Cerpen 2


Cha sedang berjalan memasuki pintu bilik kuliah di dewan gugusan 3, sebuah dewan besar. Cha selalu datang lambat bila ada kuliah. Masuk saja di pintu bilik kuliah itu,sudah ramai pelajar yang telah sampai sehingga tiada tempat duduk di bahagian hadapan. Cha selalu bersama dua orang kawannya, su dan za. Hubungan meraka memang rapat. Cha seorag gadis yang berkulit putih dan seorang pelajar semester tiga yang sering menjadi perhatian ramai pelajar yang cuba untuk rapat dengannya. Namun Cha tidak suka sangat bergaul dengan pelajar lelaki. Cha seorang yang pemalu. Apabila ada lelaki yang cuba nak rapat dengan Cha, kawnnya, Za yang akan menghalang. Za tak suka tengok Cha rasa terganggu.
“ Hai, sini ada orang duduk tak?” Cha disapa satu suara semasa sedang duduk mendengar kuliah yang baru saja bermula lima minit lalu. Cha menggelengkan kepala sambil mengalihkan beg sandang kuningnya untuk membenarkan lelaki itu duduk. Lelaki itu segera duduk sebelum pensyarah perasan dengan kelambatannya. Sambil tersenyum, lelaki itu mengucapkan terima kasih pada Cha.
“ Hai, awak nama apa?” lelaki itu menegur Cha. Cha diam saja sambil menjeling. Cha enggan menjawab. Kebetulan pada masa itu, Za tidak masuk ke kelas kuliah kerana ada sedikit urusan. Melihat Cha berdiam dan tidak melayan, lelaki itu pun diam dan mengeluarkan notanya.
Hampir setengah jam masa kuliah berlalu dan lelaki itu sekadar diam saja. Lelaki itu pun mula mengeluh kebosanan. Cha menjeling saja melihat lelaki yang ada disebelahnya itu. Lelaki iu mengeluarkan dua keeping kertas yang berbentuk kertas borang. Pada masa itu, sekeping daripada borang itu jatuh ke bawah meja tepat di bawah kaki Cha.
“Awak boleh ambilkan borang saya di bawah meja dekat kaki awak?” pinta lelaki itu. Cha tidak dapat menolak lalu tunduk dan mengambil kertas borang yang terjatuh. Cha mengambil borang itu dan ternampak perkara borang itu. Borang kemasukan untuk palapes laut ambilan ke 12 untuk pelajar baru semester satu. Cha menyerahkan borang itu dan terus menyerahkan kepada lelaki itu. Lelaki itu senyum dan mengucapkan terima kasih.
“ Awak nak masuk dalam palapes laut kah?” tiba-tiba Cha melontar satu pertanyaan pada lelaki itu. Lelaki itu amat terkejut apabila gadis itu tiba-tiba mahu bercakap dengannya tapi lelaki itu buat slamba macam tak terkejut sedikit pun.
“ Ya, kenapa? Awak berminat?”
“ Em., ya. Di mana awak ambil borang ni? Saya pun nak isi juga.”
“ Awk nak borang macam ni ya… hah, kebetulan tadi saya ada ambil lebih borang untuk member tapi tak apalah. Awak ambillah.” Lelaki itu pun menbuka beg dan mengeluarkan dua kepig borang yang sama dan dihulurkan pada Cha. Cha tersenyum.
“ Terima kasih, taka pa kah ni? Kawan awak nanti macam mana?”
“ Tak apa, nanti saya buat salinan borang saya untuk kawan saya nanti lagipun tak isi apa-apa lagi.” Jelas lelaki itu.
“ Oh ya, saya Cha. Nurul Aisyah. Maaf sebab tak layan awak tadi.”
“ Cha. Tak pa saya tak kisah sangat. Saya Jas. Nama panjang dan nama pendek sama.” Perbualan antara mereka bermula selepas masing-masing tahu dengan nama masing-masing. Lagipula mereka mempunyai minat yang sama untuk menyertai palapes Laut. Itulah kali pertama mereka saling kenal dan semasa pemeriksaan kesihatan, sekali lagi mereka berjumpa. Sekali lagi jas dan cha berbual kosong sambil ejek-mengejek antara satu sama lain. Walaupun mereka baru kenal tapi sudah mula berani ejek-mengejek antara satu sama lain.
Jas dan cha akhirnya telah di terima untuk menyertai Palapes dengan mudah kerana syarat kelayakkan mereka. Walaupun Cha seorang yang rabun tapi dia tetap dia telah lulus dalam temuduga maka tiada halangan lagi bagi Cha walaupun dia ada sedikit masalah rabun. Sejak hari itu, Jas telah menyiasat numbor telefon bimbit Cha. Jas akhirnya dapat dan mula menganggu Cha melalui system pesanan ringkas (sms). Cha ada sedikit rasa terganggu dengan mesej-mesej apatah lagi mesej itu datang dari orang yang tidak di kenalinya. Pada satu malam selepas roll call untuk palapes Laut, Cha dan jas duduk di Café sambil bebual kosong sehingga Cha tiba-tiba menimbulkan hal mesej yang dari seorang lelaki misteri.
“ Jas… dalam beberapa hari ni Cha sering dapat mesej dari seorang yang gelar dirinya Si Misteri. Rasa terganggu juga sebab Cha tak kenal dia tapi tahu Cha di mana dan apa yang Cha buat?” keluh Cha pada Jas. Jas terdiam sekejap.
“ alahai, rupanya Cha terganngu. Tak baik aku buat dia macam tu. Baik mengaku sajalah.” Bisik hati Jas yang sedang berasa serba salah pada perbuatannya.
“ Jas tahu siapa si Misteri itu… Sebab kawan Jas tu memang suka jadi si Misteri.”
“ Jadi itu kawan Jas ya? Siapa?” Tanya Cha penuh keinginan untuk tahu.
“ Orangnya tu taklah comel tapi kacak boleh tahanlah juga. Berbadan slim dan tinggi. Dulu berrjanggut dan suka pakai baju kemeja hijau ke kuliah…” saat jaas menyebut keeja hijau, cha sudah mula mengecam orang itu dan dia pun tersenyum. Lalu segera mencelah;
“ Ya, orangnya tu kuat ketawa dan suak usik orang. Selalu tidur dalam kelas dan suka nyembang kan? Dia tu pun palapes Laut juga kan?” Jas menganggukkan kepala. Jas tahu Cha sudah dapat mengenalpast yang si misteri itu adalah Jas.
“ Nampaknya Cha dah tahu…” sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Kenapa Jas buat macam tu? Kan lebih beik kalau Jas mengaku saja yang jas yang Sms Cha.”
“ Sorry ya? Jas tak berniat pun nak buat cha rasa terganggu. Jas Cuma nak jadi kawan Cha. Kalau boleh nak jadi…”
“ Jadi apa?”
“ jadi sahabat Cha dan tenmpat Jas cerita jika ada masalah.”
“ Kenapa Jas pilih Cha?”
“ Sebab kita boleh jadi rapat lagipula kita kan satu ambilan Palapes, mesti banyak masa kita bersama,kan?”
Cha terdiam seketika dan tersenyum, “Cha tak kisah kalau Jas nak kita jadi kawan baik. Lagipun Cha tak ada kawan baik lelaki. Janji kita kena jujur dalam persahabatan tau?”
Jas tersenyum lalu menjawab; “ya betul, jas akan jujur dalam persahabatan kita. Lepas ni kita akan kongsi semua hal kita dan masalah kita bersama,k?”
“ok..”
“kalau macam tu kita janji?” Jas menghulurkan jari kelingkingnya untuk mengikat janji dengan Cha.
Cha menyambut jari kelingking Jas dan berjanji. Mereka berdua tersenyum. Jas dan Cha sama-sama gembira kerana dapat menjalinkan persahabatan bersama. Jas tiba-tiba terhidu sesuatu. Wajahnya berubah sedikit seperti tidak menahan dengan bau yang dia terhidu. Cha diam saja.
“ Cha ada terhidu sesuatu tak?”
“Terhidu apa?” Cha bertanya kehairanan.
“Cha buang angin ya?”
“Mana ada!” Cha tunduk berasa malu. Jas tersenyum.
“ Di café ni ada beberapa orang saja. Tapi mereka duduk di sana, baik Cha mengaku! Tak usahlah nak tipu!”
“ Sorry ya Jas. Cha tak sengaja.” Akhirnya Cha mengaku juga. Jas tersenyum.
“ Tak senonohlah Cha ni…” Jas mengejek Cha lalu Jas tersengih-sengih. “Erm…”
“Janganlah ejek Cha!”
“ hehehehe.. sebenarnya jas pun nak…”
“ Nak apa?” cha mencelah pantas. “alah, dah terlepaslah Cha!”
“Jas pun buang angin juga?” Jas menjawab dengan menganggukkan kepalanya. “Ish, tak senonohlah Jas ni!”
“Alah sama-samalah kita tak senonoh…” mereka sama-sama ketawa kuat apabila mengenangkan perangai mereka sendiri. Hari itu jadi kenangan lucu buat mereka berdua. Persahabatan yang bermula dengan penuh derai ketawa Jas dan Cha.
Hari demi hari mereka semakin rapat. Latihan palapes merapatkan mereka apatahlagi banyak kelas Jas dan Cha sama. Mereka sama-sama belajar dalam bidang teknologi maklumat. Kekerapan mereka berjumpa mereka bertambah rapat. Mereka selalu duduk di café pada waktu malam dan bercerita tentang masalah masing-masing. Cha sudah pun mempunyai teman lelaki yang bernama Said dan Jas juga ada teman wanitanya, Myra. Masalah dalam percintaan mereka selalu dijadikan topic perbualan apabila duduk bersama.
_____________________________________________________________________
“Abang lambat hari ni. Kenapa? Pergi mana tadi?”
“Maaf sayang. Abang jumpa Cha tadi. Pulangkan nota TIA yang abang pinjam semalam. Dah lama tunggu?” Jas meminta maaf dari Myra. Myra juga seorang pelajar Universiti yang sama, Cuma aliran bidang yang mereka ambil berbeza. Myra mengambil bidang pengurusan perniagaan.
“Oh, dari jumpa Cha lah ni ya? Kenapa tak jumpa lama-lama lagi? Abang boleh hantar mesej untuk batalkan temu janji kita hari ni.” Sinis dari Myra.
“Bunyinya semacam cemburu. Ayang cemburu ya? Kalau pun nak cemburu, janganlah pada Cha. Dia tu kawan baik abang..”
“Siapa cemburu? Tak ada masa nak cemburu-cemburu.”
“Eleh, tengok muka pun tahu cemburu. Dahlah jangan buat muka macam tu, Tak lawa. Jom, makan. Abang lapar ni. Dah tiga hari abang tak makan?”
“Hah, tiga hari? Biar betul abang?” soal Myra risau.
“Yer, tiga hari tak makan tengah hari tau… sebab abang selalu makan Lunch…” Jas ketawa sendiri. Myra menjadi bengang lalu mencubit manja perut Jas.
“Abang ni nakallah… suka nak menyakat ayang…” Jas menolak tangan Myra lalu digenggamnya. Sambil tersenyum Jas menarik tangan Myra ke arah tempat mengambil makanan. Itulah Jas dan Myra. Hubungan mereka Nampak baik tapi sebenarnya kadang-kadang ada rebut juga. Mujur Jas seorang yang pandai memujuk Myra. Jas seorang yang pandai berkata manis. Itulah kelebihan yang ada pada Jas sehingga ramai perempuan yang mudah tertarik padanya pada kali pertama berjumpa dengannya.
________________________________________________________________________
“Hello, abang. Apa khabar? Abang tak kerja hari ini?” Tanya Cha pada Sai. Teman lelaki yang sudah bekerja. Beza umur Cha dengan Sai cuma setahun. Sai tidak menyambung pelajarannya kerana beberapa masalah yang dialaminya. Namun itu bukan penghalang bagi Cha untuk bercinta walaupun berada jauh. Dunia sekarang adalah dunia di hujung jari. Mahu apa saja,boleh asal mahu usaha. Percintaan Cha dengan Sai sudah setahun lebih. Mereka selalu berhubung melalui telefon saja. Hanya dapat jumpa sesekali.
“ Hari ini abang kerja petang. Ayang tiada kuliah?”
“ Hari ini satu kelas saja. Baru saja balik ke bilik. Rindunya dengan abang!” Cha begitu merindui Sai. Itulah hubungan antara Cha dan Sai. Mereka selalu berbual di telefon sampai berjam-jam. Cinta jarak jauh memang memerlukan kesetiaan yang kuat baru dapat kekal.
Cuti semester untuk semester dua bermula. Semua pelajar sibuk berebut-rebut menaiki bas awam untuk ke Bandar Alor Setar untuk mendapatkan bas untuk pulang ke kampung. Begitu juga Myra. Jas menemani Myra menaiki bas ke alor setar. Jas juga menemani Myra sehingga bas Super bertolak. Bas Myra bertolak pada pukul 8.30 malam. Jas dan Myra duduk saja sambil berbual-bual kosong.
“ Esok abang abang ada latihan palapeskan? Kesian abang, masa orang lain tengah cuti… abang pula latihan,”
“tak apa, abang yang nak masuk palapes ni dan abang tahu akan jadi macam ni. Ayang jangnlah risau sangat ya,”
Myra menganggukkan kepala seraya senyum. Jas juga tersenyum. Bas Myra akan bertolak sekejap lagi, Jas mengangkatkan beg ke tempat simpana di bahagian bawah bas. Mereka berdiri depan pintu bas sambil menatap mata masing-masing.
“Abang pasti rindu dengan cik Myra abang!” Jas melepaskan rasa berat hati untuk Myra untuk pulang bercuti di kampung halaman.
“ Abang…”
“ya?”
“ maafkan ayang jika pernah membuat abang tidak senang hati dengan sikap ayang… ayang sayang sangat dengan abang,” Myra melepaskan kata-kata yang membuat Jas kehairanan. Jas tidak tahu apa yang difikirkan Myra pada masa itu. Jas tersenyum lagi lalu memegang kedua-dua tangan Myra.
“ Myra cakap apa ni. Ayang selalu buat abang senang hati. Jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Abang pun sayang sangat dengan ayang… balik nanti jangan lupa kirim salam dengan mak ya?” selesai berkata-kata, Jas menarik hidung Myra manja.
“ Insya allah bang, bas ayang dah nak bertolak. Abang jaga diri baik-baik dan pergi latihan elok-elok. Ayang sayang sangat dengan abang. (terus memeluk Jas) ayang sayang dengan abang….” Sikap Myra membuat Jas berasa tidak senang hati. Myra tidak pernah memeluk dia apabila nak balik ke kampung.
“ Ayang…”
Myra melepaskan pelukan dan terus menyalam tangan Jas. Jas bertambah hairan dengan sikap Myra. Myra tersenyum dan menaiki bas. Jas memandang Myra tanpa ada satu kata yang ingin dia lafazkan. Senyuman Myra teramat berbeza saat itu. Degupan hati Jas bertambah tidak menentu. Myra tidak pernah memeluknya dan menyalam tangannya. Dari sebalik kaca tingkap bas, Myra menyampaikan sesuatu. Jas membaca gerak mulut Myra – “sentiasa senyum”. Itulah Myra ingin sampaikan. Dalam keadaan yang masih berfikir, Jas cuba senyum. Di kepala otaknya. Beribu persoalan mengapa Myra begitu berkelakuan pelik seperti itu. Bas Myra bertolak selepas seminit Myra duduk di atas bas. Jas melihat saja bas itu berlalu di hadapannya.
Jas masih berdiri tidak bergerak. Kaku di tempat dia berdiri dengan kebengangan dan beribu persoalan.
“ Woi, apa kau buat berdiri di sini?” Jas disentak oleh satu suara daripada seorang kawannya.
“Zul, kau rupanya? Apa kau buat di sini?”
“ Aku baru hantar Azie tadi. Dia balik bercuti di Terengganu dengan kawannya. Lepas ni aku pun mahu balik Johor ni. Kau pula?”
“ Aku ada latihan palapes seminggu jadi aku tak boleh pergi mana-mana dulu. Mungkin lepas dari latihan baru aku pergi Johor.”

“ Oh, basku jam sebelas. Apa kata kau teman aku makan? Aku tiada kawan sekarang ni.” Zulkifli mengajak paksa pada Jas. Jas tidak menolak kerana belum pun member apa reaksi, lengannya telah ditarik Zulkifli. Zulkifli kawan senegeri Jas. Sama-sama orang Sabah negeri di bawah bayu. Mereka rapat semenjak semester sebelum Jas menyertai palapes. Dan hingga sekarang juga, mereka masih rapat. Jas pun menemani Zulkifli ke kedai makan. Mereka berbual-bual tentang saat-saat mereka menghabiskan cuti bersama di UUM selama dua minggu bersama-sama.
________________________________________________________________________

Dalam perjalan menuju ke KD Sri Penang, Jas dan Cha berbual sekejap. Rakan-rakan yang lain sedang berdiam dan berasa takut bercampur risau. Walaupun mereka tidak menyatakan apa yang mereka rasakan saat itu tapi melalui raut wajah mereka dapat di lihat apa yang mereka sedang rasakan ketika itu.
“ Jas, Cha takutlah…” Cha menyatakan perasaan gundahnya kepada Jas.
Jas tersenyum sambil meratap wajah Cha tenang. “Jas pun takut juga tapi kita kenalah kuatkan diri dan berani. Kan kita sendiri yang pilih untuk menyertai Palapes ni. Cha janganlah takut. Nanti Jas pun bertambah takut.”
“ Tapi masa di sana nanti kita mesti kena teruk dengan jurulatih,kan? Hmm…”
“Dahlah jangan mengeluh. Jas akan sentiasa sokog Cha. Cha kan gadis yang kuat dan berani. Semua tu kita akan tempuh bersama rakan-rakan seperjuangan kita yang ada dalam bas ni. Cha bawa bertenang ya?”
“ Yalah, terima kasih ya, Jas! Jas memang seorang kawan yang baik. Cha akan ajdi kuat.” Cha tersenyum sambil menunjukkan reaksi yang bersemangat kepada Jas. Jas yang melihat Cha dalam keadaan bersemangat berasa hialang sedikit takut dan risau.
“ya, kita pasti boleh…”

Latihan palapes bermula pada waktu cuti, latihan palapes bertempat di Pulau Pinang. Jaas, Cha bersama 32 lagi rakan seangkatannya menjalankan tugas dan arahan daripada jurulatih yang bertugas dengan gigih. Walaupun mencabar fizikal dan mental namun ini dapat membentuk keperibadian seseorang kepada seorang yang lebih berdisiplin dan berdedikasi. Dalam palapes laut, mereka dilatih untuk menjadi lebih kemas dan bersih. Setiap malam, bilik mereka akan diperiksa, ada saja masalah walaupun telah membersihkan bilik mereka. Apabila ada kotoran di bilik, mereka akan didenda dengan pelbagai cara tentera. Bukan sekadar bilik tapi juga tandas. Tadas yang kotor dan basah perlu sentiasa kering dan berbau wangi. Pelbagai cara juga mereka membersihkan dan megereingkan tandas itu tapi pasti ada saja yang bermasalah dan mereka akan dikenakan denda. Sama ada berguling,tekan tubi, bangkit tubi, star jump dan banyak lagi. Namun semua ini adalah untuk membentuk diri lebih bersih dan kemas. Tidak kurang juga dengan makan, ada cara untuk makan. Piring tidak boleh berbunyi. Andai saja pinggan itu berbunyi, pasti akan duduk di bawah meja. Prosedur untuk makan juga amat protocol. Pada mulanya sukar bagi mereka untuk menerima keadaan seperti ini tetapi alah bias tegal biasa. Mereka sudah semakin boleh menerima hidup sebagai seorang palapes laut yang sukar tapi menyeronokkan.
Beribu kenangan yang mereka bawa pulang selepas seminggu menjalani latihan yang sukar dan mencabar mental dan fizikal mereka.
“ Akhirnya, kita Berjaya juga mnjalani latihan dengan baik dan mudahkan.”
“Ya, betul tu. Macam nak terus berada di sana tapi kita ni Cuma pasukan simpanan lagipun kita masih belajar lagikan?” Jas menyuarakan pendapatnya. Mereka semua pulang dengan satu senyuman kepuasan selepas menempuh latihan pertama dengan sabar.
“ Kita ada cuti seminggu lagi, Jas tinggal di kolej saja atau balik kampong?” tanya Cha semasa di atas bas dalam perjalanan pulang ke UUM.
“ Tak. Jas mungkin akan pergi Johor dengan seorang kawan. Rasanya dia sedang tunggu Jas pulang UUm sekarang ni.”
“ Kawan Jas tu duduk UUM sambil tunggu Jas kah? Sanggupnya dia tunggu Jas selama seminggu ya?”
“Taklah. Dia pun baru habis dari ekspidisi untuk Kelab Kembara. Kami dah rancang nak sama-sama pergi Johor. Sekarang ni Jas nak telefon dia tapi Jas tak bawa telefon pula!”
“ Jas tak bawa telefon Jas ya? Tak apa pakailah Cha punya!” sambil menghulurkan telefon Motorola hitam model l-7nya kepada Jas. Jas tidak menerimanya dengan alasan mereka sudah hamper sampai di UUM.
“ Kenapa Jas tak bagitahu awal-awal? Boleh Cha pinjamkan dari tadi?”
“ Tak apa, kawan Jas tu seorang yang takkan mungkir janji jadi Jas tak perlu telefon.”
“Jas percaya ya pada kawan?”
“Jas percaya pada semua kawan-kawan Jas apatahlagi yang rapat dengan Jas. Macam Cha, tak rapat dengan Jas. Jas percaya 50 peratus saja!”
“ish 50 peratus saja? Sedikitnya… kedekut…”
“ Hehehehe… taklah… Cha kan kawan baik perempuan Jas. Kepercayaan Jas pada Cha lebih 100 peratus tau. Sebab itulah Jas sayang sangat pada Cha.”

Cha tersenyum mendenagr kata-kata jas. “Jas ni suka nak mengusik Cha tau. Cubit nanti baru padan muka.” Hubungan persahabatan Jas dan Cha semakin akrab semenjak mereka bersama-sama menjalani latihan palapes selama seminggu itu.
________________________________________________________________________

“ Huh, penatnya hari ini. Penang bukannya jauh pun tapi perjalanan balik ke UUM ni memenatkan tau!” Cha mengeluh panjang sambil meletakkan barangnya di kafetaria Perwaja, kafetaria kolej kediaman bagi anggota palapes laut, darat, dan udara. Cha berduduk sebentar di kafetaria itu. Jas juga meletakkan beg di kafetaria itu tersenyum kepada Cha. Kawan-kawan mereka yang lain terlalu penat dan terus masuk ke bilik untuk berehat.
“ Kenapa Jas tak terus masuk bilik? Tak penat ker?” soal Cha sambil menatap wajah Jas yang sedang melabuhkan punggung di kerusi berdekatan dengan Cha. “
“ Cha pula kenapa tak terus masuk bilik?”
“ Ish, tanya Cha pula? Cha nak rehat sekejap di sini sebelum masuk ke bilik.”
“ Kalau macam tu, Jas tak masuk bilik lagi sebab nak teman Cha di sini.” Jawab Jas ringkas. Cha pantas terus mencubit perut Jas. Jas ketawa kegelian apabila Cha menyentuh perutnya. Cubitan Cha sedikit pun tidak menyakitkan.
“ Assalamualaikum…” mereka berdua di sapa dengan satu huluran salam. Mereka pantas menoleh kea rah suara itu.
“Wan, kau rupanya! Tahu-tahu saja kau, aku baru sampai.”
“ Aku nampak ramai orang di situ lagipun kau sendiri yang beritahu jadual kau sampai di UUM ke aku.” Jawab Wan lengkap. Cha berdiam saja kerana tidak mengenali lelaki itu.
“Oh ya, Wan. Ini Cha…. Dan cha ini pula Wan, kawan yang akan pergi ke Johor dengan aku esok.” Cha tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Wan. Wan menyambut mesra salaman daripada Cha.
“ Wan, ka ada bawa telefonku?” tanya Jas tidak sabar ubtuk mendapatkan telefon bimbitnya. Sudah hampir seminggu lamanya, Jas tidak berbual dengan Myra. Wan mengeluarkan telefon bimbit Jas dan menyerahkannya pada Jas tanpa sebarang kata. Jas mengambilnya pantas dan terus menekan ke ruangan mesej.
“ Kau nak buat apa tu Jas?” Wan melontarkan soalan yang bagi Jas adalah satu soalan yang tidak seharusnya ditanya. Wan buakn tidak mengenali Myra dan bagaimana Jas menyayangi Myra.
“ Apa yang kau tanya ni? Mestilah nak sms Myra. Kalau dia dah balas nanti, aku terus telefon dia. Kau macam tak tahu pula!”
“ Yalah Wan. Orang dah seminggu tak dengar suaralah katakan,” Cha menyampuk.
“ Jas, Myra takkan balas! Dia dah tak ada!” Wan memegang bahu Jas. Jas tersentak seketika kemudian tersenyum semula. Wan suka bermain-main dengannya.
“ Memanglah dia tak ada. Dia di kampung sekarang.” Jawab Jas slamba.
“ Ta, Jas. Myra sudah tiada di dunia ini lagi…. Dia dah meninggal Jas,” Wan Cuma memahamkan keadaan sebenarnya. Jas berasa berang dengan kata-kata Wan lalu berdiri dan terus menarik kolar baju Wan. Wan tidak berbuat apa-apa. Cha pantas berdiri dan memegang tangan Jas yang sedang memegang kuat kolar baju Wan.
“Apa yang kau cakap ni, Wan? Mati ni tak boleh dibawa main tau.”
“Tak jas, selepas kau bertolak ke Penang hari itu. Aku terus menerima panggilan daripada ibu Myra. Myra terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa perjalanan pulang ke kampungnya.” Jelas Wan dengan penuh jelas. Perlahan-lahan Jas melepaskan gengaman di kolar baju Wan. Jas kembali berduduk semula. Cha juga terkejut dengan perkhabaran itu. Cha turut simpati terhadap nasib yang menimpa Jas. Cha segera duduk di sebelahnya sambil memegang bahu Jas. Wan membetulkan pakaiannya lalu turut memegang bahu Jas.
“ Jas, kuatkan semangat kau.” Wan memberi satu kata dorongan kepada Jas. Jas hanya berdiam dan termenung panjang. Kepala otaknya mula berkecamuk namun tiada siapa yang tahu. Gelora rindu di hatinya menjadi sayu dan pilu.
“ Jas, jas sabar ya? Allah lebih menyayangi dia,” cha mengeluarkan kata-kata untuk menenangkan Jas.
“Cha… Cha baliklah ke bilik dulu... jangan risau, Jas nak dudk sendiri sekejap.”
Cha terdiam sekejap lalu memandang wajah Jas. Jas mungkin ingin mengeluarkan airmatanya tetapi masih dapat di tahannya kerana Cha masih ada di situ. Kemudian Cha memandang Wan. Dengan wajah sayu, Wan mengangukkan kepalanya sekali dua sebagai tanda setuju agar Cha meninggalkan Jas di situ untuk lebih bertenang.
“Baiklah Jas. Cha masuk ke bilik dulu. Jika ada apa-apa nanti yang Jas nak kongsi, Jas sms Cha ya?” Cha menawarkan dirinya untuk menjadi pendengar yang baik. Cha dapat merasakan apa yang di rasakan oleh Jas pada masa itu. Dalam kepenatan daripada latihan di tambah lagi dengan kepiluan di hatinya dengan pemergian satu orang yang begitu dia sayangi. Sudah semestinya satu keperitan pada hati,jiwa dan raga Jas saat itu. Namun tiada sesiapa yang lebih memehaminya selain daripada diri Jas sendiri. Cha mengangkat begnya dan berlalu pergi meninggalkan Jas dan Wan di Kafetaria itu dengan berat ati melihat Jas yang masih dalam keadaan terkejut dan sedih serta kepenatan. Bagaimana agaknya dapat Jas melelapkan matanya walaupun sedang penat selepas mendengar berita yang mengejut ini.
Wan mengangkat beg besar Jas. Niat untuk membantu Jas namun Jas melarang Wan untuk menolongnya dengan alasan yang dia masih mampu untuk mengangkat begnya. Wan pun ingin meninggalkan Jas seorang diri di situ.
“ Wan, beri aku sebatang rokok?”
“ Tapi Jas? Kau kan dah berhenti hisap rokok?”
“ Bagi sajalah. Tak usah banyak tanya!” suara Jas akan keras. Wan terdiam dan terus mengeluarkan sebatang rokok dan pemetik api dan dihulurkan kepada Jas.
“Jas, aku rasa kau perlu bersendiri sekarang. Aku balik ke bilik dulu. Esok kita bertolak ke Johor bersama. Esok aku singgah di bilikmu,” jelas Wan. Jas membakar rokoknya dan dihisapnya perlahan. Jas tidak menjawab pada apa yang dicakapkan oleh Wan. Melihat Jas tidak menjawab, Wan mula mengorak langkah untuk belik ke biliknya.
“Wan….” Langkah Wan terhenti lalu bepaling pada Jas. Jas tidak menoleh pun semasa Wan berpaling padanya.
“Ada apa, Jas?”
“Sebelum kita ke Johor… boleh kau temankan aku ke Melaka? Aku nak menziarahi kubur Myra.”
“ Errmm… baiklah…,” Wan bersetuju. Wan menyambung semula langkahnya untuk kembali ke biliknya di kolej kediaman MISC yang bersebelahan dengan Kolej kediaman perwaja.
Jas berduduk sendiri. Di matanya hanya terbayangkan wajah-wajah ceria yang sering dilihatnya kini sudah pergi meninggalkannya. Di telinganya masih terngiang-ngiang suara Myra. Di ingatannya menerpa kali terakhir Jas melihat Myra. Kata-kata Myra saat itu;
“ Maafkan ayang jika pernah membuat abang tidak senang hati dengan sikap ayang… ayang sayang sangat dengan abang,” itulah kata-kata pelik yang mula di ucapkan oleh Myra semasa ingin menaiki bas. Kelakuan pelik Myra juga ialah memeluk dan menyalam tangan Jas. Jas tidak sedar sedikit pun yang Myra sedang memberikan tanda-tanda untuk meninggalkan dunia itu buat selamanya. Pemergian Myra selepas bas bertolak. Kesedihan yang Jas alami saaat itu amat mendalam. Puas dia menahan air yang bertakung di lopak matanya. Akhirnya jatuh berlinangan juga. Jas teramat lemah saat itu. Rokok yang masih menyala bara di tangannya di hirupnya dengan baik. Teramat sakit rasanya dengan kehilangan Myra.
____________________________________________________________________
“Dah lama rasanya tak lepak ngan Jas. Semenjak kehilangan Myra, dia dah banyak sekali berubah. Dia tak banyak bercakap dengan kawan-kawannya lagi. Memang satu pukula yang hebat buat Jas,” Ghaffar, salah satu kawan yang sama-sama dalam satu ambilan palapes dengan Jas. Ghaffar sedang duduk bersama dengan beberapa orang anggota palapes sedang berduduk di kafetaria perwaja. Antaranya ialah Aspah, Amir, Sharkawi, Nikmah, Cha, Sakinah dan Yahya.
“ Ya betul tu. Dah hampir tiga bulan dia macam tu.” Sambung Nikmah.
“Aku dapat rasa yang Jas sedang begitu sedih sekarang. Sukar bagi kita untuk memujuk dia. Apatahlagi dia sudah kurang bercakap dengan kita.” Cela amir.
“ tamparan ni memang hebat bagi dia. Kalau aku sendiri pun mungkin jadi macam tu…” sharkawi menyambung lagi. Cha Cuma duduk berdiam saja apabila mendengar kawan-kawannya berbual dan memalingkan beribu pendapat tentang jas yang sudah berubah sikap. Walaupun sudah tiga bulan, keadaan jas sama saja. Masih bersedih dengan pemergian Myra. Apabila latihan palapes, jas memang kurang bercakap. Perubahan Jas teramat ketara. Anggota intake palapes malah senior-senior midshipment yang agak rapat dengan Jas menyedari perubahan Jas itu.
“Cha…. Kau cubalah pujuk Jas tu… kamu berdua kan kawan baik…?”
“ Hmm… kamu pikir senangkah nak pujuk jas… Wajahnya terlalu serius dan buat aku sendiri takut nak hampiri dia. Bukan aku saja, kawan sabahan dia sendiri pun tak berani nak dekat dengan Jas dalam keadaan macam tu.” Jawab Cha panjang lebar. Kawan-kawan yang lain terdiam mendengar kata-kata yang Cha keluarkan. Cha bangun dari tempat duduknya di Kafetaria dan berlalu pergi. Meninggalkan kawan-kawannya yang masih bercerita tentang jas. Cha nampak tidak bersemangat langsung. Dalam fikirannya hanya memikirkan kembali bagaimana ingin mengembalikan Jas yang dia kenal dulu. Perubahan Jas telah membuat hubungan mereka menjadi renggang selama tiga bulan. Cha sudah tidak lagi berbual-bual dengan Jas. Walaupun banyak kelas yang sama tapi mereka jarang bertegur sapa. Kalau ada pun bertegur sapa hanya sesekali. Itupun biasanya Cha yang akan menegur jas dulu.
Cha berjalan ke satu tempat yang agak sunyi berdekatan dengan kafetaria perwaja. Di situ, Cha mendongakkan kepala dan memandang bintang yang sedang berkelip-kelip menghiasi langit malam yang gelap. Bulan penuh di selindung di sebalk awan hitam. Hari yang begitu indah apatahlagi malam itu angina bertiup agak menyenangkan. Bunyi dedaun memecahkan kesunyian di benak Cha. Daun-daun gugur perlahan-lahan.
“Jas, ke mana kau? Aku rindu dengan Jas yang dulu. Jas kembalilah Jas,” itulah kata-kata yang sering Cha sebut saat memandang bintang ke langit.
“Jas suka tengok bintang ker?”
“Y, tengok bintang ni buat hati Jas rasa tenang tau! Cha tak suka tengok bintang ke?”
“ Biasanya tak sebab bintang tu biasa jer…”
“ Cuba Cha tengok bintang-bintang yang ada di langit sekarang,”
“Dah. Lepas tu nak buat apa?”
“Pilih satu bintang dan label dia atas orang yang kita sayang.”
“Alah Jas… sama saja bintang yang di atas langit tu… lepas label kita takkan jumpa lagi bintang tu.”
“tak apa kalau Cha tak faham maksud Jas. Sekarang Cha pilih dulu dan Cha label lu. Sekarang Cha tak boleh nak faham tapi satu hari nanti, bintang itu juga yang akan beri semangat baru buat Cha.”
“baiklah… Cha cuba… Cha nak letak nama Jas pada bintang pilihan Cha sebab Jas yang suruh buat macam ni,” malam itu Cha telah memilih sebentuk bintang yang dia namakan atas nama Jas. Jas tersenyum saja.
“Tengok bintang atau termenung?” satu suara menyapa Cha dari arah belakang. Cha pantas menoleh.
“eh, Puan Dayu rupanya!”
“ Boleh saya duduk?”
“Silakan Puan lagipun saya sendiri saja. Puan baru balik dari kelas ker?” Tanya Cha mesra, menutup rasa kebingungannya yang masih berharap Jas kembali dengan sikap asalnya. Puan Dayu adalah senior midshipment yang rapat dengan Jas. Sikap Jas yang mudah mesra dan suka menghiburkan orang di sekelilingnya sebelum ini membuat dia rapat dengan senior-senior tapi bagaimana pun tidak semua senior yang rapat dengan dia.
“Ya, saya baru habis kelas. Saya tahu Cha sedang fikirankan Jas, kan?” tekaan Puan dayu pada Cha tepat sekali. Cha menundukkan kepalanya sedikit dan tidak bercakap apa-apa. Puan dayu menyambung lagi;
“Saya pun memikirkan dia juga. Saya dah lama tak bercakap dengan dia. Setahu saya, Cha lah orang yang paling rapat dengan Jas. Ya kan? Dan bagi Saya, Cuma Cha saja yang boleh bawa dia kembali menjadi dirinya yang dulu. Dirinya yang kita semua rindu.”
“Tapi puan saya tak tahu nak buat apa. Setiap kali melihat Jas tidak senyum pada Cha, Cha rasa takut untuk menyapa dia walaupun jarak dekat tau. Saya tak berdaya.” Jawab Cha.
“Cha, walaupun Jas nampak agak garang apabila tak senyum tapi dia takkan mudah marah pada orang yang rapat dengannya. Cuba Cha bawa dia bercakap walaupun sekejap setiap hari. Pasti Cha dapat mengubahnya.”
“Saya tak berani Puan…”
“ Cha kena bawa dia bercakap. Cha tak nak kehilangan Kawan Cha? Cha nak bertambah jauh dengan Jas?” Cha terdiam sekejap. Kata-kata Puan Dayu membuat Cha berasa apa yang Puan Dayu katakan adalah betul pada pandangan Cha. Cha tersenyum pada Puan Dayu lalu mendongak ke atas melihat bintang semula.
“Aku akan kembalikan Jas aku sedaya upaya aku. Aku nak tengok dia ketawa macam dulu. Jas….” Bisik hati Cha dengan bersemangat. Saat itu, bintang yang terang bersinar di langit. Bintang yang pernah dilabelkan dulu di atas nama Jas. Semangat Cha membuak-buak. Apa yang dikatakan jas tentang bintang adalah benar. Satu hari nanti kita pasti akan lihat bintang yang dilabelkan satu hari nanti. Asalkan ada keyakinan dengan bintang yang dilihat. Cha tersenyum lebar.
Jas sedang berbaring di atas katilnya.lampu kalimantang utama di biliknya di tutup dan membiarkan lampu belajar di atas meja untuk menyinari biliknya. Agak redup dan gelap bilik Jas. Jas berbaring dan melihat ke arah kipas yang sedang berpusing laju. Di fikirannya masih segar kenangannya bersama Myra. Myra selalu membahagiakan dia. Jas amat merinduinya. Sesekali menerpa saat dia pergi ke rumah Myra selepas pemergian Myra. Jas bangun dari baring dan mencapai satu buku diari di atas meja belajarnya.
“ Jas…”
“ Ya, mak cik.” Jawab Jas. Apabila ibu Myra duduk di hadapannya semasa berduduk di ruang tamu rumah Myra. Ibu Myra menyerahkan sebuah buku diari kepada Jas. Jas terdiam dan menerimanya dengan baik.
“Apa ni, mak cik?”
“Ini buku Diari Myra. Terlalu banyak tertulis nama Jas di dalam buku ini. Dan rasanya Jaslah yang paling layak untuk menyimpannya.” Jelas ibu Myra. Jas menatap diari itu. Dibukanya lembaran pertama. Nama Jas tertera di lembaran pertama. Kasih-sayang Myra begitu besar untuk Jas. Setitis air mata jatuh menitis ke lembaran itu. Sedaya upaya Jas menahan air matanya dari terjatuh dari matanya, namun akhirnya jatuh juga. Kesedihan di hati Jas tidak siapa yang dapat faham. Terlalu sakit. Namun walaupun sudah hamper tiga bulan Myra telah pergi sesekali jatuh juga mata air Jas saat merindui Myra. Kenangan apabila ibu Myra masih segar di ingatan Jas.
Jas membuka lembaran pertamanya sekali lagi selepas mencapai buku diari yang diletakkannya di atas meja tadi. Jas tidak pernah membuka buku diari itu dan membacanya. Baginya membaca diari itu akan membuat dia bertambah sakit sekali. Lembaran pertama itu sahaja yang selalu di tatapnya kerana di lembaran itu hanya tertulis dengan saiz tulisan yang besar – Myra sayang abang Jas. Hanya itu saja yang mampu dibaca oleh Jas saban hari. Perasaan takut untuk mengetahui semua kenangan di dalam diari yang Myra tuliskan di dalam diari itu. Jas berbaring semula sambil memeluk diari milik Myra.
“ Jas, mari kita balik.” Ajak ibu Myra selepas menziarahi kubur arwah Myra. Jas tidak berganjak daripada tempat duduknya. Dia masih duduk bersila di hadapan kuburan Myra. Jas menjawab pelawaan ibu Myra dengan menggelengkan kepalanya. Jas masih mahu berduduk di situ. Ayah Myra yang melihat Jas yang menggelengkan kepala terus mengajak ibu Myra untuk pergi daripada situ dan membiarkan Jas untuk bersendirian seketika di atas kuburan Myra.
“Myra…. Kenapa ayang tinggalkan abang? Ayang masih ingat janji kita,kan? Ayang nak abang melamar ayang di atas kapal mewah,kan? Kenapa ayang pergi awal?” Jas tidak dapat menahan rasa sakitnya. Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan kepada Myra. Sungguhpun jas sendiri tahu yang Myra tidak akan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaannya itu tapi Jas tetap bertanya. Jas terlalu penat bercakap lalu berbaring di atas tanah kuburan Myra. Air mata masih berlinang membasah pipi. Jas berduduk di situ sehingga berlaung azan maghrib. Dan hujan lebat juga pada masa itu. Jas berjalan dengan badan yang lemah kerana tidak makan untuk dua hari sejak sampai di kampong halaman Myra. Dia menyusuri jalan pulang ke rumah Myra dalam keadaan hujan namun dengan badan yang terlalu lemah membuat Jas jatuh pengsan di dalam perjalanannya pulang.
“Jas….” Jas di sentak oleh suara rakan sebiliknya. Hafizuddin. Jas segera membuka matanya yang terpejam seketika. Dia segera bangun dan berduduk. Basah pipinya dengan air mata dikesatnya dengan tangannya. Jas memandang Hafizuddin seketika lalu dia berpaling muka. Hafizuddin melihat sahaja perangai Jas yang sudah malas untuk bercakap. Tidak seperti dulu apabila mereka berdua bersama di bilik, Jas selalu mecari peluang untuk mengenakan, mengampu dan menyakat Hafizuddin. Jas yang sekarang lebih suka berdiam dan duduk bersendirian.
_________________________________________________________________
“ Din, mana roommate kamu?”
“Aku pun tak tahu. Biasanya dia ada di tasik waktu-waktu macam ni. Ada apa? Nanti aku sampaikan?” terang Hafizuddin kepada Cha yang bertanyakan Jas. Cha terdiam seketika dan menggelengkan kepala dan tersenyum.
“Tak apalah, din. Aku tahu dia di mana… nanti aku cakap dengan dia sendiri. Aku memang ada hal dengan dia…” selesai berkata begitu. Cha terus mengangkat kaki mencari Jas.
“Cha….” Langkah Cha terhenti lalu berpaling pantas.
“Ada apa, din?”
“ Tolong kembalikan Jas yang dulu. Bagi aku, hanya kau seorang sahaja yang boleh memujuk dia dalam keadaan seperti ini. Aku dan kawan-kawan kita yang lain tak akan dapat berbuat apa-apa.”
Cha tersenyum.
“ I will… doakan aku,k!” mendengar Cha berkata dengan penuh semangat. Hafizuddin bertambah yakin yang Jas yang dulu pasti akan kembali. Hafizuddin tersenyum. Selepas melihat senyuman yang terukir di wajah Hafizuddin. Cha berlalu pergi menuju ke tasik Guthrie. Jas selalu menghabiskan masanya di sana semenjak pemergian Myra.
Cha berjalan kaki perlahan apabila menghampiri pondok yang telah disediakan di kawasan Tasik Guthrie di mana Jas sedang berduduk.
“Jas….”
Jas segera menoleh ke belakang dan melihat Cha sedang menghampiri pondok. Jas hanya menjeling sekejap pada Cha dan kembali melihat ke arah Tasik yang begitu tenang petang itu.
“Ada apa, Cha?”
“ Cha nak teman Jas. Boleh kan?”
Jas tidak menjawab. Dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Cha menghampiri Jas dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi simen yang disediakan di kawasan tasik itu. Jas berdiam sahaja. Cha menunggu peluang untuk membuka perbualan di antara dia dan Jas. Tiba-tiba Jas terbatuk-batuk. Dan Cha menggunakan alas an itu untuk membuka bicara.
“Jas… Jas tak sihat ker?” Cha memegang bahu Jas sambil bertanya. Jas berpaling memandang Cha.
“Tak. Aku sihat.” Jawab Jas ringkas. Cha merenung Jas. Jas terdiam.
“Jas tak boleh tipu Cha. Kita ni sahabat. Dulu apabila Cha tak sihat. Jas akan risau yang teramat sangat sampai sanggup tak pergi kuliah hanya nak menemani Cha ke Pusat Kesihatan…”
“ Tapi Jas sihat.” Jas mencelah.
“Kenapa Jas sekarang suka bersendiri? Jas dah kurang bercakap dengan semua orang termasuklah Cha sendiri. Jas… Cha tahu bagaimana Jas begitu menyayangi Myra tapi Jas mesti terima kenyataan yang Myra sudah tiada. Jas bukan macam ni… jas yang Cha kenal adalah seorang yang nakal dan penuh dengan kegembiraan… Cha rindu sangat dengan Jas yang selalu mengusik Cha.. jas yang selalu menemani Cha di saat Cha murung dan marah… Jas yang selalu bagi nasihat setiap apa yang Cha buat… Cha rindukan Jas yang penuh dengan derai ketawanya itu. Cha nak Jas yang dulu.” Cha menyampaikan apa yang terbuku di hatinya yang tidak dapat dicakapkan olehnya selama ini kerana takut pada Jas. Namun hari ini, semuanya Cha keluarkan juga. Perasaan rindunya terhadap Jas yang di kenalinya dulu teramat kuat. Perubahan Jas member satu tamparan yang kuat bagi Cha dalam hubungan persahabatan mereka.
Jas merenung mata Cha. Cha memegang lengan baju Jas agar Jas tidak melarikan dirinya daripadanya. Jas terdiam. Di mata Cha menunjukkan keikhlasan yang teramat besar dan dari mata Cha juga, Jas dapat melihat kerinduan yang kuat terhadap dirinya.
“Cha, kau takkan faham apa yang aku rasakan selama ini. Cha tak kehilangan Sai lagi. Cha masih boleh bersama orang yang Cha sayang. Jas pula dah kehilangan orang yang begitu menyayangi Jas selama ini. Cha tak akan faham apa-apa pun. Cha tak kehilangan apa-apa lagi.” Jas masih merenung ke dalam mata Cha dan menafikan Cha memahaminya. Cha terdiam sebentar. Matanya membalas renungan Jas semula. Cha dapat melihat melalui mata Jas betapa dia begitu kehilangan seseorang yang begitu dia sayangi. Cha melepaskan lengan baju Jas dan tertunduk. Jas bingkas bangun dan memegang kepala Cha perlahan.
“ Cha janganlah terlalu memikirkan tentang Jas. Biarlah Jas macam ni. Cha bergembiralah dengan hidup Cha bersama Sai.”
Cha segera meolak tangan Jas yang memegang tangan Jas dan berdiri segera dan berdiri bertentangan dengan Jas. Jas terdiam melihat Cha. Bola mata Cha mula berair. Jas merenung Cha dengan prasaan serba salah.
“ Siapa yang kata Cha tidak faham. Cha faham sangat apa yang Jas rasa apabila Myra telah pergi meninggalkan Jas sebab Cha juga merasakan apa yang Jas rasa….” Cha terdiam seketika. Jas menjadi hairan dengan kata-kata Cha. Cha menyambung ayatnya lagi selepas menundukkan kepala;
“ Cha juga berasa kehilangan. Cha kehilangan orang yang Cha sayang pada Cha selama ini. Cha dah semakin ditinggalkan sekarang. Saban hari Cha berasa jauh dengannya walaupun dia masih hidup di muka bumi ini. Jas kehilangan Myra tapi Jas sudah tidak melihatnya lagi. Tapi Cha kehilangan Jas yang masih hidup dan selalu hadir di depan mata Cha. Selagi Jas terus begini, Cha akan betul-betul kehilangan Jas yang Cha sayang. Cha akan kehilangan sahabat Cha yang Cha sayang…” sebak di dada Cha sudah semakin tidak dapat ditahannya lagi. air jernih sudah mula tumpauh dari takungannya dan membasahi pipi mulus Cha. Jas terdiam. Jas tidak mempunyai sebarang kata untuk empetahankan dirinya.
“ Tolonglah kembalikan Jas. Jas yang Cha sayang. Cha tak mahu kehilangan Jas itu. Jas tahu apa rasanya apabila kita kehilangan orang yang kita sayang,kan?”
Cha melontarkan satu pertanyaan yang begitu membuat Jas berasa kaku dan tidak bergerak. Jas berdiri seperti tunggul kayu yang sedang terpacak di hadapan Cha. Cha berlari meninggalkan Jas di situ. Cha berasa malu menangis di hadapan Jas. Namun Cha tidak dapat menahan perasaan yang begitu menyayangi Jas. Jas adalah seorang sahabat lelaki yang Cha miliki. Kehilangan seorang sahabat adalah seperti menghadapi kematian seorang yang kita sayangi. Jas tidak beranjak dari tempay dia terpacak kaku tadi walaupun Cha telah meninggalkan Jas di situ. Cha berlari anak kembali ke biliknya. Hafizuddin melihat Cha berlari dengan air mata. Selepas melihat Cha berlari berlalu di hadapannya, Hafizuddin juga melihat Jas yang sedang berdiri kaku seolah-olah termenung jauh.
__________________________________________________________________

Jas berjalan menuju balik ke biliknya. Di telinganya masih terbayang wajah Cha yang kali pertamanya mengeluarkan air matanya di hadapan Jas. Kata-kata Cha tadi begitu memberi tamparan yang kuat pada Jas. Perasaan serba salah dan bodoh menyelubungi dirinya saat itu. Jas mengeluarkan kunci biliknya daripada poket seluarnya dan membuka pintu perlahan. Hafizuddin sedang duduk di hadapan meja belajarnya. Jas masuk dan terus berduduk di atas katilnya. Hafizuddin melihat sahaja Jas yang sedang duduk sperti orang yang termenung. Hafizuddin bangun dan berdiri di hadapannya.
“ Nah, ambil telefon ni!” Hafizuddin menyerahkan Jas telefon bimbit Jas kepada Jas. Jas berasa hairan mengapa Hafizuddin tba-tiba menyerahkan telefon bimbitnya sendiri kepadanya. Jas mengambilnya.
“ Ada apa ni?”
“ Aku dah charge telefon bimbit kau supaya kau boleh lihat nama-nama kawan-kawan kau yang kau simpan di dalam tu. Aku nak kau sedar yang kau bkan hidup sendiri di dunia ini… kau ada ramai kawan yang sayang pada kau. Kehidupan ini terlalu sempit untuk peasaan sedih. Apa yang berlalu pada hari yang lalu adalah apa yang akam menentukan apa yang terjadi pada masa hadapan. Pemergian Myra untuk selamanya ada hikmahnya. Mungkin kau tak dapat lihat hari ini tapi satu hari nanti kau pasti akan tahu, Allah tahu apa yang ditentukanNya untuk hamba-hambanya….” Hafizuddin diam lalu membuka pintu biliknya untuk berlalu keluar dari bilik. Jas tidak berkata apa-apa. Sebelum Hafizuddin meninggalkan bilik itu, Hafizuddin sempat memesan sesuatu.
“ Jas… kau fikirkanlah kata-kata aku ni. Aku dah tambah nilai kredit panggilan kau. Take it dan pujuklah Cha. Aku tahu kau sayangkan sahabat kau tu.”
Jas berbaring sebaik sahaja Hafizuddin meninggalkan bilik itu. Hari itu, dia menerima dua tamparan hebat dariada dua orang. Hafizuddin dan Cha.
“…..supaya kau boleh lihat nama-nama kawan-kawan kau yang kau simpan di dalam tu. Aku nak kau sedar yang kau bkan hidup sendiri di dunia ini… kau ada ramai kawan yang sayang pada kau…..” kata-kata Hafizuddin masih terngiang di telinganya. Jas menekan butang pad telefonnya dan menekannya sehingga memasuki ruangan KENALAN. Jas dapat melihat nama-nama kawan-kawannya serta numbor telefon kawan-kawannya dan mula membayangkan rupa wajah kawan-kawannya. Setiap satu nama yang dilihatnya membuat dia terkenangkan berjuta kenangan bersama kawan-kawannya. Apa yang Hafizuddin katakan tadi adalah benar. Jas mula sedar yang dia masih ada ramai kawan-kawan yang menyayangi dirinya. Kenangan-kenangan yang menerjah masuk ke ruang ingatan Jas membuat Jas tersenyum sendiri. Jas menekan butang ke bawah dan terlihat nama Cha.
“… Cha tahu bagaimana Jas begitu menyayangi Myra tapi Jas mesti terima kenyataan yang Myra sudah tiada. Jas bukan macam ni… jas yang Cha kenal adalah seorang yang nakal dan penuh dengan kegembiraan… Cha rindu sangat dengan Jas yang selalu mengusik Cha.. jas yang selalu menemani Cha di saat Cha murung dan marah… Jas yang selalu bagi nasihat setiap apa yang Cha buat… Cha rindukan Jas yang penuh dengan derai ketawanya itu. Cha nak Jas yang dulu.” Kata-kata cha petang tadi menerpa ke benak Jas. Kerinduan yang begitu kuat dalam diri cha dapat di rasai Jas melalui kata-kata itu. Jas mula membayangkan wajah Cha yang berlinangkan air mata tadi. Perasaan serba salah timbul dalam dirinya. Jas tidak pernah berniat untuk membuat Cha menangis namun secara tidak langsung dan disedarinya Jas telah membuat cha sedih.
“ Cha juga berasa kehilangan. Cha kehilangan orang yang Cha sayang pada Cha selama ini. Cha dah semakin ditinggalkan sekarang. Saban hari Cha berasa jauh dengannya walaupun dia masih hidup di muka bumi ini. Jas kehilangan Myra tapi Jas sudah tidak melihatnya lagi. Tapi Cha kehilangan Jas yang masih hidup dan selalu hadir di depan mata Cha……” suara Cha masih terngiang di telinga di telinga Jas. Jas berduduk semula dan menutup mukanya dengan kedua belah tangannya. Perasaan bersalah pada Cha semakin kuat. Jas begitu tertekan dengan dirinya sendiri.
“ Cha gembira sangat ada kawan macam Jas” Cha menyatakan kegembiraannya kepada Jas semasa mereka erdua duduk di astaka Pusat sukan pada satu petang semasa sedang berehat selepas berlari di atas trek larian. Jas yang mendengar Cha berkata begitu segera berpaling kepada Cha.
“Mengapa Cha gembira sangat ni? Dapat pakwe bau ke?” sambil Jas ketawa kecil kerana mengusik Cha.
“Jas ni… bukan itulah. Cha gembira sebab Cha ada kawan macam Jas dalam hidup Cha.”
“ Betulkah apa yang Cha cakap ni? Apa yang buat Cha berasa gembira berkawan dengan Jas?”
“ Jas selalu buat Cha ketawa dan selalu buat Cha tidak berasa sunyi. Jas selalu hiburkan hati Cha setiap kali Cha sedang tertekan. Cha memang seronok kawan dengan Jas,” jas tersenyum mendengar kata-kata Cha itu. Jas memandang Cha.
“Jas pun seronok kawan dengan Cha. Cha seorang kawan yang baik bagi Jas. Dan jika Cha berasa gembira dengan Jas, jas akan janji yang Jas tidak akan pernah biarkan Cha bermuram dan akan sentiasa buat Cha gembira dalam hidup Cha. Jas janji…” itulah ikatan janji Jas pada Cha untuk sentiasa mengembirakan Cha tapi sayangnya, Jas baru sahaja melukai hati Cha dengan sikapnya. Jas semakin berasa bingung.
“Tolonglah kembalikan Jas. Jas yang Cha sayang. Cha tak mahu kehilangan Jas itu. Jas tahu apa rasanya apabila kita kehilangan orang yang kita sayang,kan?”
Jas berbaring semula.
“Maafkan aku, Cha…”
_________________________________________________________________

Jas membuka matanya dan mendapati dirinya sedang berduduk di atas kanah kuburan Myra. Jas mengenggam tanah kuburan itu lalu baring di atas kuburan Myra seolah-olah sedang memeluk Myra.
“Myra.. abang rindu sangat dengan ayang… kenapa ayang tinggalkan abang?” suara Jas sayu.
“Abang Jas…” tiba-tiba Jas terdengar suara Myra sedang menyebut namanya. Jas pantas mendongak dan masa itu, Jas melihat Myra sedang duduk di hadapannya dengan pakaian sutera serba putih dengan selendang putih yang sering dipakainya dulu semasa keluar temujanji bersama Jas.
“ Myra…?”
“ Ya abang, Myra datang hari ini. Myra nak beritahu abang yang Myra amat menyayangi Abang…”
“ Myra… abang pun macam tu juga… jangan tinggalkan abang lagi!!”
“ Abang… Myra tidak dapat kembali lagi ke dunia sebenar. Ayang Cuma nak minta abang lepaskanlah ayang untuk pergi. Kesedihan abang masih menahan Ayang untuk pergi. Abang janganlah begini. Pemergian Myra kepadaNya adalah takdir. Abang terimalah takdir ini dan janganlah bersedih lagi. abang tak mahu tengok ayang dalam keadaan sakit,kan? Lepaskanlah ayang untuk pergi, ya abang? Janganlah bersedih lagi..” jas terdiam seketika. Air matanya mula membasahi pipinya. Jas dapat melihat satu penderitaan dalam mata Myra kerana dirinya. Kesedihannya selama ini membuat Myra tidak pergi kepada-Nya. Berat untuk Jas berkata apa-apa tentang itu. Berat hatinya untuk melepaskan Myra untuk pergi namun apa yang dirasakan Myra adalah penting bagi Jas. Jas tak akan pernah sanggup melihat Myra dalam keadaan yang menderita itu.
“ Abang… Myra nak abang lepaskan Myra dengan hidup di dunia itu dengan gembira seperti dulu. Walaupun tanpa ayang, pasti Allah dah tentukan seseorang untuk abang. Abang lepaskanlah ayang ya?”
“ Tapi…..” Jas terdiam sekejap. Dia mula berfikir banyak. Kekeliruan menyelubungi dirinya. “ Baiklah jika itu adalah cara untuk membuat ayang hidup dengan baik di tempat lain… abang tak mahu ayang tersiksa….” Jas akhirnya menyatakan keputusannya lalu menundukkan kepala. Walaupun berat di rasakan keputusannya itu tapi itu sajalah perkara yang dapat menolong Myra. Jas mengangkat muka dan melihat Myra sudah tiada di hadapannya lagi.
“Myra… myra…. Myra….” Jas memanggil nama Myra berulang-ulang dan berharap Myra agar kembali dan berbual dengannya semula.
“ Jas…!” suara Hafizuddin menyentak Jas sehingga terbangun dari tidurnya.
“ Aku bermimpi rupanya…” bisik hati Jas.
“Kau tak apa-apa, Jas?” soal Hafizuddin yang melihat Jas dalam keadaan berpeluh. Jas menggelengkan kepalanya. Jas hanya mendiamkan dirinya. Mimpinya tadi seolah-olah betul-betul sedang terjadi. Benarkah kesedihan yang dia alami selama ini membuat Myra tidak dapat meneruskan perjalanannya ke tempat yang dia harus pergi selepas meninggalkan dunia ini. Itu adalah yang sering bermain di dalam otak Jas selepas mengalami mimpi berjumpa dengan Myra.
Saban hari Jas asyik berfikir tentang mimpinya. Malah setiap hari dia mula memikirkan Cha namun dia tidak tahu bagaimana caranya ingin meminta maaf daripada Cha. Setiap kali bertembung di kelas, mereka hanya bertentang mata dan tidak berkata. Mereka berdua masing-masing kaku. Apa yang boleh di buat bila bertentang mata ialah segera memaling muka kea rah yang lain. Itu sajalah yang akan di lakukan setiap kali berjumpa.
Satu petang Jas baru saja sampai di biliknya selepas mengikuti 3 buah kelas. Sampai saja di biliknya, dia terus berbaring. Jas agak keletihan pada hari itu. Lama dia berbaring. Tiba-tiba dia terkenangkan mata Cha yang pernah berair kerananya. Jas dihambat perasaan bersalah yang kuat setiap kali memikirkan tentang Cha. Kadang-kadang fikirannya melayang juga memikirkan Myra dan mimpinya. Jas berduduk di atas katilnya dan dilihatnya diari Myra yang tidak pernah d bacanya terletak di atas mejanya. Jas mencapai diari itu lalu di bukanya. Pada mulanya dia tidak berminat untuk membacanya, namun Jas mula membuka lembaran kedua buat kali pertamanya. Melihat tulisan yang di tulis dengan pen berwarna hijau membuat Jas tiba-tiba tertarik untuk membacanya. Jas pun mula membacanya. Lembaran demi lembaran buku itu dibacanya. Jas berasa seronok membacanya walaupun terkadang dia berasa pilu apabila menyedari diari yang di bacanya itu adalah milik seorang yang telah meninggalkan dia untuk selamanya. Jas membaca diari itu dengan penuh tenang dan menghayati semua apa yang ditulis di dalam buku itu. Pada satu lembaran yang Myra tulis menggunakan pen berwarna ungu, jas tercenggang. Apa yang ditulis oleh Myra di lembaran itu melemparkan satu pengertian buat Jas.
Abang, Myra selalu berharap yang abang akan sentiasa tersenyum dan gembira dalam apa yang abang lakukan. Kali pertama Myra mengenali abang ialah di saat Myra sedang bersedih. Abang hadir dalam hidup Myra dan bawa satu sinar yang begitu terang buat Myra bercahaya semula. Myra sayangkan abang. Kegembiraan abang adalah kegembiraan Myra dan kesedihan abang adalah kesediahan Myra. Myra takkan pernah sanggup untuk melihat abang bersedih walaupun seminit. Pasti Myra akan berasa teramat sakit dan mula menyalahkan diri sendiri. Myra tak mahu melihat abang bersedih. Myra nak abang sentiasa gembira kerana abang yang mengajar Myra untuk menikmati hidup itu dengan sebaiknya. Abang selalu kata yang hidup indah dan sempit untuk perasaan benci ,iri hati dan cemburu. Myra tak pernah anggap disempitkan dengan perasaan seperti itu selepas mengenali abang. Abang adalah satu mentor dalam hidup abang. Jika suatu hari nanti, Myra tak dapat untuk hidup bersama abang. Itu sudah menjadi satu kepuasan bagi Myra untuk memiliki abang walaupun Cuma untuk sekejap. Abang, Myra amat mencintai abang. Abang mesti selalu senyum dan Myra akan sentiasa buat abang senyum macam Nanba senpai dalam cerita jepun kegemaran abang tu – Hanazakari. Selalu happy and naughty.
Itulah coretan yang dibaca oleh Jas di dalam diari Myra. Jas kini faham yang Myra amat mementingkan kegembiraannya. Kesedihan Jas atas kematian Myra membuat Myra tidak di satu alam yang lain yang sedang ditempuhnya di saat ini. Myra inginkan aku untuk sentiasa tersenyum. Dan bagi Jas jika bergembira itu dapat membantu dan membuat roh Myra tenang maka dia akan mula berubah. Seperti kata Myra di dalam diari itu. Dia ingin Jas sentiasa gembira dengan idupnya seperti perwatakan Nanba senpai yang mereka tengok dalam satu cerita bersiri jepun di mana Nanba senpai ini adalah seorang pemimpin yang begitu nakal dan olayboy tapi sesekali beraksi sebagai seorang yang lebih matang. Myra ingin Jas sebegitu. Tapi selepas pemergian Myra, Jas telah hilang tumpuan pada segalanya malah terhadap permintaan yang pernah di buat Myra.
“Abang, andai Myra pergi dulu. Myra nak abang jangan sedih dan mulakan langkah yang baru. Myra tak mahu abang sedih tau. Abang seorang yang baik dan orang macam abang layak hanya untuk bergembira saja. Tak baik muncungkan muka.” Itulah satu ayat Myra pada Jas pada satu petang semasa mereka sedang menikmati makan malam. Kenangan itu menerpa k eke ingatannya. Jas mulaim mengingati pesanan yang semacam wasiat daripda Myra.
Jas meletakkan buku diari itu dan berjalan keluar dari biliknya. Dia mula termenung menghadap kawasan lapang yang ada di hadapan biliknya. Jas mula termenung memikirkan dirinya yang telah berubah selama tiga bulan. Hidup Jas diselubungi dengan kesakitan dan kesedihan. Kehilangan semangat di dalam hidup. Selalu mengelak daripada hidup gembira. Hidup Jas penuh dengan penipuan selama tiga bualan yang telah berlalu. Memang suatu yang amat disesali oleh Jas apatahlagi sikapnya yang sebegitu membuat roh Myra hidup dalam ketidaktenangan. Dia sedih melihat Myra yang begitu sayu rupanya. Walaupun hanya di dalam mimpi sahaja tapi ianya seakan-akan betul. Jas mula menyedari yang Myra inginkan kebahagian dalam hidup Jas. Jas mendongak ke langit dan saat itu, Jas dapat melihat satu bintang bersinar terang dan Jas yakin yang itu bintang Myra yang mula bercahaya semula kerana Jas tersenyum. Jas mula menanam nekad untuk mula kembali ke hidupnya yang dulu. Walaupun tanpa Myra lagi di sisinya tapi Jas memegang amanat daripada seorang gadis sepertinya untuk hidup gembira.
_____________________________________________________________________

Hari demi hari Jas mula kembali ke kehidupan riang rianya namun Cha tidak melihat perubahan Jas kerana setiap kali melihat Jas, pasti Cha akan mengelak dulu. Semasa latihan mingguan palapes pun dia begitu juga. Walaupun dekat, Cha sedaya upaya untuk mengelak daripada bercakap dengan Jas. Jas tahu Cha masih marahkan dia. Jas tidak banyak bercakap semasa latihan. Jas lebih suka menjadi seorang yang serius semasa latihan.
Satu petang, Cha baru sahaja balik dari kelas. Dia berjalan mengikut laluan belakang kolej kediaman laluan B yang berdekatan dengan Tasik Guthrie. Cha kemudian berduduk di atas sebuah kerusi simen yang terletak di bawah pondok di mana Cha mengeluarkan airmatanya untuk Jas. Cha berduduk dan mula memikirkan kenangan lalunya bersama jas dan bagaimana jas telah berubah. Cha terkenangkan bagaimana dia bertekak leher dengan Jas di bawah pondok itu. Cha mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg sandangnya yang berwarna kuning. Perlahan-lahan dia membuak ruangan imej dan melihat gambarnya bersama Jas. Cha akan tersenyum melihat gambar jas bersamanya. Beribu kenangan di dalam setiap gambar yang dilihatnya di dalam gambar itu.
“Jas… Cha rindu sangat dengan jas…”
“Jas pun rindu sangat dengan Cha.” Suara jas menerpa Cha dari belakang. Cha terdiam dan segera menyimpan telefon bimbitnya. Jas tersenyum dan mendekati Cha.
“ Cha tengah tengok gambar kita berdua ya? Banyak pengalaman kita bersama,kan?”
Cha tidak menjawab, cha berdiam sahaja. Jas pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi simen yang sama dengan Cha. Cha pula segera berdiri dan ingin meninggalkan tempat itu. Tapi jas segera mengenggam tangan Cha. Menahan Cha untuk terus berlari darinya. Cha terdiam kaku saat Jas memegang tangannya.
“ Cha… tolong jangan tinggalkan Jas. Jas tekah kehilangan Myra, dan sekarang Jas tak mahu kehilangan Cha pula. Jas rindukan persahabatan kita yang Jas dah hamper lupakan selama tiga bulan ini..” kata-kata Jas membuat Cha berasa pilu mendengarnya. Jas tunduk sahaja apabila bercakap dengan Cha. Jas berasa malu dengan sikapnya yang telah lama pernah melupakan Cha hanya kerana kesedihan terhadap pemergian Myra.
“ Jas minta maaf jika Jas pernah buat Cha berasa tidak senang dengan sikap Jas selama ini. Cha marahlah dan pukullah Jas. Tapi janganlah sesekali membencikan Jas.” Sambung Jas lagi.
“ sudahlah Jas, Cha tak nak dengar apa-apa lagi…”
“ Tapi cha, jas dah sedar sekarang yang….”
Belum sempat Jas menyempurnakan ayatnya. Cha pantas mencelah.
“ Cha tak mahu dengar apa-apa… kata-kata Jas dah tak guna bagi Cha lagi…!” celahan yang begitu keras sehingga Jas tersentak kuat. Di tambah lagi apabila Cha menarik kuat tangannya dari genggaman Jas. Jas tertunduk. Jas tidak boleh mengubah apa-apa lagi ketika itu. Cha telah membencinya dan mustahil bagi Cha untuk menerima orang itu semula. Cha berlalu pergi.jas ditinggalkan di situ berseorangan. Jas berasa terekan tapi dia menahan getaran dalam hatinya apabila Cha melayannya sebegitu kasar saat Cha mula membencikan Jas. Jas melihat ketenangan Tasik Guthrie yang begitu tenang pada petang itu. Jas Cuma mengawal gelora ombak yang menghempas hati Jas.
“ Maafkan Jas…. Jas sayangkan Cha….” Bisik hati Jas.
“ Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari
Lalu Dia turunkan guruh dan kilat, puas kita menangis dan mencari mana
Mana matahari kita. Rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah
Pelangi yang indah.” Cha kembali dari arah belakang dan mendekati Jas dengan bacaan sebuah mutiara kata yang Jas selalu ucapkan pada Cha. Jas segera berpaling muka ke belakang. Cha tersenyum.
“Cha, tak pernah bencikan Jas. Dan Cha teramat sayang dengan Jas. Jas selalu beri semangat untuk hidup pada Cha. Dan ini giliran Jas untuk kembaliakn semangat Jas.” Jas tersenyum mendengar kata-kata Cha. Jas tidak menunggu lama lalu berlari ke arah Cha. Jas terus memeluk Cha tanpa berfikir panjang. Cha tersentak, termangu dan kaku apabila Jas memeluknya. Degupan jantung Cha mulai berdegup kuat. Buat kali pertamanya Cha dipeluk oleh seorang lelaki.
“ Terima kasih Cha… terima kasih kerana tidak membenci jas. Jas takut sangat kehilangan Cha.”
Semenjak hari itu, Jas dan Cha telah kembali menjadi kawan baik. Mereka menjadi rapat seperti dulu lagi saat Myra masih hidup di dunia ini. Semuanya begitu pantas berlaku. Kesedihan Jas yang meragut sedikit ruang persahabatan mereka sebelum ini telah lenya. Yang ada antara mereka kini adalah derai ketawa. Jas telah menjadi seorang yang semakin tabah dengan apa yang telah dilaluinya di dalam hidupnya. Pemergian Myra untuk selamanya membuat Jas menjadi seorang yang lebih semangat untuk hidup. “Terima Kasih Myra” itulah yang akan dibisikkan dalam hatinya setiap kali Jas mengukir satu senyuman yang bersemangat.
Jas dan Cha sering menghabiskan masa bersama selepas latihan mingguan palapes. Walaupun penat tapi apabila ditemani dengan penuh keriangan antara mereka, kepenatan itu tidak terasa. Kasih sayang dalam persahabatan mereka membuat mereka menjadikan mereka sukar untuk renggang.
“Jas… kau ada hati dengan Cha, ya?” satu soalan dilontarkan oleh ghaffar,kawan baik jas dalam palapes semasa ghaffar dating ke bilik Jas dan melihat gambar Cha yang banyak tertampal di dinding Jas. Jas tersenyum dan tidak membalas segera. Jas diam saja. Ghaffar penuh dengan perasaan ingin tahu. Dia bertanya sekali lagi dan kali ini baru Jas menjawab,
“ Aku dan Cha kawan saja. Tak simpan pun perasaan dengan intake sendiri.” Ghaffar tersenyum dan menerima alas an Jas dengan baik. Mereka berbual sekejap sebelum Ghaffar meninggalkan bilik Jas. Selepas meninggalkan bilik, Jas berjalan dan memandang gambar Cha.
“ Aku ada hati dengan Cha? Hmm…. Pelik….” Bisik hati Jas lalu tersenyum pada dirinya sendiri. Jas menyentuh gambar wajah Cha. Dan saat itulah Jas mula berasa degupan jantungnya berdegup laju. Terasa pelik bagi Jas tapi Jas anggap itu hanya perkara biasa. Apatahlagi Jas seorang perokok. Tak mustahil dia berasa begitu. Degupan jantung menjadi tidak menentu setiap masa.
________________________________________________________________________
Suasana kafetaria Perwaja pada waktu malam agak riuh. Ramai mahasiswa siswi yang dating makan pada masa itu. Jas dan Cha turut ada di kafetaria perwaja pada malam itu. Jas dan Cha duduk satu meja dengan kawan-kawan palapes seambilan dengan mereka. Atiqah, bash, hafizuddin, Ghaffar, shukri, dan Hannah. Mereka makan bersama pada malam itu. Tapi jas dan Cha kurang berbual dengan kawan-kawan apabila duduk bersama.
“ Cha… Jas akan ke Kuala Lumpur petang esok. Ada hal sikit.”
“ Ada hal apa? Jas nak jalan jauh tu?”
“ Jas ada urusan sedikit. Mungkin tiga hari di sana…”
“ kita tiada latihan minggu ni kan? Boleh Cha ikut?”
“ Nak ikut? Buat apa?” jas kehairanan.
“ dah lama Cha tak jumpa sai… kalau ikut Jas, boleh juga Cha jumpaSai!” alasan Cha. Jas terdiam sekejap. Jas faham apa yang Cha rasa. Perasaan rindu yang kuat. Walaupun Sai sering buat Cha marah dan terkilan, Cha masih tidak dapat meninggalkan sai. Jas terdiam seketika.
“ Boleh juga. Jas tak ada masalah.”
“ tapi….”
“ tapi? Tapi apa?”
“ Mana Cha nak tinggal kalau Cha ikut Jas pergi K.L?” Cha mengeluh panjang untuk itu.Jas tersenyum.
“ Yang itu Cha jangan risau. Cha boleh duduk sebilik dengan Jas.”
“ Hah?”
“ tak adalah. Jas main-main saja. Jas ada kakak angkat di K.L. nanti Cha duduklah rumah dia.bukan Lama pun. Tiga hari saja,kan?”
“kakak angkat Jas? Tak menyusahkan kah?”
“ Taklah, dia seorang yang baik. Dia tak pernah susah untuk Jas dan sebab itulah Jas sayang sangat dengan dia walaupun bukan kakak kandung tapi Jas dah anggap dia macam Kakak kandung Jas tau…” terang Jas. Mendengar penjelasan Jas. Cha tidak risau lagi. Dengan segera Cha terus menghubungi Sai untuk memberitahu Sai yang dia akan ke Kuala Lumpur pada hari esok. Begitu teruja Cha dan berasatidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Jas yang melihat Cha begitu tiba-tiba berasa hatinya dipukul kuat. Terasa sakit. Jas memegang dadanya. Berasa sakit. Jas sendiri tidak tahu kenapa jadi begitu. Seperti ada perasaan cemburu menghempas hatinya saat itu tapi Jas enggan mengaku yang itu adalah perasaan cemburu di dalam hatinya. “ Mustahil aku ada perasaan cinta pada Cha. Dia kawan baik aku. Kenapa sakit sangat ni? Mustahil aku berasa cemburu?” Jas bertanya pada diri sendiri. Memaksa diri untuk berkata tidak dan mustahil.
___________________________________________________________________________

Jas dan Cha berada di atas bas Jelita menuju ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 8 jam untuk tiba di Kuala Lumpur. Pada mulanya Cha begitu riuh dengan perasaan terujanya untuk berjumpa dengan Sai. Tapi lama-kelamaan Cha mulai senyap kerana mengantuk. Cha tertidur di atas bahu Jas. Jas memandang saja Cha yang sedang berbaring di atas bahunya. Jas terlalu asyik merenung wajah Cha dan banyak kenangan antara mereka berdua membangkit di ingatan jas. Sudah terlalu lama mereka kenal di antara satu sama lain. Mereka sudah terlalu rapat sehingga ramai orang yang menganggap mereka adalah pasangan kekasih yang selalu gembira. Jas dan Cha tak pernah kisah apa yang orang fikir tentang mereka. Bagi mereka, kegembiraan di dalam diri mereka masing-masing. Lama jas merenung Cha, kemudian degupan jantungnya mulai beraksi semula. Terlalu kuat ianya memukul kali ini. Dalam fikiran Jas hanyalah memikirkan tentang cinta.
Lama berdiam menahan degupan jantung yang kuat itu. Jas mula memikirkan tentang cinta yang lahir dari persahabatan mereka. Pada mulanya, jas memaksa diri untuk menafikannya namun akhirnya dia tidak melawan apa yang di rasanya dan mulai mengaku yang dia sekarang telah mencintai Cha. Jas merenung dengan dekat dan mula terfikir untuk mencium bibir Cha. Semakin lama semakin hampir Jas menghadap Cha. Bibir jas mulai hampir menyentuh bibir Cha.
“Sai…” satu nama disebut oleh Cha di dalam igauan tidurnya. Jas tersentak seketika. Jas segera menyandarkan kepalanya semula di kerusi tempat duduknya lalu tersenyum. Jas hampir mencium Cha tanpa menyedari yang Cha itu adalah milik orang. Jas menepuk dahinya sendiri lalu terggelak sendiri memikirkan tindakan bodohnya. Cha tersedar dari tidurnya dan terus memandang kea rah Jas dan berasa hairan apabila melihat Jas tersenyum dan tergelak seorang diri.
“Kenapa ni Jas?”
“ hah? Cha dah bangun?”
“ yap, kenapa Jas gelak seorang? Apa yang melucukan?” Tanya Cha. Soalan itu membuat Jas tiba-tiba menjadi bingung mencari alasan untuk di beritahukan kepada Cha. Jas mulai berfikir.
“Jas….?”
“ Jas gelak sebab baju cantik Jas ni terkena liur Cha yang tidur di bahu Jas….” Alasan Jas sambil menyakat cha. Cha menjeling tajam kearah Jas lalu mnenyangkal;
“ Mana ada? Cha tidur elok saja. Tak berliur pun. Tahu tak?” satu cubitan mesra Cha singgah di lengan Jas. Jas masih tergelak. Cha semakin bengang lalu menambah lagi cubitan ke lengan dan badan Jas. Jas hanya menepis perlahan. Bergurau dan bergelak ketawa antara mereka memecahkan kesunyian di atas bas.
Mereka sampai di stesen Bas PuduRaya dan di jemput oleh kakak angkat Jas dan kawan baik Jas, Neil Mark. Jas menyerahkan Cha kepada kak Shima, kakak angkat Jas. Dan Jas pula ikut Neil dan bermalam di rumah Neil.
“Esok pagi Jas jemput Cha dan hantar Cha pergi jumpa Sai, ya?”
“baik.” Jawab Cha slamba.
Jas sampai di rumah bujang Neil dan terus berduduk di atas kerusi sofa dan menghadap kerarah TV. Jas bersa terlalu penat berduduk di atas bas sehinggga lapan jam lamanya. Dalam keadaan penatnya, Jas sempat membayangkan bagaimana dia begitu hampir mencium bibir Cha. Dia tersenyum semula.
“kenapa kau ni, jas? Angau ya?”
“ ya, angau sebab terlalu penat.” Jawab jas bersahaja.
“ weh, comel juga perempuan yang kau bawa tu ya? masih single kah? Kalu masih solo, aku nak isi borang?”
“ Wuish, mestilah masih single bah… sebab belum kahwin tapi dia tu dah jadi makwe orang.”
“Dah agak dah… orang lawa macam gadis tu mustahillah tak ada pakwe,kan?”
“ hmmm tau pun.. lagi mahu Tanya kah?”
“ Saja jak. Kau datang K.L ni ada urusan apa? Tiada latihan palapeskah?”
“Tak ada… aku datang sini sebab aku rindukan kau.” Jas menyakat Neil. Neil menjeling Jas.
“ Kau jangan nak mengada-ada di situ. Aku bukan gayboy ya…!” jas tergelak terbahak-bahak mendenngar kata-kata Neil. Hubungan mereka tidak pernah berubah semenjak dari kampung lagi. Datang bersama kesemenanjung untuk mencari diri. Walaupun Neil gagal menyambung pengajian ke IPTA namun usaha kuatnya untuk menjadi seorang pegawai polis tercapai juga. Kini Neil seorang pegawai yang di geruni di balai polis Cheras. Semasa di zaman persekolahan mereka banyak menghabiskan masa bersama membuat pelbagai karenah terutamanya bergaduh. Bergaduh dengan orang lain membuatkan mereka berasa seronok namun kini semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Kini mereka semakin matang mengikuti hidup yang semakin mencabar dan penuh dengan persaingan.
________________________________________________________________________

Awal pagi lagi Cha dah bangun dan memulakan paginya dengan melakukan senaman-senaman ringan. Sudah menjadi kebiasaan bagi Cha untuk melakukan senaman ringkas pada waktu pagi. Kehidupan Cha selepas menyertai Pasukan latihan Pegawai Simpanan (Palapes) laut lebih nampak kemas dan nampak bertenaga. Sedang Cha membuat senaman paginya, kak Shima keluar dari biliknya.
“Sungguh bertenaga ya? Kamu pun palapes juga ke macam Jas?” kak Shima bertanya.
“Ya, saya. Jas yang selalu bagi nasihat supaya pagi-pagi lagi dah start buat senaman supaya stamina saya sentiasa stabil.” Jawab Cha ringkas. Kak Shima menganggukkan kepalanya dan mula masuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Kak Shima masuk sahaja ke dapur dan melihat sarapan pagi telah pun terhidang di atas meja makannya. Kak Shima tersenyum lalu menoleh ke arah Cha yang masih bersenam di kawasan ruang tamu apartment Kak Shima yang agak luas.
“ Cha, kamu kah yang buat sarapan untuk pagi ini?”
“ Ya kak. Saya yang buat. Mengapa?”
“ Tak, kakak terkejut juga bab selama ini kakak duduk sendiri jarang ada yang buat sarapan pagi. Kalau ada housemate kakak yang dua orang tu pun, takkan bangun awal pagi macam ni buat sarapan.” Kak Shima tersenyum melihat Cha. Cha membalas senyuman kak Shima sambil mengesat peluhnya dengan tuala kecil yang bersangkut di bahunya. Cha berjalan mendekati Kak Shima dan memegang bahu Kak Shima dan menyuruh duduk. Pagi itu, Cha dan Kak Shima duduk bersarapan dan berbual-bual bersama. Pukul 9 pagi, Jas telah sampai di rumah Kak Shima untuk menjemput Cha.
“Awal kamu datang hari ini,Jas? Nak jemput Cha ya?”
“ Ye kak. Mana Cha?” Tanya Jas sambil meletakkan topi keledarnya di atas meja di ruang tamu rumah apartment kak Shima. Jas melabuhkan punggungnya di atas sofa warna hijau di ruang tamu apartment itu. Kak shima tersenyum melihat Jas.
“Jas, akak nak Tanya ni. Jas dengan Cha tu ada apa-apa kah? Amu berdua Nampak secocok.” Kak Shima menyuarakan pendapatnya kepada Jas. Jas tersenyum medengar kata-kata kak Shima.
“ Kak shima ni… kenapa cakap macam tu? Saya dan Cha tak ada apa-apalah. Kami Cuma kawan saja.”
“Kawan saja? Kakak tahu kamu ada perasaan terhadapnya. Cara Jas memandangnya penuh dengan rasa kasih sayang. Kakak tahu. Cuba cakap yang sebenarnya pada akak.” Kak shima cuba mengumpan Jas untuk menyuarakan perasaan Jas kepadanya. Jas terdiam sekejap. Pada mulanya Jas enggan tapi sebab kak shima memujuk Jas beberapa kali. Akhirnya Jas akur dan mula menyuarakan perasaannya kepada Kak Shima. Pada masa yang sama, Cha membuka pintu biliknya perlahan dan tiba-tiba terdengar perbualan Jas dan Kak Shima.
“Cha tu kawan baik, Jas. Tak hairanlah kalau Jas saying ada dia. Tapi dua tiga menjak ni, Jas dah mula merasakan yang sayang Jas pada dah berubah sedikit. Jas selalu memikirkannya. Jantung jas berdegup pantas setiap kali tersentuh dengan sentuhannya. Jas selalu berharap yang dia ada di sisi Jas setiap masa. Jas sendiri tak tahu apa yang sedang terjadi pada perasaan Jas pada Cha.” Terang Jas.
“Akak rasa yang Jas dah mula jatuh cinta pada dia. Kita takkan pikirkan seseorang itu sampai berlebihan jika kita tdak mencintainya. Kamu dah jatuh cinta pada dia.”
“ Mungkin juga. Tapi kalau Jas jatuh cinta sekalipun pada dia, Jas takkan dapat bersama dengannya. Di hatinya teapun ada seseorang. Jas takkan mampu berdampingan dengannya.”jelas Jas.
“ So, Cha dah berpunyalah. Kesian adik akak ni. Andai dia tak punya sesiapa di hatinya, Jas nak buat apa? Jas nak luahkan perasaan Jas pada dia?”
“ Ish, Jas tak beranilah kak. Kalau Jas nyatakan perasaan Jas pada dia pasti Jas akan rasa malu lagipun Jas ni bukan kacak pun. Dia gadis yang lawa. Banyak lagi yang layak menjadi teman istimewanya. Jas tak layak lah. Dia pasti tak mahu dengan Jas.”
“ kenapa cakap macam tu? Kamu tu kacak juga apa. Kalau dia nak dengan Jas?”
“So, Jas akan jaga dia dengan baik dan Jas takkan membiarkan dia merasakan hidupnya tidak sempurna di sisi Jas. Itu Jas janji pada diri jas untuk Cha.” Terang Jas. Cha yang mendengar perbualan itu akhirnya tahu apa yang dirasakan oleh Jas terhadap dirinya. Perasaan jas telah berubah kepada cinta. Cha terdiam seketika di sebalik pintu yang terbuka sedikit. Fikiran Cha mula memikirkan bagaimana ingin berhadapan dengan Jas yang kini telah mencintainya.
“Betulkah Jas telah jatuh cinta pada aku? Kenapa aku berasa sebegini pelik? Jantungku juaga berdegup pantas saat aku bersamanya. Adakah aku juga sudah mula mencintainya. Aku tak mungkin boleh. Aku tak mungkin boleh terima cinta daripada persahabatan ini. Tak mungkin.” Cha berbisik di hatinya dan mula memikirkannya.
“Cha…. Jas tunggu ni! Kamu dah siap belum?” kak Shima berjalan menuju ke arah bilik Cha. Belum sempat Kak Shima mendekati pintu bilik Cha. Cha segera keluar.sambil tersenyum padahal di benaknya pada masa itu masih dihambat beribu persoalan dan pertanyaan mengapa dia merasa seperti yang Jas rasakan. Mengapa Jas oleh jatuh cinta padanya? Penuh persoalan di mukanya.
“ Cha, kamu okey?” Tanya Kak Shima melihat raut wajah Cha yang agak kebingungan. Cha menjawab baik pada Kak Shima. Jas segera berdiri dan berjalan dan menuju kea rah Cha. Jas segera meletakkan tapak tangannya di dahi Cha sepertimana yang Jas selalu buat apabila melihat wajah Cha muram. Tapi kali ini, Cha segera menepik tangan Jas. Jas kehairanan.
“ Cha tak ada apa-apa, Jas. Jagan risau yer.”
“Betul?”Tanya Jas risau.
Cha menganggukkan kepalanya. Jas tersenyum lalu mengajak Cha untuk bertolak pagi itu. Jas menunggang motorsikal hari itu. Motorsikal milik Neil. Cha memakai topi keledar dan Jas cuba membantu Cha memakaikannya tapi Cha menolak. Jas semakin hairan sikap Cha banyak engelak daripada Jas pagi itu. Jas diam saja tidak bertanya walaupun Jas tahu sikap Cha berubah pagi itu. Cha tidak memandang pun wajah Jas. Cha seperti takut pada Jas.
Jas membawa Cha ke tempat yang telah di janjikan oleh Sai pada Cha untuk berjumpa pada pagi itu. Mereka ingin berjumpa di KLCC. Cha minta untuk turun di depan sebuah bagunan tinggi berdekatan dengan sebuah lorong kerana dia ingin berjalan kaki ke KLCC sendiri. Cha tak mahu Sai melihat dia bersama dengan Jas. Pasti Sai akan berfikir yang bukan-bukan apatah lagi Sai bukan jenis orang yang senang untuk di bawa berbincang. Jas mengiyakan saja permintaan Cha. Jas tidak membantah sedikit pun permintaan Cha.
“ Jalan elok-elok tau!” pesan Jas pada Cha. Cha menganggukkan kepalanya sambil melepaskan tali pada topi keledar. Selepas jas memandang Cha, Jas terus menghidupkan enjin motornya dan mula bergerak perlahan-lahan.
Jas semakin hilang dari pandangan mata Cha. Cha berjalan perlahan-lahan menuju ke KLCC untuk berjumpa dengan Sai. Cha berlalu di hadapan sebuah lorong di celah bangunan lama dan tanpa di sedarinya. Dia di tarik masuk ke lorong itu oleh tiga orang lelaki yang berpakaian seperti samseng cuba meraba-raba tubuh Cha. Cha cuba untuk berteriak tapi mulutnya ditutup kuat oleh salah satu daripada samseng itu. Mereka mula memcarik baju Cha perlahan-lahan sambil mencium pipi dan leher Cha. Tudung Cha sudah di tanggalkan. Air mata Cha keluar mengalir mencurah-curah ke pipi dan dia meronta-ronta untuk melawan namun Cha seorang yang lemah apatahlagi dia cuba menentang tiga orang lelaki.
Jas tiba-tiba menghentikan motornya. Hatinya tidak begitu senang dengan perangai Cha. Hatinya mula berbisik macam-macam. Myra pernah buat dia berfikir banyak sebelum ini apabila peangai Myra berubah secara tiba-tiba dan kali ini, Jas dapat merasakan perasaan yang sama berulang kembali dan sedang bermain-main di perasaan hatinya. Jas segera berpatah balik untuk mendapatkan Cha.
Cha semakin di nikmati oleh tiga samseng di lorong itu. Seluar Cha belum tanggal lagi. Cha masih melawan dengan seberapa banyak tenaga yang ada. Cha cuba mempertahankan mahkotanya daripada tiga orang bajingan yang cuba mengambil kesempatan pada dirinya. Baju Cha sudah mula koyak-rabak di tarik semala bergelut dengan samseng-samseng itu.
Jas turun dari motor dan berlari mengikut jalan yang di ambil oleh Cha. Jas tersepak sesuatu. Jas segera berhenti dan melihat apa yang di sepaknya. Jam tangan Cha. Jas segera mangambil jam tangan Cha dan melihat sekelilingnya.
“Mana kau, Cha?” bisik hati bertanya.
“ahhhh…” Jas terdengar jeritan kecil dari lorong itu lalu segera berlari masuk lorong itu. Dilihatnya tiga samseng sedang rakus cuba menikmati tubuh kecil Cha. Jas begitu marah melihat perangai kebinatangan samseng-samseng itu. Jas mencapai sebatang kayu dari sebuah tong sampah dan berlari laju sambil menghayun kuat kayu yang ada ditangannya dan dilepaskan ke kepala salah satu samseng di situ. Samseng itu esungkur jatuh menyembah bumi. Kepala lelaki itu berdarah dengan hayunan pukulan kayu Jas. Dua lagi samseng itu tercengang dan melepaskan Cha dan segera mengeluarkan pisau lipat dari kocek seluarnya. Jas sedikit pun tidak takut pada masa itu. Kemarahan Jas telah sampai kemuncaknya.
“ Berani binatang macam kamu menyenyuh Cha aku. Aku takkan biarkan kamu hidup. Aku akan bunuh kamu hari ini!!!” jas berteriak sambil melangkah maju dan menyerang dua lagi samseng itu. Dua samseng itu cuba melawan tapi jas yang memiliki banyak pengalaman bergaduh membuat dia dapat mengatasi kedua-dua samseng itu. Jas memukul lelaki-lelaki binatang itu dengan penuh rasa geram. Cha terbaring di tepi dinding sambil meutup badannya dengan pakaian yang koyak-rabak. Tangisan Cha menemani rasa geram Jas. Jas tidak berhenti menghayun kayu yang di pegangnya. Namun samseng itu Berjaya melarikan diri dengan menolak jas. Jas cuba mengejarnya namun Cha memanggil nama Jas. Jas terhenti lalu segera mendapatkan Cha. Jas mencampakkan kayu di tangannya dan segera menanggalkan baju kemejanya lalu di pakaikan pada Cha. Keadaan Cha Nampak sangat teruk dengan baju yang koyak dan menampakkan badan Cha. Jas segera menutup badan Cha dengan bajunya.Jas tidak dapat menahan airmatanya sendiri untuk jatuh. Cha begitu ketakutan. Cha segera memeluk Jas.
“Jas… Cha takut….” Jas memeluk Cha kembali. Airmata Cha membasahi badan Jas. Jas cuba menenangkan Cha sedaya upaya tapi tangisan Cha semakin deras. Cha memeluk Jas kuat. Cha perlahan-lahan menjadi tenang di dalam pelukan Jas. Jas mengusap-usap rambut Cha. Cha semakin tenang.
“ Cha, tenang ya? Semua jas dah uruskan. Jas janji, jas pasti akan dapatkan mereka semua. Jas akan buat mereka hidup menderita. Cha jangan nangis ya… percayalah Jas akan lindungi Cha.”
“Cha takut Jas… mereka cuba nak mencabul Cha. Cha trauma dengan semua ni..”
“ Jas tahu. Cha bertenang ya? Jas sekarang ada di sisi Cha. Jas akan jaga Cha.”
“Jangan tinggalkan Cha. Cha takut.”
“Jas takkan tingga…” belum sempat Jas menyempurnakan ayatnya. Baju singlet Jas di tarik kuat. Jas tertarik ke belakang. Muka jas di tendang oleh seorang lelaki. Jas tidak sempt untuk mengelak daripada tendangan itu. Jas terhumban jauh ke belakang. Jas segera bangkit untuk berlawan. Jas mula menyerang lelaki itu.lelaki itu segera mencapai kayu yang jas guna semasa memukul samseng itu. Jas tidak gentar sama sekali dengan lelaki itu walaupun lelaki itu memegang kayu. Di otak jas hanya memikirkan satu hal. Dia hanya memikirkan untuk melindungi Cha sedaya upayanya walaupun dia perlu menggadai nyawanya. Jas cuba membalunkan satu penumbuk namun tangan Jas terhenti apabila mendengar Cha menyebut nama Sai. Lelaki yang menendangnya tadi ialah Sai.
Sai segera membalun kayu yang dipegangnya ke kepala Jas. Jas sekali lagi tersungkur menyembah bumi dan kali ini keningnya mula berdarah. Darah keluar mencurah-curah.
“Berani kau memeluk kekasih aku. Sekarang kau rasakan. Nikmat darah kau sendiri.” Sai berteriak. Cha segera berdiri dan mendapatkan Sai.
“Abang… ini bukan seperti yang abang pikirkan.” Cha cuba menerangkan kepada Sai tapi Sai seorang yang degil. Dia menolak Cha sehingga Cha terjatuh. Sai mula melontarkan beribu kata makian pada Cha dan Jas. Bermacam-macam yang Sai cakapkan. Jas yang tersungkur tadi cuba berdiri untuk menerangkan hal sebenar tapi Jas di tendang sekali lagi. Jas tidak kenal erti kekalahan. Dia berdiri sekali lagi tapi sai memukul lagi belakang Jas sehingga terjatuh sekali lagi. Cha cuba menolak Sai tapi Sai menghayun satu penampar yang kuat di pipi Cha.
“ Kamu ni memang pasangan haram. Terutamanya kau Cha. Perempuan curang, perempuan Jalang. Jangan nak cuba terangkan apa-apa. Aku dah Nampak segala-galanya.” Sai penuh rasa marah melontarkan kata-kata itu. Cha yang mendengar kata-kata itu mula menangis. Hatinya hancur di saat Cha mendengar kata-kata Sai yang selama ini tidak pernah mempercayai kata-katanya. Remuk hati Cha. Saat itu hujan turun lebat membasahi bumi. Cha juga mengalirkan airmata sambil tertunduk. Cha menoleh ke arah Jas yang terbaring sedang menahan kesakitan. Darah yang berlumuran dari dahi dan keningnya tidak berhenti sama sekali.
“Aku tinggalkan Sabah dan datang ke sini adalah untuk lari dari pengalaman buruk ku. Kelelakian ku pernah tercabar dulu dan aku tak dapat melawan selain membiarkan diriku dipukul. Dan aku ke sini untuk lupakan semua itu. Dan aku harap ianya tak terjadi untuk kedua kalinya.” Kata-kata itu diungkapkan oleh Jas pada satu pagi semasa Cha berjalan bersama Jas. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Cha. Cha segera menarik baju singlet Jas lalu mendekatkan mulutnya ke telinga Jas. Cha ingin berbisik.
“Jas…. Bangun jas… lawan dia Jas. Lawan dia. Demi Cha. Cha tak mahu tengok Jas kalah macam ni. Jas… bangkit Jas… lindungi Cha.” Bisikan itu membuat mata yang tertutup terbuka semula. Kata-kata Cha membuat Jas semakin kuat lalu segera berdiri. Dalam keadan hujan sebegitu, jas bangit seperti seekor harimau yag sedang marah. Sai terkejut melihat Jas tiba-tiba berdiri. Sai segera mengayun kayu itu tapi kali ini Jas menangkisnya kayu itu sehingga patah. Sai menjadi takut. Jas segera membalun penumbuk deras ke perut Sai lalu menendang muka Jas sekuat hatinya. Sai terlempar ke dinding. Jas berjalan mendapatkan Sai lalu di tendangnya perut Sai. Jas menarik rambut Said dan membalun lagi penumbuk ke muka Sai. Jas bagaikan seorang yang terlalu ganaz pada masa itu. Sai terjatuh dan tidak berdaya lagi. Sai menyusun 10 jari memohon ampun dan menyerah kalah. Jas terhenti melihat Sai berbuat sebegitu sambil menangis.
“ Sai, kau telah buat kesilapan besar hari ini. Kekasih yang aku sayangi selama ini , kau maki dan kau hina tanpa kau siasat apa yang terjadi padanya. Bagi kau, semua yang betul adalah kau. Apa yang kau Nampak tadi bukan apa yang terjadi. Hari ini, Cha hamper hilang mahkotanya. Dan aku selamatkan dia, aku memeluknya untuk menenangkan dia. Jika kau sekalipun di tempat aku tadi, kau juga akan memeluk Cha yang dalam keadaan takut. Hari ini kau dah buat sesuatu yang salah,Sai. Baik kau minta maaf padanya.” Ujar Jas dengan rasa geram. Jas begitu sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan ke atas diri Cha yakni kekasihnya sendiri. Kata-kata kesat yang bertubi-tubi membaur dari mulut Sai pada Cha membuat Cha berasa jijik untuk menatap wajah Sai lagi. Sai yang telah mendengar penjelasan yang jelas daripada Jas mula menyedari kesalahannya. Dia mula merangkak mendapatkan Cha yang masih terduduk di tempatnya jatuh akibat ditolak kuat oleh Sai. Bibir Cha yang berdarah akibat ditampar oleh Sai tidak Cha kesat. Semakin dekat Sai menghampiri Cha. Cha mulai mengelongsor undur ke belakang.
“Jas… Jas… Cha nak balik…” Jas yang mendengar permintaan Cha itu segera berlari mendekati Cha. Sai berhenti merangkak.
“ Jas… Cha nak balik… Cha tak nak tengok muka dia lagi… Cha takut…” Cha berpaut di bahu Jas sambil memandang mta Jas. Jas yang menatap wajah Cha dan dapat melihat ketakutan Cha pada saat itu segera tersenyum.
“Jas akan bawa cha balik. Mulai hari ini, Jas akan jaga Cha. Jas takkan biarkan Cha terluka lagi.” Senyuman Jas membuat Cha begitu tenang apatah lagi kata-kata Jas memberi kembali semangat yang telah hilang. Jas mangangkat Cha dan mendukung Cha. Walaupun pada masa itu, Jas telah banyak terluka tapi kasih-sayang Jas yang kuat pada Cha membuat Jas bertenaga.
“ Cha….!” Sai cuba memanggil nama Cha tapi Jas dan Cha tidal lagi mengendahkan kehadiran Sai di situ. Sai menjerit memanggil Cha beberapa kali dan barulah Jas menoleh.
“ Mulai hari ini, aku tak mahu tengok kau dekati Cha lagi. Cha bukan lagi untuk Kau.” Selesai mengahbiskan ayatnya. Jas menyambung langkahya. Sai tertunduk lalu menangis dan menyedari kesilapannya yang tidak pernah mahu mendengar penjelasan tapi semua yang terjadi telahpun terjadi dan kini dia takkan dapat kembali pada Cha lagi. Cha yang berada dalam dukungan Jas berpaut kuat.
“Terima kasih Jas.”
“ mulai sekarang, Jas akan lindungi Cha. Jas akan pastikan Cha takkan terluka seperti ini. Jas janji.” Cha tersenyum sedikit walaupun kesakitan yang dialami untuk hari itu begitu menyakitkan. Ditemani hujan yang lebat dengan kilat dan guruh yang sambung-menyambung. Menambah kesuraman di hati Cha. Jas berjalan dalam kesakitan sambil mendukung Cha. Air hujan membasahi mereka.
“Cha… Aku akan jaga kau,Cha. Selepas ni, aku takkan biarkan ada air matalagi yang akan membasahi pipimu. Aku mahu kau gembira. Bertenanglah…” bisik hati Jas. Jas menatap wajah Cha yang sedang berpaut kuat di bahunya. Hati jas mula berbisik kembali.
“ Aku tidak pernah merasa seperti ini. Walaupun aku cedera yang teruk tapi aku masih mampu berdiri malah mendukung Cha. Aku ada kekuatan ini disebabkan Cha. Sekarang aku yakin… aku tahu apa yang aku rasakan sebenarnya…….. aku mencintaimu, Cha” jas memandang awan yang gelap di langit. Kini Allah telah tunjukkan yang Jas bukan sekadar menyayangi Cha. Malah telah mencintainya.
__________________________________________________________________________
Kejadian yang menimpa Cha membuatkan Cha menjadi trauma. Sudah seminggu berlalu kejadian itu, Cha masih tak dapat melupakan apa-apa. Hentaman kuat daripada kejadian itu membuat dia menjadi pendiam dan suka berdiam di dalam bilik. Apatah lagi, kejadian dia hampir dicabul oleh tiga orang lelaki itu serentak dengan hari Cha putuskan hubungan dengan Sai. Memang satu pukulan yang kuat sehingga Cha enggan untuk menikmati makanan sekalipun. Jas juga dilanda perasaan serba salah yang terlalu kuat. Kejadian yang terjadi pada Cha adalah salahnya. Jas malu untuk bertemu dengan Cha. Jas merasakan membawa Cha bersama ke Kuala Lumpur telah menyebabkan hal sebegitu terjadi pada Cha. Jas sering terbayang yang terjadi pada Cha. Bagaimana Cha mengeletar tubuh apabila di dalam dakapannya. Bagaimana Cha begitu seksa diperlakukan oleh tiga orang manusia yang bertopengkan syaitan dan di sakiti oleh teman lelakinya sendiri. Semua itu menjadi igauan buat Jas dan membuat Jas tidak pernah duduk tenang.
Selepas kejadian itu, Cha dan Jas tidak berjumpa lagi. Cha banyak menghabiskan masanya di dalam bilik dan Jas pula banyak menghabiskan masanya di tepi tasik Guthrie. Sama-sama membuat hal masing-masing. Jas selalu merindui Cha. Kini dia begitu mencintai Cha dan saban waktu dan hari dia berharap untuk menatap wajah Cha. Namun semua itu hanya mimpi. Setiap petang Jas akan berduduk di tepi tasik Guthrie dan membaling batu-batu kecil ke dalam tasik untuk menghilangkan perasaan bersalahnya tapi semua itu gagal sahaja. Perasaan itu sering berbaur dibenaknya setiap kali teringatkan Cha. Jas tidak tahu ingin berbuat apa lagi.
“Jas…?” satu suara menyapa Jas dari belakang. Zah sedang berdiri di belakang Jas pada satu petang semasa jas sedang berduduk di tepi tasik Guthrie. Jas tidak menoleh kerana tahu itu suara Za.
“Ada apa, Za?”
“ Awak tak rindukan Cha?” jas tersentak dengan soalan itu lalu memandang kea rah Za. Za segera menghampiri Jas lalu berduduk di tepi Jas. Jas terdiam sahaja.
“ Jas? Awak tak rindukan Cha?” sekali lagi Za bertanya kepada Jas.
“Aku amat merindui dia tapi aku dah bersalah padanya. Apa yang terjadi padanya adalah salah aku.” Jawab Jas tenang dengan muka yang penuh dengan perasaan bersalah pada Cha. Za tersenyum.
“ Jas… Mengapa kau fikir macam tu? Apa yang terjadi pada Cha adalah takdir hidupnya. Lagipun ada hikmahnya. Sekarang Cha dah Nampak belang Sai sebelum mereka pergi lebih jauh,kan? Jangan pikir macam tu lagi.”
“ Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi…. Cha sebenarnya dah okey Cuma dia tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan Kau. Kau fahamkan Jas. Masa kejadian tu, kau Nampak segalanya malah Cha agak malu pada kau sebabkan dia. Kau dipukul teruk oleh Sai sampai berdarah pula tu.” Jas jadi diam mendengar penjelasan daripada Za. Za sememangnya antara orang yang paling rapat dengan Cha. Tak heairanlah kalau Za tahu banyak hal tentang Cha. Jas memandang Za. Za tersenyum.
“ Macam mana aku boleh jumpa dia? Aku sangat merindui dia.”
“ Aku akan temukan kau dan dia. Aku janji. Tapi satu syarat?”
“ Syarat?”
“ya. Kau kena jawab soalan aku dulu. Kemudian aku akan temukan kamu berdua.”
“ Baiklah.”
“ Adakah kau mencintai dia?”
Jas tersentak dan terdiam. Jas tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Untuk mengaku dan berterus-terang adalah suatu yang memalukan tapi untuk menipu pula adalah satu penipun pada diri sendiri.
“Ya, aku telah jatuh cinta pada dia tapi aku tk layak untuknya. Gadis cantik sepertinya lebih layak untuk orang lain.” Jawab jas dengan nada rendah diri.
“ Bagaimana jika Cha juga mencintai kau?”
“ Aku pasti jadi orang yang paling bahagia di dalam dunia ini.” Jas menghuraikan katanya dengan slamba sambil membaling batu ke tasik Guthrie. Za tersenyum mendengar jawapan Jas.
______________________________________________________________________
Cha sedang meniarap di atas katilnya sambil termenung jauh. Computer yang ada di hadapannya sekadar hiasan matanya. Lagu yang bernain dari computer ribanya adalah lagu “pelangi di matamu” iaitu lagu kegemaran Jas dan pernah dinyanyikan oleh Jas untuk Cha dalam satu latihan Palapes. Sedang Cha termenung, Za masuk ke dalam biliknya lalu menyergah Cha. Cha terkejut lalu sedikit melatah.
“Za…” Cha mencubit paha Za. Za tersenyum saja.
“ kau okey? Masih trauma lagi?”
“ Okey tapi kadang-kadang aku terbayang lagi tentang kejadian yang aku alami hari itu.”
“Cha… kau seharusnya lupakannya. Jika kau terbayang lagi kejadian itu, cuba kau fikirkan tentang seseorang yang kau sayang dan akan lindungi kau.” Nasihat Za. Mendengar Za bercakap begitu. Cha mula terbayangkan Jas yang pernah cakap; “ Cha, aku akan lindungi kau sedaya upaya aku”
Kata-kata itu terngiang di telinganya. Cha tersenyum.
“ Aku memang buat mcam tu. Ku yakin yang ada orang akan lindungi aku.”
“ Siapa tu? Cakaplah!”
“ kau tahu siapa orangnya!”
“ Mesti Jas,kan?”
Cha menganggukkan kepalanya.
“ kau rasa dia ada perasaan pada kau tak?” Cha termangu mendengar pertanyaan itu. Cha terdiam dan mengangkat-angkat bahunya tanda tidak tahu.
“ Aku rasa dia mencintai kau.”
“ tak mungkinlah. Dia memang orang yang akan sentiasa melindungi aku tapi dia takkan pernah terima aku lagi selepas melihat apa yang pernah terjadi pada aku di depan matanya. Aku bukan gadis yang layak untuk berdampingan dengan seorang yang baik seperti dia,Za.” Cha cuba menyangkal pendapat Za. Za tersenyum.
“Apa kata kalau kamu jumpa?”
“ Aku tak mahu. Aku malu sangat pada dia. Sungguhpun aku rindu sangat pada dia tapi aku takut dan malu untuk berjumpa dengannya. Aku malu sangat. Disebabkan akulah dia terpaksa merasa kesakitan dengan pukulan daripada Sai. Aku malu sangat pada dia. Aku tak mahu jumpa dia.” Cha menyuarakan apa yag bermain di fikirannya. Za diam seketika.
“ Mungkin dia tak fikir pun macam tu? Jas mungkin berharap untuk berjumpa dengan kau. Mana kau tahu,kan?” Cha terdiam saja dan kaku. Dia juga ingin bertemu dengan Jas tapi perasaan malu yang terlalu besar di hatinya membuat dia tidak dapat berbuat apa-apa. Za yang melihat Cha terdiam dalam raut wajah yang begitu bingung hanya tersenyum. Za akan cuba untuk temukan dia dengan Jas sepertimana janjinya kepada Jas.
_________________________________________________________________________
Pada satu petang sedang Cha menikmati minum petang bersama Efmy, kawan seambilan palapes dengannya. Za datang dalam keadaan berlari dan ingin menyampaikan sesuatu. Za berhenti di depan bilik Cha sambil tercungap-cungap. Cha dan Efmy berasa pelik.
“ Kenapa ni,Za?” Tanya Cha yang mula menimbulkan sedikit kerisauan di hatinya.
“ Cha…. Jas…..”
“ Jas?” mendengar nama Jas, Cha bingkas berdiri dan mendekati Za.
“Ada apa dengan Jas? Jawab Za! Kenapa dengan jas?” Cha mulai risau.
“ Ada orang telah meninggal di tasik Guuthrie akibat dipukul dan dihumban ke dalam Tasik. Dan Jas…” belum sempat Za menyelesaikan ayatnya. Cha terus mencapai tudungnya lau berlari keluar dari biliknya. Kerisauan di hati Cha membuat Cha tidak ingin menndengar ayat terakhir Za. Cha berlari menuju ke Tasik Guthrie. Efmy yang melihat Cha cemas dan berlari keluar turut ingin mengikut Cha dari belakang tapi di tahan oleh Za. Efmy menjadi hairan.
Cha berlari dan air matanya mula mengalir perlahan apatah lagi apabila dia melihat ramai orang sedang berkerumun di tepi tasik Guthrie. Cha berlari sekuat hati mendekati kawasan itu. Semakin Cha menghampiri kerumunan orang ramai orang itu. Hatinya menjadi semakin takut. Airmata semakin mencurah deras.
“ Jas….” Teriak Cha. Cha menerobos dan mencelah di tengah orang ramai untuk melihat mangsa yang meninggal itu. Cha melihat seorang lelaki sedang terbaring dan wajahnya ditutupi kain. Cha menjadi semakin takut tapi dia tetap memberanikan diri untuk melihat wajah lelaki yang terbaring itu. Hatinya mulai berdebar dan menganggap itu adalah Jas. Beribu persoalan di hatinya. Dia tidak dapat membayangkan jika dia harus kehilangan orang yang mula dia cintakan.
“ Jas, jangan tinggalkan Cha.” Bisik hati Cha sambil perlahan-lahan membbuka kain penutup pada lelaki yang berbaring di tepi Tasik itu. Cha memejam matanya dan menyelak kain itu lalu di bukanya matanya perlahan.
“ hah?” Cha terkejut apabila dilihatnya yang gadis itu bukanlah Jas. Cha yang menangis tadi berhenti dan mulai berundur langkah perlahan-lahan. Cha begitu gembira apabila mendapati mangsa yang meninggal itu bukanlah Jas namun hatinya masih gusar memikirkan Jas. Cha yang berundur perlahan dan mencelah semula keluar dari kerumunan orang itu dengan segera. Cha menerobos keluar tapi dia terlanggar pada badan seorang lelaki lalu Cha terjatuh di atas lelaki itu.
“Cha…” jas menyebut nama Cha. Cha rupanya terlanggar Jas dan terjatuh di atas badan Jas. Cha terdiam lalu segera berdiri. Jas segera bangkit. Jas dan Cha berrtentangan mata. Di hati Cha, dia begitu gembira melihat Jas masih berdiri di hadapannya dan airmatanya mencurah keluar sekali lagi. Kerisauan di hatinya terasa tenang. Cha pantas memeluk Jas.
“ Jas…. Cha fikir Jas telah meninggalkan Cha. Cha takut sangat tau.” Cha menyuarakan kerisauannya. Jas tersenyum.
“ Jas tak apa-apa. Jas lah yang jumpa lelaki itu.Cha risaukan Jas?”
“ Mestilah. Kalau Jas tinggalkan Cha, siapa yang akan lindungi Cha lagi. Cha berasa sangat selamat di sisi Jas. Tolong Jangan tinggalkan Cha.”
“ Never. Jas takkan pernah tinggalkan Cha sebab…”
Cha segera melepaskan pelukannya lalu menatap mata Jas. Lidah Jas mula menjadi kelu dan kaku saat Cha menatap matanya.
“Sebab….”
Jas menatap kembali mata Cha dan mula mencari keberanian untuk menyuarakan perasaannya kepada Cha dari pandangan mata Cha. Jas tersenyum dan mengungkaikan seribu kebisuan tentang hatinya;
“Aku mencintai kamu, Cha.” Cha tersentak lalu tunduk.
“ Tapi…”
“ Jas tak kisah apa yan pernah terjadi pd diri Cha sebelum ini. Jas kenal cha dan tahu hati budi Cha. Jas kenal diri Cha dan Cha tahu siapa Jas. Walaupun terkadang Jas berfikir yang Jas tidak layak untuk Cha tapi mencubanya tidak sesekali menjadi sukar. Itu saja yang kau perlu tahu Cha. Aku mencintaimu.” Jas mencelah dan menerangkan segala yang terbuku di hatinya. Cha berasa gembira kerana Jas tidak memandang buruk padanya walaupun dengan apa yang terjadi. Cha tidak berkata apa-apa, lalu mendakap Jas sekuat hatinya, jas tidak membalas pelukan Cha.
“ Jas…. Cha juga sudah mula mencintai Jas. Jas pernah cakap yang perasaan ini ada 4 peringkat, suka kepada sayang kepada rindu dan kepada cinta. Dan aku rasakan semuanya hanya di saat aku bersamamu.” Jas segera membalas pelukan Cha. Jas tersenyum lebar sehingga air mata kegembiaraannya mengalir keluar. Jas mencium dahi Cha tanda Jas begitu menyayangi Cha.
“ Lihatlah…akhirnya mereka bersama juga.” Terang Za kepada Efmy yang mengintai Jas Dan Cha dari jauh. Efmy tersenyum lalu menepuk bahu Za.
‘Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari lalu Dia turunkan guruh dan kilat dan puas kita menangis mencari mana matahari kita. Rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah pelangi yang Indah’. Apa yang kita alami sama ada baik atau buruk pasti ada hikmahnya dan Cinta adalah seperti itu.