selama ini.
“Wani dah lama menyimpan perasaan pada jas Cuma Wani tak pandai nak luahkan. Wani mengharapkan jas untuk mula dulu. Wani…Wani…sentiasa gembira setiap kali kita bersama. Dan Wani tahu Jas dapat bahagiakan Wani selalu.” Jelas Wani pada aku.
Kata-kata Wani itu masih lagi segar di ingatanku bahkan selalu terngiang-ngiang di telingaku. Aku berharap sekarang agar wani segeralah sedar dan temani aku. Aku masih mahu mendengar derai tawanya yang akan sentiasa membuat aku hidup. Mungkin kerisauan yang aku alami dalam diriku sekarang ini sama dengan kerisauan yang pernah aku lihat di mata wani apabila dia tahu aku pengsan semasa aku di kelas. Air matanya mencurah-curah keluar dari matanya. Aku tahu dia begitu menyayangi aku sepenuh hatinya. Dan aku harap aku tidak lagi akan menatap mata kerisauan di mata wani. Aku mahu dia selalu gembira dan ceria di sisi aku. Aku tak sanggup untuk tengok dia menangis.
“Abang, Wani bahagia sekali bersama abang,”
“Abang pun macam tu juga.”
“Tapi kenapa dua tiga menjak ni abang jarang senyum dan usik Wani? Biasanya setiap kali jumpa, ada saja yang abang buat untuk buat Wani ketawa,” Wani berterus-terang. Aku diam sahaja. Aku tak tahu ingin menjawab apa untuk soalan itu. Melihat aku diam sahaja, Wani terus menggenggam tanganku. “Abang marah Wani, ya?”
“ Tak adalah, kenapa cakap macam itu pula? Abang ok,”
“Abang, sungguhpun kita belum lagi berkahwin dan duduk di bawah bumbung yang sama tapi kita dah hampir 2 tahun kita kenal. Wani dah boleh baca gerak-geri abang tu. Andai Wani ada buat salah pada abang tanpa Wani sedari, Wani minta maaf, ya?”
Mendengar Wani berkata begitu, aku jadi serba salah. Aku tak mahu dia menyalahkan diri tanpa ada sebab yang kukuh.
“Wani… janganlah pikir macam itu lagi. Abang dua tiga hari tu, bad mood sikit. Abang yang harus minta maaf dengan wani sebab buat wani susah hati pikirkan abang,”
Aku memberikan alasan yang boleh menyenangkan hati Wani.
“Betulkah ni,abang?”
“Ya, sayang. Wani nak denda apa dengan abang?”
“ Wani nak denda apa ya?” wani berpikir untuk mencari denda yang sesuai untuk aku. Aku diam saja. Menunggu denda dari wani.
“Baiklah, wani dah pikirkan denda yang sesuai untuk abang!”
“Apa dendanya?”
“Tapi abang harus janji yang abang akan tunaikannya?”
“Yer abang janji,”aku menjawab sambil menghulurkan jari kelinkingku. Wani menyambut jari kelingkingku dengan jari kelinkinkingnya dan terikatlah janji kami.
“Wani nak abang janji yang abang akan selalu senyum dan gembira sebab kegembiraan abang adalah kegembiraan Wani,” aku tersenyum mendengarnya. Wani juga tersenyum. Aku tahu dia paling suka melihat aku dalam gembira.
“Jas, di sini rupanya kau ya?” sekali lagi lamunan panjang aku diterpa masuk oleh satu suara yang garau. G-liq sedang berduduk di sebelah aku. Suasana taman yang begitu indah.Lanskap taman hospital itu memang cantik kerana pokok-pokoknya di tanam dengan teratur. Aku ke situ untuk menghirup udara yang segar sedikit kerana terlalu lama menemani Wani di dalam bilik hospital.
“Aku dapat rasa apa yang kau rasakan sekarang Jas?”
“Terima kasih,Gliq. Kau memang kawan yang memahami,”
“ Tapi apapun yang kau rasakan sekarang, kau tak patut menghukum diri kau, dari semalam kau tak makan tau, nanti kau pengsan pula. Kau tu ada penyakit gastrik.” G-liq menasihatkan aku. Aku diam saja. Aku memang tiada selera untuk makan pun masa itu.
“Tak apalah, aku dan Mira nak pergi makan dulu, kau nak aku bungkuskankah?”
Aku tak menjawab dan hanya menggeleng-gelengkan kepala. Melihat aku begitu, G-liq pun meninggalkan aku di situ. Aku pun menconggak langkah untuk kembali ke bilik wad untuk melihat keadaan Wani.
“Jas….. Jas…. Jas…..! telefon kau ni ada orang telefon,” G-liq menghulurkan telefon bimbitku. G-liq adalah kawan sekolah menengah dulu dan sampai sekarang sama-sama masuk ke Universiti dalam bidang yang sama. Teknologi maklumat.
“Hello? Assalammualaikum?”
“Wa alaikumsalam, Jas. Ini Mira ni,”
“Hah, ada apa Mira?”
“Wani… Wani…” suara Mira agak bergetar dan aku mulai rasa cemas apabila mira menyebut nama Wani dua kali dan suaranya pula bergetar. Aku kuatkan minda dan otak aku untuk berfikir secara rasional dan tenang.
“Kenapa dengan Wani? Dia sakitkah?”
“Wani kemalangan jalan raya masa dalam perjalanan balik dari Alor Setar dengan seorang kakak senior. Sekarang Wani berada di hospital di Alor Setar,” aku terkejut. Aku rasakan seluruh badan aku kau untuk bergerak dan kapalaaku seolah-olah di hentam kuat oleh sesuatu yang kuat. Aku tak boleh bergerak. Perlahan-lahan kelopakmata aku mulai berair.aku mula terbayangkan pelbagai perkara yang tidak menentu. Telefon bimbit di tanganku jatuh terlepas dari genggaman tanganku. Aku menjadi terlalu lemah. Aku jatuh bertelut dan G-liq segera mendapatkan aku.
“G-liq…. Wani, ada di hospital.. dia kemalangan!” aku memberitahu G-Liq. G-liq mendapatkan kereta untuk membawa aku pergi ke hospital. Dan Mira ikut sekali. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku begitu risau dan gelisah memikirkan tentang Wani. Air mata asyik melimpah keluar dan waktu itu, aku bukanlah seorang yang kuat untuk menerima jika ada sesuatu yang hilang dalam hidupku.
Aku membuka pintu bilik dan menghampiri katil di mana Wani sedang berbaring.
Aku menatap wajahnya. Wani jangan tinggalkan abang. Abang nakkan Wani dalam hidup abang. Sedarlah cepat. Abang tunggu ni. Aku mencium dahinya sebelum melabuhkan punggungku di atas sebuah kerusi di tepi katil Wani.
Keadaan terlalu cepat dan aku tak tahu bagaimana ianya terjadi. Wani tiba-tiba bereaksi di luar kawalan seperti ingin melepaskan diri dari sesuatu. Badannya meronta-ronta. Aku dengan perasaan yang cemas berteriak memanggil doktor atau siapa saja untuk bertolongan sambil menahan tubuh Wani yang meronta-ronta daripada jatuh dari atas katil. Seketika kemudian, doktor dan beberapa orang jururawat datang dan aku di minta keluar dari bilik itu. Aku berduduk di luar bilik sambil menunggu doktor untuk datang.
“Jas…”
“Mira.. G-liq…, Wani tiba-tiba meronta-ronta seperti orang gila tapi dia tak sedarkan diri. Dia solah-olah sedang bertarung untuk melepaskan diri. Aku takut…. Aku tak mahu dia mati… aku tak mahu….” Aku menangis, aku lemah, aku tak mampu berdiri di atas kai sendiri pun. Aku lemah. G-liq memapah aku untuk duduk kembali di atas kerusi.
Beberapa minit kemudian,doktor pun keluar dari bilik wani. Aku mendapatkannya dengan segera.
“Bagaimana keadaan dia,doktor?”
“Jangan risau, dia dalam keadaan yang stabil. Sekarang banyakkan berdoa agar dia cepat sedarkan diri. Sungguhpun dia stabil tapi itu tidak semestinya dia akan sedar dengan cepat,”
“Terima kasih doktor,” ucap G-liq.
Aku berjalan menuju ke arah surau hospital untuk menunajkan sembahyang hajat untuk memohon kepada-Nya agar umur Wani masih dipanjangkan.G-liq dan Mira pula di dalam bilik Wani untuk menjaga Wani.
Aku terlalu penat. Selepas menunaikan solat hajat, aku duduk menyandar di dinding surau di masjid itu. Mataku mulai tertutup.
Aku segera membuka mata. Aku tak dapat melihat apa-apa. Yang aku nampak hanya putih. Aku kehairanan. Tiada sebarang objek pun yang aku dapat lihat di situ. Semuanya terlalu putih.
“Abang….”
Aku segera menoleh dan mencari-cari dari mana suara itu datang. Tapi aku masih tidak dapat menangkap suara itu. Suara itu semakin lama semakin hampir.
“Abang…”
Walaupun aku tidak tahu dari mana datangnya tapi aku sudah mulai mengecam akan suara itu. Aku tahu milik siapa suara itu.
“Wani… wani…. Mana kau?”
Aku memandang sekeliling. Berpusing-pusing mencari di mana kelibat Wani, gadis yang telah memenangi hatiku. Penat aku mencari, suara itu semakin hilang. Aku amat penat, aku pun memejam mataku sambil berbongkok memegang pinggangku.
“Abang…”
Suara itu lagi. Aku membuka mata semula. Keadaan sudah berubah. Tadi semuanya putih dan kali ini semuanya gelap yang menerangiku hanya kilauan bintang yang banyak di atas kepala ku. Di atas langit. Sekali lagi suara itu, menerpa benakku dan kali ini, aku dapat melihat seorang gadis di hadapanku.
“Wani…?” aku cuba memanggil nama Wani. Dari bentuk badannya aku tahu itu adalah wani. Aku tak salah lagi. Itu memang Wani. Gadis itu berpusing menghadap aku. Dan ternyata itu, memang Wani. Wani berpakaian serba putih. Tudung dan baju kurungnya semua putih. Wajahnya pula nampak kemas dan begitu cantik sekali.
“Abang, Wani minta maaf abang kalau Wani pernah buat abang sakit hati dan buat abang marah. Maafkan Wani jika ada sebarang kekurangan di dalam cinta Wani buat abang…”
“Wani.. jangan cakap macam tu,sayang. Wani sayangkan abangkan? Abang tak mahu Wani cakap macam tu. Bagi abang tiada yang kurang pada cinta Wani pada abang.”
Aku mencelah dan menjelaskan. Wani tidak senyum. Dari raut wajahnya aku dapat lihat kesedihan dan rasa serba salahnya pada aku.
“Maafkan Wani, abang. Wani tak dapat selalu di sisi abang. Wani mesti pergi,”
“Wani… jangan tinggalkan abang Wani.. Wani tahukan macam mana abang begitu menyayangi Wani,” aku cuba memujuknya tapi pujukkanku hanya dibalas dengan senyuman sayu daripada Wani. Aku terdiam seketika. Wani berpaling membelakangi aku dan mula berjalan ke satu arah yang lain. Meninggalkan aku sendiri di situ.
“Wani…Wani…Wani….Wani……..!!!!” aku berteriak memanggil namanya. Tapi sayangnya Wani tidak menoleh lagi. Dia terus berjalan dan hilang dari pandanganku. Aku pula tidak mampu lagi untuk berteriak.
“Wani, kenapa tinggalkan abang Wani? Kenapa?”
“Jas…bangun…” aku disentak dan terbangun dari tidurku kerana dikejutkan oleh G-liq. Aku rupanya bermimpi tadi. “astagafirullah al azim,” aku beristaghfar mengingat Allah yang Maha Kuasa.
“Mana Wani,G-liq?”
“Wani dah sedarkan diri, jas..”
Mendengar kata-kata G-liq, aku tak berkata apa lagi lantas berdiri dan berlari keluar. G-liq mengikut sahaja aku dari belakang. Mira pun ada sedang menunggu aku di depan surau. Aku memasang kasut dengan cepat tanpa peduli kasut aku bertali atau tidak. Hati aku melonjak-lonjak ingin melihat Wani dan aku tahu Wani juga pasti tidak sabar untuk berjumpa dengan aku.
Wani, abang datang ni. Abang tahu Wani akan berusaha untuk hidup. Abang tahu wani takkan tinggalkan abang. Abang yakin itu. Hatiku berbisik gembira. Di telinga ku terngiang-ngiang suara Wani~ “Wani takkan tinggalkan abang…”. Aku berlari secepat yang mungkin untuk mendapatkan Wani. G-liq dan Mira juga ikut berlari mengikut di belakangku. Sesampainya aku di bilik itu,aku terus menolak pintu dan menerobos masuk
ke bilik itu. Langkah aku untuk mendapatkan Wani terhenti apabila aku melihat di sekelilingnya ada beberapa orang di situ. Itu mungkin ahli keluarga Wani. Aku menghampiri katil itu perlahan-lahan sambil menghulur salam,
“assalamu alaikum,”
Salam aku di jawab mesra. Aku bersalaman dengan semua yang ada di situ. Mak Wani, ayah dia dan kakak dia dan seorang lagi lelaki yang aku tak penah lihat. Walaupun aku tak pernah bersua muka dengan mak,ayah dan kakak Wani tapi aku pernah melihatnya dari album foto Wani. Tapi lelaki yang satu lagi aku tidak kenal langsung.
“Wani…,” nada ku lembut menyapa wani yang masih terbaring tapi telah sedarkan diri. G-liq dan mira sampai lalu bersalaman dengan semua yang ada di situ.
“Abang im..” aku tersentak bila wani tidak memanggil namaku tapi memanggil nama lelaki yang aku salam tadi. Lelaki itu pantas mendapatkan Wani duduk di sebelahnya. Wani terus memegang tangan lelaki itu. Aku semakin tercengang tapi aku diam sahaja. Aku tidak faham apa yang sedang terjadi.
“Abang im, siapa mereka ni?” satu pertanyaan yang dilontarkan oleh Wani kepada lelaki itu. Walaupun suara Wani kecil dan lemah tapi aku dapat mendengarnya dengan jelas. Aku semakin hairan. Kenapa Wani tak kenal aku? Bukankah aku orang yang dia paling sayang dan yang dia cintai. Aku berundur beberapa langkah ke belakang. Aku memandang wajah Mira. Mira tunduk saja. Mira nampak sedih. Aku memandang G-liq pula, G-liq juga diam. G-liq menghampiri aku dan berbisik di telingku;
“Jas, dia tak ingat apa-apa tentang kita. Dia seperti telah kehilangan separuh memori hidup dia dah hilang mungkin sebab kepalanya terhentak kuat sesuatu yang keras semasa kemalangan itu.”
“Jadi dia tak kan ingat aku? Kita?”
G-liq tunduk tidak menjawab. Apabila aku pandang mira, mira menggeleng-gelengkan kepala menjawab persoalan yang bermain di benakku tadi. Aku tersenyum lalu memandang wani.
“Wani, jaga diri dan semoga kau cepat sembuh, ya? Doa kami sentiasa bersama denganmu,” selepas berkata begitu. Aku berjalan menuju pintu keluar. Aku semakin terhuyung-hayang menerima satu lagi percubaan dalam hidupku. Aku terlalu sedih dan sekarang aku terlalu lemah. Tapi aku kuatkan juga diriku untuk berjalan keluar dari bilik itu segera.
Ya, Allah… hanya Engkau yang faham betapa aku mencintai Wani dan aku tahu yang Engkau pasti kembalikannya kepada aku. Aku akan sabar menanti, aku akan tunggu. Hati aku hanya untuk dia. Kadang-kadang aku rasa hidup ini terlalu di uji dan terlalu menyakitkan dan kita manusia hanya mampu terima dengan senyuman tanpa ada rungutan kerana kita hamba-Nya yang selalu buta dan serba kekurangan. Wani, abang tunggu Wani. Abang akan sentiasa menunggu Wani. Wani pasti kembali ke pangkuanku. Aku yakin dan aku percaya.