Cerpen 4


Air jernih keluar perlahan-lahan dari takungannya menemani hati yang kepiluan dan kesedihan. Matahari mulai terbit dari timur menghias pagi menyinari alam yang tadinya dilitupi kegelapan tanpanya. Embun-embun pagi membasahi dedaunan pokok serta rumput-rumput di laman rumahku. Aku hanya melihat pagi yang bersinar dengan cuaca yang baik dan menyegarkan. Namun pagi yang indah itu tidaklah seindah hatiku yang masih keruh dengan kesedihan. Di tanganku masih kuat menggenggam senaskah al-Quran yang baru sahaja selesai aku baca. Mengharapkan ketenangan jiwa dengan membaca ayat suci di dalamnya. Sungguh aku tenang bila membacanya. Tatkala aku berhenti mambacanya, aku kembali kepada diriku. Mengingat kembali musibah yang melanda diriku.
“Zety... apa lagi yang kamu menungkan pagi-pagi ni?” suara Umi menyentak kepiluan hatiku. Aku memandang ke arahnya sambil mengesat air mata yang mengalir membasahi pipiku. Aku cuba untuk menyembunyikan rasa sedih itu malah mencuba mengukir satu senyuman yang aku sendiri tidak ikhlaskan. Umi menghampiriku yang berduduk di tepi tingkap rumah.
“Jangan macam ni, Zety. Umi tak mau lihat anak umi bersedih macam ni.” Pujuk Umi. Beribu pun cara yang aku gunakan untuk menyembunyikan perasaan hambar di dalam hati ini, takkan ada satu yang dapat menipu naluri seorang ibu. Aku tetap berdiam. Tiada sepatah kata pun ingin aku ucapkan bagi menjawab kata-kata Umi. Aku hanya mampu tunduk dan berdiam.
“Lupakanlah dia. Jangan kamu siksa diri sendiri. Sudah 8 bulan dia meninggalkan kamu. Mungkin dia dah tiada sekarang. Lupakanlah dia. Zety cantik. Pasti ramai yang ingin bersama dengan kamu.” Kata-kata Umi pagi itu tidaklah menenangkan hatiku malah membuat hatiku bertambah pilu dan sedih.
“Benar kata Umi. Mungkin dia dah tiada tapi Umi... mungkin juga dia masih hidup. Dan sedang berusaha untuk balik pada Zety. Memang ramai lelaki lain di luar sana, tapi hati Zety tetap mahu kan dia. Zety yakin dia pasti akan kembali.” Jawabku tegas menyangkal kata-kata Umi. Tidak mungkin bagi hati ini untuk menerima orang lain selain dia. Dia yang selalu menghiburku, menasihatiku, mengajarku erti cinta, hidup dan kesetiaan. Dia juga yang selalu memberi semangat hidup padaku, memberi erti perjuangan dalam diriku untuk melangkah menjadi seorang yang lebih berani meniti hidup yang penuh rintangan ini.
Mendengar jawapanku, Umi hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan berlalu meninggalkan aku di dalam bilik. Umi seperti putus asa memberikan aku nasihat tentang hal ini. aku tahu, Umi hanya ingin yang terbaik bagi anak-anaknya. Pasti hatinya juga susah memikirkan aku yang selalu dalam kesedihan. Aku kembali memandang keluar tingkap, melihat nyaman pagi yang tidak dapat aku rasakan nyamannya. Menikmati cahaya matahari pagi yang menghangatkan yang aku sendiri tidak tahu rasa hangatnya.
“B...”
“ya, sayang”
“Betul ker B nak pergi Jepun?”
“Ya. B dapat tawaran kerja dari seorang sahabat di Jepun. Lagipun dah lama B berangan nak ke Jepun tau. Inilah masanya.”
“Ya... Zety tau. Tapi...”
“Tapi apa? Takut kalau-kalau B lupakan Zety di sini?” Aku terdiam. Sepertinya dia sudah boleh meneka kerisauan di dalam hati ini. Melihat aku berdiam diri. Dia pun ketawa kecil. Aku hairan dan terasa ingin marah. Aku menjeling kapadanya dengan rasa geram.
“Apa ni B? B mempersendakan kerisauan Zety?”
Dia berhenti dari terus ketawa lalu mengukir senyuman di wajahnya. Dia tidak terus menjawab tapi terus memegang bahuku. Perasaan geramku tadi terus hilang. Terkejut dengan apa yang di lakukannya. Mataku bertentangan dengan matanya yang penuh dengan ketenangan dan kasih. Jantungku berdegup pantas. Aku mula memikirkan yang dia akan mengucup pipiku. Saat itu, aku hanya kaku. Hanya jantung yang terus-terusan berdegup dan nafas yang naik turun dengan perasaan resah.
“Zety...” dia memulakan bicaranya. Aku masih tetap kaku menatap matanya. “B takkan lupakan Zety. B tau betapa risau hati zety sebab B juga rasakan apa yang zety rasa. Mungkin juga Zety yang akan lupakan B nanti bila B jauh dari sisi Zety. Tapi B selalu percaya dan yakin dengan cinta Zety. Jadi Zety juga harus yakin dan percaya pada diri dan cinta B untuk Zety.”
Aku tersenyum. Kata-katanya membuatkan aku lupa pada kerisauan ini. Ini bukan kali pertama aku berjauhan dengannya. Cinta kami bermula dalam kejauhan. Selama in, aku dan dia selalu berjauhan. Antara UUM dan USM. Antara kelantan dan Sabah. Namun itu, tidak pernah membuat kami lupa pada cinta ini kerana dia selalu mengingatkan aku dengan percaya dan rasa yakin pada cinta. Hatiku menjadi risau kali ini, mungkin kerana kali ini dia akan pergi ke luar dari negara ini. Tapi kata-katanya tadi sudah membuatkan aku kembali tenang daripada kerisauan ini.
“B janji B takkan lupakan Zety dan B akan terbang kembali pada Zety nanti, andai sayap B patah. Bertongkat jua B ke sini mendapatkan Zety tau. B pasti akan kembali.Dan bila B kembali nanti. B nak jadikan Zety permaisuri dalam hidup B,okay?” Senyumanku semakin lebar. Hatiku begitu bahagia dengan janjinya. Aku faham sangat dengan sikapnya. Janji yang dia taburkan adalah janji yang dia akan kotakan. Dia menarik tubuhku lalu dipeluknya dengan mesra lalu mencium dahiku seperti meletak tanda pada janjinya di dahi ini. Aku sangat gembira dan hanya Tuhan yang tahu betapa tenangnya hatiku berada di dalam dakapannya ketika itu.
“Okay. Zety pegang janji B dan selama itu juga, Zety akan tunggu B sampai B kembali.”
“B pegang kata Zety sebagai kata janji,” kami sama-sama tersenyum mengikat janji.
Bahuku dicuit mesra. Aku tersentak dari lamunan panjangku. Kenanganku bersamanya ketika mengikat janji masih segar di ingatanku. Malah kata-katanya masih kuat terngiang-ngiang di telingaku.
“Kak Zety ok?” tanya Nur, adikku yang mencuit bahuku tadi.
“kakak ok. Ada apa Nur?”
“Tadi Nur tengok kak Zety tersenyum bahagia seorang. Kak Zety teringatkan memori indah bersama dia yer?” Nur cuba meneka senyuman lebar di wajah ku tadi. Aku hanya mengangguk perlahan mengiyakan tekaan Nur. Nur tersenyum. Mungkin dia senang melihat ukiran senyuman yang bahagia di wajahku yang selalunya hanya akan redup dengan kepiluan. Kemudian, Nur menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Aku mengambil surat itu dengan pantas lalu segera membukanya. Aku bersyukur permohonan aku untuk mengajar di sebuah sekolah di Tawau telah diluluskan. Alhamdulillah ya Allah... Engkau telah tunaikan satu dari doaku. Bisik hatiku. Aku terus memeluk Nur yang masih setia berduduk di sebelahku. Niatku untuk ke Tawau adalah untuk berjumpa sendiri dengan keluarganya. Aku ingin menunggunya di sana, di daerah kelahirannya.

* * * * * * * * * * * *

Buat kali pertamanya, aku meninggalkan tanah semenanjung. Hari ini aku akan terbang ke tanah borneo dengan harapan bertemu ahli keluarganya di sana. Hatiku kini resah memikirkan penerimaan keluarganya nanti. Apakah mereka akan menerima aku dengan baik dalam keadaan keluarganya yang masih bersedih? Bisik kerisauan dalam hatiku. Aku tak pernah menyangka yang aku akan pergi berjumpa dengan keluarganya tanpa dia di sisiku.
“Satu hari nanti, B akan bawa Zety balik kampung B dan kenalkan Zety dengan keluarga B.”
Suaranya masih dapat aku dengar di dalam ingatanku. Keadaan di dalam penerbangan air asia tidaklah setenang yang selalu aku gambarkan. Keadaannya agak riuh sedikit dengan suara kanak-kanak yang meraung dan menangis, perbualan antara penumpang yang ada di dalamnya. Pramugari yang berulang-alik untuk cuba menunaikan setiap permintaan penumpang yang tak henti-henti. Penerbangan ini akan mengambil masa 2 jam 45 minit untuk sampai di lapangan terbang tawau dari LCCT. Dan dalam masa itu juga, hatiku tidak pernah merasakan ketenangan. Fikiranku diselubungi beribu persoalan tentang penerimaan keluarganya terhadapku. Kerana keresahan itu, aku menggenggam erat rantai yang terikat di leherku. Rantai yang di hadiahkan olehnya pada ulang taunku yang ke-23. Rantai itu adalah pemberian pertamanya kepadaku dan satu-satunya hadiah yang sangat aku sayang. Menggenggam rantai itu membuatkan aku terus mengukir kekuatan di hatiku.
Masa berlalu dengan pantas. Kapal terbang akan mendarat bila-bila masa sahaja. Semakin hampir masa untuk mendarat. Semakin kuat fikiranku menghentamku. Semakin hebat keresahan yang bermain di jiwaku. Tanganku masih menggenggam erat buah rantai yang berukir kunci itu.
“Kenapa B bagi Zety rantai berbuahkan anak kunci ni?”
“sebab... kunci itu kunci hati B. Dan Cuma sayang yang boleh membukanya.”
“Ooo... so tidak akan ada orang boleh memiliki hati B selagi kunci di tangan Zety?”
“Yup. Dan itu juga kunci masa depan kita dan kunci pada cinta kita.”
“Baik B. Terima Kasih.”
“Satu lagi, bila Zety rindu pada B. Zety genggam kuat-kuat tau. Sebab B pun pasti rindu pada Zety...”
Keadaan penumpang air asia di dalam kapal itu sekali lagi menjadi kelam kabut dengan penumpang yang berebut-rebut mengeluarkan bagasi, beg atau barang-barang mereka yang mereka letakkan di loker atas tempat duduk mereka, mereka seolah-olah bersaing untuk sampai ke pintu keluar. Aku hanya melihat keadaan itu dan masih berduduk. Apabila penumpang sudah semakin berkurangan, barulah aku mencari beg ku di loker simpanan di atas tempat duduk ku dan keluar melalui pintu belakang kapal terbang itu.
Akhirnya aku sampai juga di tanah borneo. Negeri di bawah bayu. Aku mula memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Ada tiga hari lagi sebelum aku lapor diri di sekolah tu. Rasanya ada baiknya aku mencari keluarga B dulu sebelum aku mula mengajar. Aku mula merancang perjalananku. Aku sengaja datang awal ke Sabah untuk mencari keluarganya sebelum aku kembali bekerja sebagai guru di sekolah Menengah Kebangsaan Tawau. Sekolah yang aku mohon untuk mengajar. Aku segera mencari teksi untuk pergi ke bandar tawau. Di sana aku boleh menyewa hotel untuk sementara waktu sehingga aku dapat mencari keluarganya. Lagipula aku ada sebuah bagasi besar yang berat. Susahlah aku jika aku mengheretnya ke sana ke sini setiap masa. Perjalanan ke bandar tawau dari lapangan terbang tawau mengambil masa setengah jam. Badanku lenguh juga selepas perjalanan yang jauh. Namun keresahan di hati ini, menidakkan keleguhan yang aku rasakan.
“Cik nak ke mana ni?” soal pemandu teksi itu apabila mula memasuki kawasan bandar Tawau. Aku tidak terus menjawab. Aku ingin menginap di hotel tapi aku tak tahu apa hotel yang murah di kawasan ini. Aku orang baru. Melihat dari wajah pemandu teksi itu, aku yakin dia adalah orang yang baik dan jujur.
“Pak cik, saya orang baru di sini. Pak cik boleh bagi cadangan hotel yang paling murah untuk saya menginap untuk semalam dua?” aku cuba mengusulkan soalan yang meminta pendapatnya sebagai orang tempatan di kawasan itu.
“Hotel? Cik tiada saudara di sini?” soal pemandu teksi itu.
“Tiada. Saya datang ke sini atas urusan kerja.”
“Cik ni kerja apa?”
“Saya kerja sebagai Cikgu. Saya akan mengajar di S.M.K Tawau.” Jelasku. Pemandu teksi itu mengangguk faham.
“Macam ni lah Cik, saya pun tak pernah menginap di hotel jadi susah untuk saya berikan pendapat tempat yang murah. Tapi menurut kawan-kawan saya, hotel yang agak murah di sini... hotel Millenium.”
“Ow kalau macam tu, hantar saja saya ke sana.” Pintaku. Aku orang baru jadi mungkin aku boleh menetap di tempat yang di katanya murah itu. Lagipun aku ingin menetap seketika sebelum mendapat rumah sewa yang lebih selesa. Pemandu teksi itu membawa aku ke Hotel yang dikatakannya tadi. Selepas membayar upah kepada pemandu teksi itu, aku terus mendapatkan di Hotel Millenium itu. Seperti yang di katakan pemandu teksi tadi, hotel itu memang agak murah berbanding hotel-hotel yang pernah aku duduki sebelum ini ketika mengikuti kursus di semenanjung. Sampai di bilik, aku berduduk seketika. Badanku letih tapi aku tidak mahu berehat selagi hajat di hati belum tercapai. Aku mahu mencari keluarga B dengan segera.
“Zety...” aku terdengar suara B memanggil namaku. Aku segera menoleh ke belakang tapi tiada orang. Aku melihat ke seluruh ruangan bilik itu. Tiada sesiapa pun. Aku hanya seorang di bilik itu. Mungkin rindu di hatiku membuatkan aku terdengarkan suaranya pada ketika aku bersendirian. Aku tersenyum sendiri memikirkan diriku yang semakin gila. Gila akan bayangnya. B... andai B boleh dengar suara hati Zety. Segera balik ke sini. Zety sangat rindukan B. Zety doakan B sentiasa selamat walaupun di mana B berada. Balik cepat B. Jerit hatiku dengan harapan jeritan ini akan sampai kepadanya. Dengan harapan dia tahu aku begitu merindui dirinya.

* * * * * * * * * * * *

“Minta maaf dik. Mana akak boleh cari kedai JD IC?” aku menyapa seorang gadis yang umurnya dalam belasan tahun. Adik itu berhenti di hadapanku sebaik aku menahannya tadi.
“Kakak mau pigi JDIC?” Aku menganggukkan kepala. “Dekat sahaja kak. Akak jalan terus sampai limpas dua blok bangunan ni. Pastu akak belok kiri ikut blok bangunan kedua tu. Di depan Blok bangunan tu nanti, akak akan nampak JDIC.” Jelas gadis remaja itu sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya dan berterima kasih. Dialek yang digunakan gadis remaja itu begitu jelas mengambarkan dialek B. Bahasa melayu baku. Di Sabah ini, percakapan akan terasa agak laju berbanding cara percakapan di semenanjung. Aku menuruti saja apa yang gadis itu tunjukkan sebentar tadi.
Aku mencongak langkah berjalan melepasi dua blok bangunan yang panjang. Bandar Tawau kelihatan agak sibuk juga dan begitu maju. Tidak seperti yang selalu aku bayangkan. Selalunya bila membayangkan Sabah, aku akan membayangkan Sabah masih dilitupi dengan hutan terutamanya kawasan tawau yang terletak jauh dari kawasan bandar utama Sabah, Kota Kinabalu. Aku dapat melihat beberapa remaja berjalan sambil menghisap rokok. Cara pemakaian juga agak tidak senonoh. Terbawa-bawa dengan budaya kebaratan agaknya. Kelihatan juga beberapa orang pelancong yang sedang berjalan melawat ke kedai-kedai yang berderet di Blok bangunan itu. Selepas melewati 2 blok bangunan itu, aku membuka langkah menyusuri jalan di hadapan blok bangunan yang kedua dan dari jauh, aku dapat melihat nama JD IC . aku sudah semakin hampir dengan kedai itu. Hatiku kembali resah memikirkan penerimaan ahli keluarga B terhadap aku. Semakin dekat dengan kedai, semakin berat langkahku. Namun aku tetap memujuk hatiku. Aku mahu berjumpa dengan keluarga B dan bersama-sama mereka menunggu kepulangan B. Aku mesti berjumpa dengan keluarga B.
“Selamat datang ke JD IC.” Sapaan mesra dari pekerja di Kedai JD IC yang mengalu-alukan kedatanganku sebaik aku melepasi pintu masuk kaca kedai itu. Aku memandang ke dalam kedai itu. Kelihatan begitu tenang walaupun ramai pelanggan. Keadaan kedai itu agak eksklusif. Konsepnya sama seperti yang selalu di gambarkan kepadaku.
“B akan buka sebuah cafe milik B sendiri nanti. Dan memberi cafe itu nama JD IC,”
“JD IC? Stand for what B?” soalku. Ketika itu, aku dan dia duduk di sebuah cafe. Dan saat itulah dia menyatakan hasratnya untuk memiliki kafenya sendiri.
“JD IC stand for JasDien Interactive Cafe. Di kafe b nanti, b akan bahagikan kepada 4 bahagian. Ada ruangan cafe, ruangan wireless, ruangan komputer dan ruangan aksesori komputer. 4 in 1. What do you think dear?”
“B ni kuat beranganlah.”
“Ish, B bukan beranganlah Cik Zety. Ini salah satu impian B tau. Setiap manusia ada impian. Cuma terpulang pada manusia samaada nak atau tidak untuk mencapai impian. Dan B adalah manusia yang akan capai apa yang B impikan.” Kata-katanya begitu semangat. Aku hanya tersenyum dengan kata-katanya. Di hatiku terbit perasaan bangga dengannya dan impiannya.
“Apa lagi impian B?” aku cuba mengorek lagi kisah impiannya. Dia berpaling padaku sambil berfikir.
“B ada banyak impian. Selain untuk menyenangkan hidup keluarga aku. Aku ada satu lagi impian yang besar. Nak tau?” dia tersenyum lalu mengalihkan pandangannya ke arah yang lain sambil menanti jawapanku. “ya.” Jawabku ringkas.
Dia menjeling kepadaku. Aku tidak megendahkannya dan mengangkat cawan teh ku untuk meghirup teh yang masih panas tu perlahan-lahan.
“B nak kahwin dengan Zety.”
Aku terkejut dengan kata-katanya. Hampir tersembur keluar air teh yang baru sahaja aku hirup tadi. Aku meletakkan kembali cawanku di atas piringnya. Kami berdiam dan berpandangan antara satu sama lain buat seketika sebelum mula ketawa kecil.
“Excuse me Miss...” pelayan di JD IC menyentak lamunanku tadi. Aku segera tersenyum kepadanya. “Cik ni orang baru di sini?”
“Ya saya.”
“Ow, okay. Di JD IC ni, kami mempunyai 4 ruangan... ruangan pertama...”
Aku segera mencelah, “Saya nak ruangan cafe.”
“Baiklah. Cik boleh duduk di ruangan cafe. Boleh saya mengambil pesanan cik?”
“Saya nak Ice Lemon Tea.” Pelayan itu mencatat pesananku lalu mempelawaku duduk di ruangan cafe. “Ada satu lagi.” Aku menghentikan langkah pelayan yang baru sahaja ingin berlalu pergi mendapatkan pesananku tadi.
“Siapa manager cafe ni?”
“Manager cafe ni,Cik Bade. Dia adik perempuan JD, pemilik cafe ni. Ada apa cik?”
“Boleh saya berjumpa dengan dia. Saya ada hal penting ingin dibincangkan dengannya.” Jelasku selepas mendengar nama pengurus cafe itu. Bade, itu memang nama adik B.
“Baiklah. Saya akan bagitahu dia. Cik duduklah dulu. Make yourself comfortable.”
Aku memandang ke sekeliling Interaktif kafe yang menjadi impiannya selama ini. Dia ingin sekali menguruskan cafe ini sendiri pada mulanya tapi tawaran ke jepun yang di terimanya itu menyebabkan dia menyerahkan kuasa pengurusan cafe impiannya itu kepada adik perempuannya. Dia selalu menceritakan halnya kepada aku. Tapi sekarang aku tidak dapat mendengar ceritanya lagi. Aku begitu merindui suara nakalnya yang suka bergurau dan gelak tawanya yang riang. Aku rindukan kata-kata cinta yang selalu dia hiasi dalam percintaan kami. Aku sangat rindukan dia. Hatiku kembali pilu memikirkan dirinya yang masih hilang. Mati atau hidup, hanya Allah yang tahu. Hati pilu ini hanya mampu melafaz doa agar dia sentiasa hidup dan akan kembali kepadaku secepat yang mungkin.
“Assalamualaikum cik...” satu ucapan salam dari suara yang lembut dan manis kepadaku ketika aku sedang menikmati Ice Lemon tea yang aku pesan tadi. Aku segera menjawab salam itu dan menoleh ke arah pemberi salam itu. Seorang perempuan yang tinggi berdiri di hadapanku. Wajahnya manis dan cantik. Aku yakin itulah Bade. Adik B. Aku pernah melihat gambarnya dulu. Aku segera berdiri untuk memperkenalkan diri kepadanya.
Aku menghulurkan tangan untuk bersalam “Saya Nur...”
“Izzati...” Bade mencelah sebelum aku habis menyebut namaku. Nampaknya dia mengecam aku. Mungkin dia pernah melihat gambarku bersama abangnya. Bade mencapai tangan yang aku hulurkan lalu mempelawaku duduk. Dia seperti terkejut dengan kehadiranku di kedai dan di Tawau.
“Bila Izzati sampai sini?”
“Panggil Zety jer. Pagi tadi. Lepas check in bilik kat Hotel Millenium, Zety terus datang sini.”
“Yakah? Zety pasti tak lunch lagikan?” soal Bade. Sejak pagi tadi, aku tidak menjamah apa-apa lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Zety ingat nak makan kat sini jer.”
“Di sini Cuma ada snack ringan and minuman ringan. Ayuh kita pergi makan, boleh kita bercerita.” Jelas bade untuk mengajakku berbual-bual ketika makan nanti. Bade begitu baik padaku sehingga aku menjadi segan dengannya. Aku hanya senyum tanda setuju.
“Mira... aku mau keluar makan sekejap. Nanti kalau ada orang cari, cakap dengan dia aku ada sini petang nanti.” Pesan Bade pada seorang pekerja di kafe yang duduk di kaunter pembayaran. Mira mungkin pekerja yang paling Bade percaya pada fikiranku.
“Okay... tapi kalau ya pun, kasi kenal lah siapa kawanmu ni? Gembira betul kau,aku tengok jumpa dengan dia?”
“Ow, kenalkan ini Izzati. Bakal kakak ipar aku.”
“Cewek Bos JD?” tanya mira kehairanan sambil tersenyum. Bade menganggukkan kepalanya lalu memimpin tangan ku keluar dari kafe itu. Hanya sepintas lalu Bade memperkenalkan aku pada Mira dan aku hanya sempat untuk membalas senyumannya sahaja.

* * * * * * * * * * * *

Aku menceritakan semuanya pada Bade. Tujuan aku datang ke Tawau bukan sahaja untuk bekerja di situ tapi juga ingin menunggu abangnya kembali. Aku juga menyatakan keinginanku untuk berjumpa dengan ibu bapa dan ahli keluarga Bade.
“Zety betul nak tunggu abang di sini?”
“Ya, Bade. Zety tak kisah. Ini niat Zety. Zety sanggup tunggu sehingga di kembali even yang kembali mungkin hanya jasad yang tak bernyawa. Zety tetap nak tunggu,” Bade memegang tanganku apabila aku sudah mula ingin mengeluarkan air mata yang lama bertakung di bebola mataku. Bade kemudian memelukku untuk menenangkan hatiku yang menjadi sedih tatkala memikirkan yang mungkin kembali ke pangkuanku hanya satu jasadnya yang tak bernyawa.
“Tenang Zety. Aku yakin abang masih hidup dan dia sedang berusaha untuk balik pada kita nanti. Bagi aku, dia tu luar biasa orangnya. Semangat hidupnya tinggi. Jadi, tenanglah Zety. Sama-sama kita doakan dia supaya dia akan dilindungi Allah walau di mana dia berada sekarang.” Bade memujukku dengan baik. Ada betulnya apa yang di cakapkannya. B adalah seorang yang kuat semangat hidupnya. Dia pasti masih hidup. Aku kembali bersemangat. Mengesat air mata yang sudah pun membasahi pipiku dari tadi. Aku tidak mau fikir lagi yang dia sudah mati. Dia masih hidup. Selepas aku kembali tenang, Bade membawa aku ke rumahnya. Pada mulanya aku memang takut berjumpa dengan keluarga B tapi selepas melihat sikap kemesraan yang ada pada Bade. Pasti Ibunya juga seorang yang mesra sepertinya. Pada fikiranku, ke mana lagi tumpahnya kalau tidak ke nasi. Macam mana sikap Bade, pasti macam itu jugalah sikap ibu dan ayahnya pada pandanganku. Aku kini yakin untuk berjumpa dengan keluarga B yang lain.
Seperti yang dijanjikan, Bade membawa aku balik ke rumahnya. Sebuah rumah banglo mewah beratap biru dengan lamannya yang di hiasi dengan lanskap tumbuhan yang menarik dan cantik. Terdapat satu garaj yang bertutup dan sebuah kereta Bmw berwana putih di hadapan rumah itu. Sungguh mewah hidup keluarga B sekarang. Mungkin inilah hasil titik peluh B selepas dia tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia dulu. Aku tahu sebelum ini, keluarga B dari golongan yang susah hidupnya. Bagai kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Tapi tekad yang ada di hati B untuk mengubah kehidupan keluarganya sehingga menjadi sebegini mewah memang membuahkan hasil. Selepas tamat pengajian, B sudah mula mencipta sistem keselamatan untuk beberapa buah syarikat dan menjualnya dengan harga yang mahal. Dengan duit yang ada itu, dia usahakan sebuah kafe impiannya. Apabila kafe impiannya siap, dia mendapat tawaran pula bekerja di Jepun. Gaji yang ditawarkannya di Jepun memang sangat lumayan. Sehingga dapat membeli sebuah rumah banglo sebegini indah untuk keluarganya.
“Jemput masuk zety...” pelawa Bade kepadaku sebaik sampai di hadapan pintu masuk yang baru dibukanya. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Cantik pemandangan luar rumah itu, cantik lagi di dalamnya. Buat seketika aku kagum melihat rumah yang cantik itu, namun kecantikan rumah itu tidak seindah hati yang duduk di dalam rumah itu. Kelihatan seorang wanita tua yang begitu pilu wajahnya. Sudah pasti itu Ibu B. Dalam keredupan wajahnya yang penuh dengan kesedihan menunggu kepulangan anaknya dengan menggenggam beribu kesabaran di hati. Bade menghampiri ibunya dan memberitahu tentang kedatanganku. Si ibu yang mendengar terus berdiri dan berjalan menghampiriku. Hatiku berdebar-debar ketika ibu B menghampiriku. Aku segera mencapai tangan orang tua itu lalu aku mencium tangannya. Ibu B menangis lalu memelukku dengan kuat. Aku tidak juga pasti apa yang sedang difikirkannya tapi aku tahu dia menerima kehadiranku di situ. Aku tidak berkata apa-apa. Sekadar membalas pelukan erat yang diberikannya.
“Mari duduk, nak.” pelawa ibu B padaku sambil memanggilku anak.
“Mak cik...” aku memulakan bicaraku sambil tanganku mencapai tangannya. “Saya nak minta maaf. Setelah 8 bulan JD hilang baru sekarang saya datang melawat mak cik di sini.” Aku menyatakan betapa aku berasa bersalah padanya. Sepatutnya pada kali pertama aku tau tentang kejadian itu. Aku sudah mencari dia dan bersama-sama dengannya. Ibu B mengusap-usap kepalaku. Aku menyambung lagi bicaraku;
“Saya ingin menghubungi mak cik tapi JD tidak pernah meninggalkan alamat atau nombor telefon mak cik. Hanya bila kali ini, saya dapat peluang datang ke sini barulah saya dapat mencari makcik dan keluarga.” Hatiku semakin serba salah.
“Bukan salah kamu, Izzati. Kehadiranmu di sini sudah cukup membuktikan kamu juga masih menunggu dia. Mak cik tidak salahkan kamu. Janganlah kamu berasa serba salah dengan mak cik.” Mendengar kata-kata ibu B. Aku terus memeluknya. Seperti aku memeluk umi ku sendiri. Sejenak aku dapat melihat senyumannya sebelum dia kembali murung.
“zety, cara kau peluk mak aku tu, sama macam abang JD peluk mak tau.” Jelas Bade yang masih ada di ruang tamu itu. Aku menoleh ke arahnya lalu memandang wajah tua ibu Bade. Senyuman yang seketika tadi adalah senyuman saat dia teringat dengan anaknya. Tidak pula aku menyangka yang cara aku memeluk ibu B sama seperti JD memeluk ibunya selalu. Mungkin aku telah terbawa-bawa dengan gaya B ketika dia memeluk aku. Pelukan manja yang selalu aku rindukan daripadanya.
“Di mana kamu tinggal sekarang?” soal Ibu B kepadaku. Aku pun menjelaskan yang aku sekarang hanya menginap di Hotel sementara mencari rumah sewa. Lagipun aku adalah orang baru di tawau ini, jadi aku sempat juga bertanyakan pada Bade jika dia tahu mana-mana rumah sewa yang boleh aku sewa.
“Ndak payahlah kamu cari rumah sewa. Tinggal saja di sini, dengan kami ya?” Ibu B mencelah ketika aku bertanyakan tentang rumah sewa. Bade juga tersenyum mendengar kata-kata ibunya.
“Yalah zety. Kau tinggal jak di sini. Ndak payah menyewa. Lagipun kalau abang balik mesti dia marah kalau tahu bakal isterinya menyewa di tempat lain sedangkan keluarganya ada di sini.” Aku tidak tahu lagi nak berkata apa. Kalau aku menolak, B pasti akan marah pada keluarganya seperti yang Bade katakan tadi. Jika aku terima, aku ada peluang untuk rapat dengan keluarga ini.
“Tinggal sini ya? Anak mak,JD tu selalu cerita tentang kamu pada mak. Kamu selalu menolong dan menemaninya saat dia susah di tanah semenanjung dulu. Mak cik bukan ingin membalas jasa budimu, tapi mak pun mau kenal kamu. Kamu kan bakal menantu mak nanti?” pujuk ibu B padaku. Aku tersenyum bahagia. Ibu B menerima aku dengan baik sekali. Saat dia menyebut perkataan ‘Bakal Menantu’, aku rasakan pipi ku seakan panas kemerah-merahan. Aku menjadi malu dibuatnya.
“Zety boleh tidur di bilik abang. Kalau Zety mau pergi kerja, guna jak kereta abang di dalam garaj tu. Rasanya abang pun ndak keberatan kalau kau yang guna.” Terang Bade lagi.
Aku tidak mahu menolak kesempatan ini. Memang niatku untuk bersama keluarga ini, aku pun menerima pelawaan itu. Ibu B tersenyum lagi. Dia begitu gembira bila aku menerima pelawaannya.
“Terima Kasih Mak cik. Terima kasih Bade.”
“Janganlah panggil mak cik. Panggillah mak. Biasakan diri tu, nanti sudah kahwin. Tak lah kekok sangat” usik Bade. Aku tersengih malu dengan usikkan itu. Aku memandang ibu B. Dia menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Bade tadi. Kata orang dulu, malu tapi mahu. Aku pun memanggilnya dengan panggilan itu di saat itu juga. “Mak...”
Sambil aku membelai tangannya. Selepas berbicara dengan Mak dan Bade, Bapa B sampai bersama adik-adik B yang lain- mita, farah dan Almi. Mereka juga menerima baik kehadiranku. Sikap ramah keluarga itu membuatkan aku mudah membiasakan diri dan berasa selesa. Bapa B, aku panggil Ayah. Adik-Adik B yang lain memanggilku kak Zety kecuali Bade. Bade mungkin segan memanggilku kakak kerana aku muda setahun darinya tapi aku tak kisah pun. Dengan memanggil nama rasanya akan buat aku selesa dan rapat dengannya nanti.

* * * * * * * * * * * *

Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, sebuah sekolah yang cantik. Lanskap sekolah yang indah dengan kehijauan. Sekolah yang melahirkan banyak pelajar yang cemerlang. B juga pernah belajar di situ dari tingkatan 1 hingga dia menamatkan STPM nya. Banyak cerita yang selalu diceritakan oleh B padaku ketika dia sekolah di situ. B bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolah itu. Dia seorang yang nakal. Katanya zamannya ketika bersekolah ialah zaman di mana siapa kuat, dialah yang di segani. Dan mungkin sebab itu juga B suka bergaduh dulu. Tapi zaman ini, siapa yang bijak, dialah yang orang yang paling disegani. Zaman sentiasa berubah mengikut masa. Kini, aku akan mengajar di sekolah ini sambil menunggu dia untuk kembali. Kembalilah wahai cintaku. Aku sangat merinduimu.
“Kenalkan semua, ini guru baru di sekolah ini. Cikgu Izzati. Seorang guru matematik.” Aku diperkenalkan kepada semua cikgu-cikgu yang berada di bilik guru itu. Aku bersalaman dan bersapa mesra dengan semua cikgu-cikgu yang ada di situ. Aku tidak mahu di kata sombong pula nanti. Penolong kanan, Encik Lim yang memperkenalkan aku pada semua cikgu yang ada di situ kemudiannya menunjukkan meja yang aku akan duduk. Aku akan mengajar pada sebelah pagi dan meja yang aku duduk perlu aku kongsi bersama dengan cikgu lain yang mengajar di sebelah petang. Cikgu Sharifah namanya. Aku sendiri belum berjumpa dengannya tapi aku dapat melihat beberapa keping gambar yang dibingkai cantik. Cikgu sharifah sungguh menawan orangnya. Di sebelahnya ada gamabr seorang lelaki yang mungkin juga suaminya. Begitu rapat dan bahagia mereka. Kataku di dalam hati.
“Hai?” aku di sapa mesra lagi. Aku segera menoleh kepada orang yang menyapaku tadi. Seorang cikgu muda sedang berdiri di sebelah mejaku. Wajahnya cantik dan ayu. Aku menyambutnya dengan sebuah senyuman.
“Saya Zulaikha. Guru sastera di sini.”
“ow, saya Izzati. Guru baru yang akan mengajar matematik,” aku memperkenalkan diriku selepas dia memperkenalkan dirinya. Kami bersalaman dan mula berbual-bual mesra di situ. Kebetulan pada waktu itu, adalah waktu rehat. Maka banyaklah masa untuk berbual. Zulaikha adalah gadis tempatan di situ dan dia juga berasal dari sekolah itu sama seperti B. Berketurunan bugis dan kadazan. Menurut b, orang yang berketurunan kadazan di Sabah kebanyakannya berkulit putih. Zulaikha memang berkulit cerah dan putih. Dia sungguh manis. Aku senang berkawan dengannya. Dia sungguh mesra.
“Izzati nak tau. Antara cikgu-cikgu di dalam bilik guru ini. Kita berdua adalah cikgu perempuan yang masih belum berkahwin dan ada juga beberapa cikgu lelaki yang masih single. Mana lah tau kalau-kalau Izzati bertemu jodoh di sini.” Zulaikha cuba menyakat. Aku tersenyum menggeleng-gelengkan kepala.
“Kamu ni ada-ada sajalah. Kamu pun tak kahwin lagi. Kenapa tak pilih jer cikgu-cikgu lelaki yang masih single tu?” soalku mengenakan dia semula. Zulaikha ketawa sambil memandangku.
“Tak maulah. Aku dah ada calon. Tunggu masa untuk diijab kabulkan sahaja tapi aku tak mau kahwin selagi dia tak balik. Tanpa dia. Aku takkan kahwin,” jelas Zulaikha. Nampaknya dia juga sedang menanti seseorang sama seperti aku. Aku terdiam seketika.
“Umi, Zety hanya akan kahwin dengan dia. Tanpa dia. Zety takkan kahwin.”
“Sampai bila kamu nak jadi macam ni? Kamu tu bukan muda lagi. Umi nak juga menimang cucu. Adik-adikmu yang lain lambat lagi. Semuanya masih belajar.” Pujuk Umi tapi hatiku tetap berkeras mahukan dia seorang. Cinta aku kuat untuknya.
“Izzati... are you okay?” aku termenung lagi.
“Ya, i’m okay. Erm... siapa orang yang kamu tunggu tu?”
“Adalah... rahsia.” Dia senyum lalu meminta diri untuk kembali ke mejanya. Aku menganggukkan kepala mengiyakan bila dia meminta diri ke mejanya. Selepas Zulaikha meninggalkan mejaku, satu lagi suara menyapa aku. Kali ini suara yang agak garau. Lelaki pada fikiranku. Aku memandangnya. Seorang lelaki yang kelihatan kacak dan bertubuh agak sasa. Aku memerhati wajahnya seketika.
“Zety... dah tak kenal aku?”
“Im? Imran?” tanyaku. Aku seperti mengenalnya. Dia menganggukkan kepala dan barulah aku ingat yang aku pernah mengikuti kursus yang sama dengannya sebelum ini. Aku tersenyum. Belum pun sehari, aku dah ada dua orang kawan. Zulaikha dan kini Imran. Imran banyak menolong aku semasa kursus perguruan dua minggu di kuala kangsar, Perak. Tak sangka dia masih mengecam aku.
“Im pun cikgu di sekolah ni rupanya? Im ajar apa?”
“Tak, Im tukang kebun sini.” Guraunya sambil ketawa. Dia memang suka bergurau. Aku mnjelingnya “ betul-betullah?”
“ya... aku mengajar sains sukan di sekolah ni. Sekaligus menjadi jurulatih ragbi,” jelasnya. Tidak hairanlah dia bertubuh sasa kerana dia ialah jurulatih raqbi. Ketika aku baru masuk ke sekolah ini dan melalui galeri sekolah. Aku dapat melihat bnyak piala besar yang dimenangi oleh pasukan raqbi sekolah ini. Im adalah anak kelahiran kelantan sama seperti aku. Dia ramah orangnya dan tegas dalam melakukan kerjanya. Kemudian, Im menawarkan dirinya untuk menolong aku jika aku menghadapi apa-apa kemusykilan di sekolah itu. Kebetulan pula, mejanya di hadapan mejaku. Lebih dekat berbanding meja Zulaikha yang berada jauh di belakang bilik guru yang panjang itu.
Hari-hari aku di sekolah itu bermula dengan baik. Semakin hari aku semakin mengenali sekolah, cikgu, murid-murid dan struktur perancangan pengajaran di sekolah itu. Misi sekolah itu untuk melahirkan lebih banyak produk-produk yang cemerlang dan bijak pandai. Tidak hairanlah jika sekolah itu pernah dinobatkan sebagai sekolah terbaik di seluruh sabah dan untuk menjaga prestasi sekolah itu. Misi dan visi sekolah perlu dicapai dan pengetua sekolah, Puan Aisyah selalu menekankan para guru untuk lebih tegas dalam pengajaran dan mencari jalan berkesan dalam pengajaran mereka agar pelajar-pelajar sekolah itu mudah memahami setiap ilmu yang diajarkan pada mereka. Kesibukan di sekolah itu dengan pelbagai aktiviti dapat melupakan sedikit sebanyak kesedihan dan kemurungan di hatiku. Hanya bila aku balik ke rumah banglo tu, barulah hati aku akan kembali pilu kerana mengingatkan kehilangannya yang sudah berlalu hampir 9 bulan.
“Hello...” aku mengangkat telefonku yang dari tadi berdering.
“Zety.... dah tengok buletin utama di TV3?” Soal Fina dalam suara yang agak cemas. Aku menjadi risau.
“belum tapi Ada apa Fina? Suaramu agak cemas.” Tanyaku pada Fina. Aku tidak pernah dengar suara kawan baikku itu begitu cemas. Hatiku semakin resah menanti perkhabaran dari Fina yang aku tahu adalah satu perkhabaran yang tidak baik.
“Kapal terbang dari Jepun yang JD naik untuk balik ke Malaysia...” aku menanti dengan sabar untuk Fina menghabiskan ayatnya. “... terhempas...” serta merta saat itu juga jantungku bagai juga telah terhempas jatuh gugur ke lantai. Aku tahu fina takkan berbohong dalam hal sebegini. Tangan aku mengeletar. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat ketika itu. Telefon bimbit yang aku pegang sudah pun terlepas jatuh ke lantai. Dalam fikiranku asyik memaksa aku untuk memikirkan yang B sudah tiada. Dan hatiku enggan menerima apa yang aku fikirkan itu. Pandangan mataku menjadi semakin kabur. Semakin lama semakin gelap dan terus gelap.
Pintu bilik Zety di ketuk menyergah benaknya yang jauh di bawa oleh lamunannya. Lamunannya ketika menerima berita kapal terbang yang di naikinya terhempas.
“Zety tak mau makan?” suara mak dari sebalik pintu. Aku bingkas bangun dan terus bangun membuka pintu.
“Tak mak. Zety dah makan tadi dengan kawan.”
“yalah. Kamu rehatlah.”
“Baik Mak,” jawabku ringkas.Mak terus berjalan menuju ke dapur. Aku kembali menutup pintu bilik dan kembali ke atas katil. Beberapa minit kemudian, aku berasa dahaga lalu keluar ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Apabila aku sampai di dapur, mak sedang termenung jauh di depan tingkap dapur. Aku perlahan-lahan merapatinya lalu memegang bahunya dengan lembut.
“Mak.... ingatkan JD?” soalku walaupun aku tahu.
“Kalaulah mak tidak mendesak dia untuk balik ke sini untuk beraya dengan mak. Dia tentu ndak naik kapal terbang tu... kalau tidak, tentu dia masih ada dengan kita...” mendengar kata-kata sayu yang ditemani air mata mak. Aku menjadi pilu. Kesedihan wajah tua itu membuatkan aku segera memeluk mak dari belakang.
“Mak... kuatkan semangat mak. JD masih hidup. Zety yakin, mak. Mak pun mesti yakin dan jangan salahkan diri. Ini takdir Allah. Kita hanya perlu berdoa agar dia selamat walau di mana pun dia berada.” Pujukku untu menenangkan hati seorang ibu yang begitu merindui anaknya. Nahas kapal terbang yang melibatkan B sangat tragis. Ramai yang terbunuh di dalam pesawat itu. Beberapa mayat pula ditemui di luar kapal. Hanya beberapa orang yang hilang. Salah satunya, B. Dan ada juga yang hilang telah ditemui. Namun B masih hilang. Hidup atau mati. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah s.w.t. dan saat sebegini.. aku dan keluarga B hanya boleh berdoa agar dia sentiasa selamat dengan harapan dia akan kembali suatu hari nanti. Aku dan mak sama-sama berlinangan air mata petang itu mengenangkan nasib B yang malang itu.

* * * * * * * * * * * *

Sebulan berlalu, aku mengajar di S.M.K Tawau sambil menunggu kepulangan B. Sampai kini masih juga tidak ada khabar berita dari pihak Duta malaysia di Jepun. Kehilangan B masih dalam usaha pencarian. Beberapa kali juga keluarga B menerima panggilan dari Encik Tazaki., bos B di Jepun meminta kami untuk bersabar dan memberitahu kami usaha-usahanya dalam pencariannya masih gagal. B pernah cerita pada aku dulu. Encik Tazaki baik orangnya. Dia sangat mengambil berat tentang diri B. Walaupun berlainan latar belakang dan negara, tapi Encik Tazaki telah menganggap B macam anaknya sendiri. B pula ramah orangnya malah fasih berbahasa Jepun. Pasti Encik Tazaki senang dengan B sehingga menawarkan kerja di Jepun dengan jawatan yang baik dan gaji yang lumayan.
Aku baru selesai mengajar dan mencongak-congak langkah menuju ke bilik guru. Sesampainya ke bilik guru, kelihatan wajah Zulaikha begitu redup seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Aku segera berjalan ke tempatnya.
“Zulaikha....” aku menyapanya sebaik mendekati mejanya. Dia segera menoleh ke arah aku. Dia mencuba untuk senyum.
“Kamu okey? Nampak macam ada masalah saja?” tanyaku mengambil berat. Zulaikhalah sahabat baik ku di situ. Aku mesti tolong dia jika dia ada masalah.
“Aku okay cuma hari ini aku terasa rindu pada dia. Aku nak jumpa dia.” Zulaikha menjelaskan bagaimana yang dia rasa. Kerinduannya terhadap kekasih hatinya. Aku memegang bahunya; “bersabarlah. Kalau Zulaikha rindu dia, dia juga pasti rindu dengan Zulaikha.” Aku memujuknya dengan menyatakan apa yang B pernah cakap padaku dulu. Zulaikha diam seketika.
“Zety nak tengok tak gambar orang yang aku rindu tu?”
“Boleh juga. Mesti kacak,kan?” aku cuba menyenangkan hati Zulaikha.
“Ya. Sangat kacak.” Zulaikha kemudian membuka laci mejanya. Di keluarkan sebuah album lalu diberikan padaku. Aku mengambilnya sambil tersenyum. Aku mula terbayang macam-macam ketika itu. Membayangkan wajah-wajah lelaki yang sepadan dengan Zulaikha yang cantik jelita ini.
“Bukalah. Album tu gambar-gambar aku bersama dengannya.” Aku membukanya perlahan-lahan. Muka pertama album itu terpampang gambar Zulaikha. Aku tersenyum melihatnya. Sungguh cantik jelita Zulaikha ini. bisik hatiku. Aku membuka lembarana seterusnya. Aku terkejut. Sangat-sangat terkejut. Gambar B bersama dengan Zulaikha. Begitu rapat. Aku tidak mahu percaya dengan apa yang aku lihat. Tapi selepas membuka beberapa lembaran seterusnya. Itu memang JD. Itu memang B. Apa semua ni? Apa yang terjadi ni?
“Kacak tak orangnya?” soal Zulaikha menerpa benakku yang masih terkejut dengan gambar-gambar itu. Beribu persoalan dalam kepalaku. Tapi aku mesti bertenang dan tanya Zulaikha kebenarannya.
“Kacak. Dia ni...”
“Orang yang aku tunggu, Zety. Aku tak kan kahwin tanpa dia. Dia perlu ada baru aku boleh berkahwin. Dia dah janji dia akan kembali cepat. Aku rindu dia, Zety. Rindu sangat.” Zulaikha menghuraikan semua butiran perasaannya yang memberat di hatinya. Sedangkan hatiku sedang tersiksa. Aku tidak menyangka. B menipuku. B mempunyai perempuan lain. B menipuku. Terbit rasa benci dalam hatiku. Aku menunggunya dengan sabar kerana aku tahu dia cintakan aku tapi rupanya dibelakangku dia ada wanita lain. Aku menahan sebak dan rasa dikhianati dalam hatiku. Aku memaksa diriku tersenyum di depan Zulaikha. Ingin aku marah zulaikha tapi dalam hal ini, Zulaikha tidak bersalah. Zulaikha juga teraniaya dalam hal ni. Persetan punya lelaki. Memain-mainkan hati wanita macam kami dan kami tertunggu-tunggu kepulangannya dengan setia. Marah hatiku memakinya. Aku rasa sakit dikhianati. Aku benci kamu JD.
“Kamu sabarlah. Dia pasti akan kembali. Aku ada kerja sikit. Jangan pikir sangat.” Aku masih menaburkan kata-kata yang lembut padahal hatiku seperti ingin berteriak kuat. Aku rasa ingin meronta-ronta melepaskan geram di hatiku. Aku memulangkan kembali album tanpa terus membuka lembarannya sehingga ke akhirnya. Hatiku hanya akan semakin terguris jika aku terus membuka ke lembaran-lembaran akhir album itu. Aku terus meninggalkan Zulaikha di situ dan terus pergi ke tandas.
“Apa kau ni B? kenapa kau tipu aku. Kau buat aku menangis dengan menunggumu di sini. Aku benci kau B. Benci!” Air mataku mencurah-curah keluar. Aku sangat lebih sakit kali ini. hatiku pakai ditikam-tikam dengan pisau yang sangat tajam. Lebih menyakitkan daripada saat menerima berita kapal terbang yang terhempas itu. Aku akan meninggalkan rumah itu. Aku akan tinggal di tempat lain. Aku tidak akan tunggu kau lagi B. Aku menanam tekad dalam hatiku, aku memandang diriku sendiri di hadapan cermin. Hatiku masih sakit lagi.

* * * * * * * * * * * *


“Mak... Ayah...” aku cuba memulakan bicara di ruang tamu rumah. Kebetulan mak dan Ayah sedang berehat sambil menonton rancangan Buletin Utama di kaca TV. Mereka memandangku. Aku semakin serba salah untuk meluahkan niat di hatiku.
“Ada apa Zety?” sahut mak.
“Zety bercadang nak pindah ke flat guru dekat dengan sekolah. Harap mak dan ayah tak keberatan.” Aku luahkan juga apa yang aku ingin luahkan.
“Tapi kenapa zety? Rumah ni ada kekurangan bagi kamu?”
“Tak, mak.” Segera aku menjawab. “Rumah ni tiada apa yang kurang. Keluarga ni baik sangat. Tapi kalau boleh, Zety nak duduk kat flat saja. Di sini, hati Zety selalu terbayang-bayangkan JD. Zety tak dapat tumpukan perhatian dengan kerja Zety.” Aku memberikan alasan. Kelihatan wajah mereka agak keberatan untuk melepaskan aku untuk keluar dari rumah itu.
“Kak Zety tak nak tunggu abang lagi?” tanya Almi adik ketiga B.
“Bukan macam tu, mi. Akak akan selalu tunggu Abang JD. Cuma sambil menunggu tu biarlah akak fokus juga dengan kerja akak,” sekali lagi aku menaburkan alasan palsu. Hatiku keberatan untuk meninggalkan rumah dan keluarga tu. Mereka sungguh baik. Tapi hatiku yang sudah luka terguris dengan sikap B yang menduakan aku membuatkan aku betah untuk terus tinggal di rumah itu. Aku juga tidak menyatakan kebenarannya kepada mak dan ayah. Aku tak mahu mak aku membawa mulut tentang anaknya. Apatahlagi, Mak takkan tahan untuk mendengar jika ada orang yang memburukkan B.
Mak dan Ayah diam sejenak. Berfikir panjang.
“Baiklah. Kamu boleh pindah. Tapi selalulah datang ke sini. Kamu tu pun dah macam anak kami dan salah satu keluarga ni.” Aku mengangguk. Sungguhpun aku akan putuskan hubungan dengan B jika dia kembali nanti. Aku tetap akan anggap keluarga adalah keluarga aku. Bak kata orang, 1 pisang rosak tak bermakna setandan pisang juga rosak dan buruk.

Akhirnya aku berpindah juga ke flat guru yang di sediakan. Seperti biasa ketika baru pindah, bnayk benda yang perlu aku selesaikan. Bersihkan rumah. Mengemas bilik. Dan menyusun barang-barangku. Aku melakukannya seorang. Zulaikha ada menawarkan kesudiannya untuk membantu aku pindah rumah dan mengemas rumah itu tapi aku menolak dengan memberi pelbagai alasan. Mana mungkin aku mau di tolong oleh orang yang telah merampas kekasihku. Sampai kini, aku masih menyimpan perasaan geram pada Zulaikha dan pada B. Hubungan mereka bagaikan hubungan yang haram di mataku. Ingin sahaja aku hancurkan kisah cinta mereka berdua tapi aku bukanlah jenis macam tu. Aku tak reti bagaimana aku boleh berbuat begitu. Ini bukan salah Zulaikha. Ini salah B. Menduakan hatinya untuk dua gadis dan aku adalah salah satu gadis bodoh yang jatuh di dalam kata-kata manis dan madahnya. Bisik hatiku semakin meronta dan marah.
Namun dalam kejauhan di sudut hatiku, aku berharap agar B balik dengan segera. Aku ingin sekali bertemu dengannya lagi. Sungguh pun aku marah dengan sikapnya namun kerinduan di hatiku masih kuat dan mengharap kepulangannya dan aku juga selalu berharap agar aku tidak pernah tahu tentang hubungannya dengan Zulaikha. Aku benci mengalami dilema sepert ini.
Saban hari aku melalui waktu-waktu ku disekolah itu, aku banyak mencuba untuk menjahkan diri daripada Zulaikha. Melihat Zulaikha bagaikan melihat sebuah kepahitan an kesakitan ang semakin menyucuk ke dalam dada ku. Aku banyak menghabiskan masa ku dengan Im. Im selalu jadi penemanku dan banyak membeantu aku. Aku tahu Im menyimpan hati terhadapku. Dari tingkah lakunya dan gaya percakapannya aku tahu dia sedang menarik perhatianku dan hatiku. Tapi mana mungkin hati ini akan jatuh pada Im. Hatiku masih bengkak dengan sikap B yang telah menipu aku. Dan aku bukan jenis wanita yang mudah merima lelaki. Hanya pada B aku terlalu mudah jatuh padanya kerana dia memiliki karisma dan gaya serang lelaki yang menjadi idamanku. Dialah putera idamanku namun sekarang puteraku ini juga yang telah mencalarkan perasaan cintaku padanya. Setiap kali aku merindui dia, aku pasti teringat kenangan kami ketika bersama. Sikapnya yang begitu romantik membuatkan aku rindu dan ingin memeluknya lagi.
“B....”
“Ya sayang.... ada apa?”
“Boleh tak kalau Zety nak peluk B?” soalku malu namun hatiku ini ingin sekali memeluknya.
“Ish... napa tanya macam tu? B ni kan milik Zety. Nak peluk b, tak perlu minta kebenaran. Peluk jer sayang.” Mendengar katanya begitu. Aku lantas memeluk tubuhnya dari belakang ketika dia sedang memlukis di tepi tasik. Dahulu aku malu pada dia tai dia selalu meyakinkan aku yang dia adala milikku dan aku akan selalu memeluknya dan bermanja padanya. Dia juga sangat mengambil berat terhadapku. Walaupun kami selalu bersama, dia juga menghormati aku sebagai seorang perempuan. Dia tidak pernah mengambil kesempatan sewenang-wenangnya ke atasku walaupun kadang-kadang aku merelakan saja diri ini untuknya.
Setiap malam lamunan ku jauh menerawang melepasi tembo-tembok di masa silam dan kerana itu juga hatiku bertambah dan semakin rindu walaupun hakikatnya aku marah padanya kerana menduakan aku dengan Zulaikha. Dan bila memikirkan hubungannya bersama Zulaikha, hatiku menjadi meronta-ronta. Air jernih di pipiku pasti mengalir.
* * * * * * * * * * * * *

Pagi ini,Aku bangun dan bersiap seperti biasa untuk mengajar di sekolah bersebelahan flat guru. Ini sudah pun menjadi rutin harianku di sini. Selepas menunaikan solat subuh, aku akan berdandan untuk bersiap ke sekolah. Sarapan pagi biasanya aku makan di kafe sekolah saja. Dan biasanya Im yang selalu menemaniku. Dia sangat rajin menemaniku. Kadang-kadang timbul di dalam hatiku untuk memberinya peluang mengenli aku dan bercinta dengan aku apatahlagi B sudah ada Zulaikha yang menantinya. Namun ati ini takut akan mengecewakan Im jika aku tidak dapat memeberikan cintaku padanya sepenuhnya. Hati ini masih merindui B. Suatu yang sukar bagiku untuk membuangkan kerinduan itu dan membernya pada Im. Oh, tidak semudah itu!
Pagi itu aku lewat sedikit sampai ke sekolah walaupun dekat dengan flat guru. Dalam keadaan tergesa-gesa aku berjalan laju menuju ke sekolah. Loceng pertama sudah pun berbunyni dan bunyinya jelas kedengaran di kawsan kediaman ku. Pelajar sekolah pun sudah memulakan kelas pertama masing-masing.
Dalam keadaan tergesa-gesa itu, tiba-tiba langkahku di hentikan apabila sekuntum mawar merah di balingkan di hadapanku. Aku terkejut. Aku mengambil bunga mawar
yang di baling di hadapan kakik sambil memandang ke sekelilingku.Tiada orang pun berada di situ. Jadi siapa yang telah membalingkan bunga ini? Fikirku sejenak.
“kalau nak tau bila B balik.... bila ada bunga mawar bersujud di kakimu sayang.” Teringat kembali akan ayat itu. Firasat ku kuat mengatakan orang yang membaling bunga itu adalah B. Mataku liar mencari kelibat B namun tiada. Aku terasa hampa. Namun hatiku semakin kuat mengatakan yang itu adalah B. Aku mencongak langkah menuju ke pintu pagar sekolah. Sebelum sempat sampai di pintu pagar sekolah. Aku di sapa dari belakang oleh satu suara yang sudah lama aku tidak mendengarnya.
“Zety...”
Aku menoleh dengan segera. Mengharapkan agar suara itu adalah mlik dia. Milik B. Aku menoleh ke belakangku melihat pemilik suara yang menyapaku tadi. Namun sangkaan ku meleset, itu suara Im. Tapi telingaku mendengarkan suara yang lain. Aku hanya mampu tersenyum apabila Im di belakangku.
“Im pun baru sampai?” soalku dengan mesra.
“Ya... Jom kita jalan masuk sama-sama” pelawa Im sambil berjalan di tepiku. Aku dan Im mula mencongak langkah sekali lagi menuju ke pintu pagar. Di hadapan pintu pagar sekolah, ada sebuah pondok bas untuk pelajar menunggu bas sekolah merka ketika pulang sekolah. Dalam masa persekolahan seperti ini, pondok itu biasanya akan kosong tapi ketika itu kelihatan seorang lelaki yang memakai keneja putih dan bersut hitam dan berseluar hitam sedang duduk di situ. Pada pikiranku, mungkin dia ialah bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk berjumpa dengan pengetua sekolah.
“Im, ada orang kat pondok bas tu. Jom kita gi tanya. Manalah tau dia adalah bapa yang datang ingin berjumpa guru or pengetua sekolah kita.” Ajakku pada Im. Im menganggukan kepala sahaja dan tidak membantah. Kami menghampiri lelaki yang bersut hitam ittu lalu menegurnya,
“Encik...” dia lantas menoleh ke arah kami. Mataku terbeliak seperti melihat hantu dan cuba menerima kebenaran yang aku lihat.
“B.....” dalam nada suaraku yang rendah dan rasanya Im tidak dengar aku memanggilnya begitu. B pula hanya mendangku dan tersenyum kepada Im.
“Encik ni datang nak jumpa pegetua sekolah kami?” tanya Im. Aku pula masih kaku berdiri di depan B. Dalam benakku, aku terasa ingin memeluknya namun kehadiran Im disebelahku membuatkan aku terbatas melakukannya. Lagipula melihat wajah B di hadapan aku telah membuat segala apa yang di ceritakan kepadaku oleh Zulaikha dan gambar-gambarnya bersama B membuatkan aku kembali marah dan sakit hati.
“Saya datang nak jumpa dengan dia.” B menjawab sambil tangannya menunding ke arah ku. Im memandangku.
“Kamu kenal dia Zety?” solan Im menerpa ke dalam khayalanku dan perasaan marahku. Aku diam seketika dan mendang wajah Im,
“ya... dia kawan lamaku.” Aku menjawab ringkas. Di wajah B terserlah satu reaksi yang terkejut dengan jawapanku. Sebelum ini, apabila orang bertanya, aku akan jawab dia bakal suamiku. Tatkala aku menjawab sedemikian rupa. Air mukanya berubah.
“Kawan Lama rupanya. Hai, saya Imran,” sambil m menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan B. B menyambut tangannya dalam air mukanya masih terkejut. “Saya JD. Kawan Zety.” Jawabnya ringkas. “Boleh awak tinggalkan saya dengan Zty sekejap? I have something to ask her?” soal B lagi. Aku tahu apa yang B ingin tanyakan kepadaku namun aku enggan membiarkan Im membiarkan kami berdua bercakap. Tiada apa lagi yang boleh aku boleh bincangkan bersama teman lelaki yang memepermainkan hatku. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana B balik juga dengan selamat. Itu sudah membuatku bahagia.
“tak perlu Im.... Kalau JD nak cakap, cakap depan dia juga... sebab dia ialah kekasih aku.” Aku menjelaskan. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh berkata begitu namun aku tidak akan menarik balik kata itu. Aku rasakan aku sudah menjadi ego hari itu dengan mengaku Im ialah kekasih aku sedangkan aku tidak pernah memberinya sebutir cinta. Im terdiam, apathalagi B. Wjah B menjadi murung seketika mendengarkan kata-kataku. Sedangkan Im pula sudah mulai mengukir senyman lebar sehingga hampir mencecah telinga kerana bahagia dengan kata-kataku. Aku pula dalam di lema sama ada ingin bersenyum atau bersedih. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan pada masa itu. Aku bagaikan manusia yang tidak memiliki hati. Aku memandang wajah B dan pada masa itu aku dapat melihat bagaimana dia cuba untuk membat dirinya tersenyum.
“Zety....” B memulakan bicaranya. “Mungkin pemergianku terlalu lama sehingga kau lupa pada janji lama. Tapi aku takkan salahkan kamu sebab ini mungkin kesilapanku. Maafkan aku dan semoga kamu berdua berbaagia.” Tangannya mengusap kepalaku seperti biasa yang dia lakukan ketika mengharapkan kebaikan untuk dan berlalu pergi meninggalkan aku dan Im di pondok bas itu.seketika itu, hatiku terasa sebak. Usapan tangannya di kepalaku membuatkan aku rasa lain. Aku telah menyakitinya. Adakah apa yang aku lakukan ini adalah betul atau aku mengikut hati? Dia yamg curang padaku dulu. Sedangkan aku hanya menipu dia tentang Im adalah kekasih aku. Aku tak bersalah. Bisik hatiku. Aku dan Im masuk ke sekolah. Semenjak hari itu, Im melayan aku dengan baik seperti kekasihnya walaupun aku sudah menceritakannya hakikat sebenarnya aku hanya menggunakan dia bahkan berkali-kali juga aku memohon maaf kepadanya kerana menggunakan dia.
* * * * * * * * * * * *

“Izzati...”
“Ya saya...”sambil menoleh ke rah Zulaikha. Walaupun aku tidak suka padanya namun aku tetap melayannya dengan baik dan sebagai rakan sekerrja. Aku tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi hipokrit pada diri sendiri.
“Ini kad jemputan kahwin aku. Jemputlah datang rumah ya?”Aku menerimanya dengan bera. Pasti kad jemputan kahwinnya bersama B. Hatiku semakin sakit. Sebelum ni, B janji hanya akan menjadikan aku permaisuri di dalam hidupnya. Sekarangdia akan berkahwin dengan Zulaikha. Aku benci semua ini.
“Dia dah balik ker?” tanyaku walaupun aku tahu orang yang ditunggu-tunggu olehnya itu sudahpun kembali ke tempat kelahirannya selepas menghilnag selama 10 bulan lamanya.
“Mestilah... Kalau tidak, aku tak kan berkahwin minggu ini.” jelasnya sambil tersenyum dan berlalu pergi untuk mengedarkan kad jemputan kahwinnya pada guru-guru yang lain. Aku hanya melihat kad itu tapi tidak membukanya. Ish, aku tidak perlu buka kad ini sedangkan aku dah tahu yang dia memang berkahwin dengan B. Aku rasa ingin mengoyakan saja atau meremuk-remukkan kad jemputan itu tapi mana mungkin aku boleh berbuat begitu. Ramai cikgu-cikgu yang lain di dalam bilik guru ketika itu. Nanti aku di sangka buruk jika berbuat begitu pada kad jemputan Zulaikha. Dalam hati ini juga rasa ingin meraung dan menangis dengn kuat. Satu-satunya lelaki yang aku cintai akan berkahwin dengan perempuan lain sedangkan aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Tapi apa boleh aku buat selain menangis di dalam hati ini.
Aku cuba menenagkan diri dan pada masa itulah Im datang padaku.
“Lepas sekolah ini, kita lunch sama-sama. Sudi tak?” tanya Im padaku. Aku menganggukan kepala tanda setju. Dalam keadaan aku masih bersedih dengan perkahwinan Zulaikha dan B, aku rasa makan adalah cara yang baik untuk menghilangkan kesedihan di hati ini.

* * * * * * * * * * * *

“kita nak makan kat ne ni?” Soal Im kepadaku. Aku tidak menjawab dan melihat sekeliling mencari kedai-kedai makan yang boleh menimbulkan seleraku. Namun aku masih tidak menjawab dan aku seperti tiada selera untuk menjamah apa-apa makannan. Namun, Im tidak menunggu jawapanku lalu menarik tananku masuk ke kedai sushi.
“kata Orang, makan jepun adalah makan segar dan sejuk untuk orang yang sedang bermuram durjah seperti Zety.” Im cuba menguikku namu aku sedikit pun tidak terusik. Tapi aku cuba juga memaksa senyum agar hati Im senang sedikit keluar dengan aku lagipun aku yang bersetuju untuk keluar dengannya tadi. Aku dan dia menikmati makanan jepun yang pelbagai malah Im rasa terkejut kerana aku banyak makan. Pada mulanya aku tidak rasa selera tapi bila kepala hotak aku mula meikirkan B dan Zulaikha aku menjadi marah dan makan sebanyaknya untuk melupakan mereka berdua. Selesai makan, Im ingin menghantarku pulang tapi aku enggan pulang sebab aku akan menangis dan terus menangis jika duduk di rumah sendiri dan memikirkan tentang pasangan yang bakal berkahwin itu. Aku meminta Im untuk menemani aku berjalan-jalan di shopping complex. Im tidak banyak membantah malah menurut saja permintaanku. Kami pun berjalan-jalan sambil melihat baranag-barang yang di jualkan di situ. Kemudian aku berhenti di busana butik perkahwinan di mana terdapat satu baju pengantin yang sangat cantik. Aku masih ingat bila berjalan dengan B, dia suka ajak aku singgah di hadapan busna seperti ini dan selalu mengatakan padaku bagaimana dia selalu membayangkan aku dalam pakai perkahwinan. Aku tersenyum tatkala teringat denga kata-katanya. Tapi aku mula murung kembali apabila B akan berkahwin pada hujung minggu itu dengan Zulaikha. Sekali lagi hatiku pilu.
“Are you Okey, Zety?” Im bertanya. Mungkin dia melihat wajah murungku. Aku encuba senyum dan mengatakan aku baik-baik sahaja. Tiba-tiba bahuku di cuit mesra dari arah belakang.
“Zulaikha....” tegur Im. Aku segera menoleh. Di sisinya ada seorang lelaki yang aku tidak kenali dan sedang memegang tangan Zulaikha. Siapa dia ni? Adakah Zulaikha ini mempermainkan B? Pada fikiranku. Aku keliru.
“Kau buat apa di sini Zulaikha? Dan ini siapa?” tanyaku ringkas. Namun Zulaikha tidak menjawab malahan Im yang menjwab soalan itu.
“Ala, buat apa lagi kalau bukan shopping untuk kahwin. Hah, Zety... yang ini Johan, bakal suami Zulaikha,” Im memperkenalkan aku pada lelaki yang berada di sebelah Zulaikha. Aku terkejut dan tidak percaya. Aku semakin di selubungi kekeliruan. Aku menarik tangan Zulaikha dan pergi ke satu kerusi yang tidak jauh dari tempat Im dan Johan berdiri untuk bertanya kebenarannya.
“Ada apa ni izzati?” tanya Zulaikha kehairanan.
“Ko akan kahwin dengan Johan? Jadi macam mana dengan JD?”
Zulaikha memandangku. “JD? JD tu abang angkat aku lah. Mana mungkin aku akan berkahwin dengan orang yang aku anggap bagaikan wali aku. Aku hormat pada dia, begitu juga Johan. Kami decide takkan berkahwin if dia tak ada. Sekarang dia dah balik jadi bolehlah kami kahwin. Tapi napa tanya pasal JD?”
“Jadi, kamu dan JD hanya adik beradik angkat?” aku cuba mendapatkan kepastian darinya. Zulaikha tersenyum lalu memegang bahuku.
“Ya. Aku tak mungkin akan bersama dengan dia even aku mahukan dia. Lagipun Abg JD dah ada someone di hatinya dan ia sangat mencintai gadis tu... namanya...” Zulaikhaterdiam seketika. Kehairanannya pada kelakuanku membuatkan dia syak sesuatu. Dia segera menyelak tudungku sedikit dan menari keluar rantaiku yang berbuah kunci.
“Zety.... kamu pakai rantai yang sama dengan JD. Kamu ni....” Aku mengangguk saat dia mula mengenali aku adalah wanita yang di cintai JD dan sekrang ini dia mulai sedar yang aku sudah bersangka buruk dengan JD di sebabkan gambar-gambar itu. Beberapa kali Zulaikha beristighfar untuk menenangkan dirinya. Aku juga beristighfar bersama. Rupanya semuanya adalah salah faham. Dan semua ini kerana aku tidak mendapatkan penjelasan yang baik dari Zulaikha dan aku juga tidak meminta B untuk menjelaskan pada aku. Aku hanya main tangkap muat apa yang aku nampak tanpa menyiasat dan sekarang aku sangat menyesal. Aku hilang kepercayaan pada lelaki yang begitu mencintai aku. Adakah dia akan memaafkan aku? Hatiku mula takut akan kehilangannya. Aku mula menangis di depan Zulaikha. Zulaikha memelukku.
“tenang Zety... kamu masih ada peluang. JD takkan mudah membuang rasa cintanya darimu hanya kerana kamu ada orang lain. Pergilah cari dia dan jelaskan padanya. Jika kamu sayangkan dia, selamatkan cintamu ini Zety.” Beberapa kali Zulaikha cuba menaikkan semangatku dan hatiku mulai berapi untuk mempertahankan hubungan ini sebelum aku benar-benar terlambat. Zulaikha menerangkan kepadaku yang biasanya B akan berada di kedai atau d tepi pantai. Tanpa memikirkan apa-apa dan meninggalkan Im di situ tanpa sebarang kata, akukeluar dari shopping complex itu dan menahan teksi.
“Ya Allah selamatkanlah hubungan kami ini. aku bersalah padanya. Aku yang ragu pada cintanya. Kau kuatkanlah hambamu ini untuk menghadapi masalah ini.” doaku di dalam hati. B jangan tinggalkan Zety. Zety sayang b. Bisik hatiku mengharapakan kasih sayang darinya lagi. Aku berharap dia tidak taar hati dengan cintanya kepadaku.
Sampai di kedai, B tiada. Menurut staf di JD IC itu, B baru sahaja keluar. Aku segera mendapatkan teksi lagi dan berkejar ke tepi pantai. Aku rasa malu ingin berhadapan dengan B namun aku lagi sayangkan hubungan ini. aku tidak mahu kehilangan dia. Sesungguhnya aku amat merindui dirinya dan aku juga tidak berkesempatan menyambut kepulangannya. Aku amat merindui pelukkkannya dan ingin berada di sisinya selalu.
Aku berlari-lari di tepi pantai itu mencari-cari B. Namun aku gagal. Aku berasa sangat sedih dan kakiku sudah mulai letih berlari. Aku menjatuhkan lututku di atas pasir pantai yang lembut. Dalam hatiku semakin redup, dul aku pilu dengan kehilangannya dan seterusnya aku pilu dengan kecuranganny tapi hari ini aku pilu kerana aku bersalah padanya dan aku telah melukai hati seorang lelaki yang begitu sayang dan menghormatiku.
“Zety... cari b?”
Aku menoleh meandang empunya suara yang menyapa aku dari belakang. Aku kembali berdiri menguatkan kaki yang sudah pun lembik kerana keletihan.
“B.... maafkan zety. Zety salah faham. Zety fikir B menduakan zety dengan...” Mulutku ditutup dengan satu jarinya mengahalangku dari terus berkata-kata.
“B dah tahu segalanya. Zulaikha baru saja menerangkan semuanya. Sekarang ni, semua itu dah tak penting Zety. Kita berdua tetap takkan dapat menjadi sepasang kekasih lagi. Maafkan b.” Kata-katanya menghiris hati. Sekali lagi aku jatuh berlutut di atas pasir dan kini aku jauh lebih lemah. Ini semua kesilapan aku. Sikap ketidakpercayaan aku padanya membuatkan aku telah kehilangan cinta sejati. Aku menutup mukaku malu pada B. Air mata membanjiri seluruh pipi dan jari jemari yang menutup mukaku.
“Zety... jangan nangis sayang...” B merapati aku dan memegang tangan ku yang menutup muka ku. Dia membuka tanganku dan mula mengesat air mataku. Sambil mengesat air mataku, aku dapat melihat air matanya yang juga mengalir. Sesungguhnya B tidak pernah biarkan aku menangis seorang. Dia pasti akan nangis bersama aku.
“Kita berdua tidak akan menjadi sepasang kekasih lagi sebab...” dia berdiam seketika dan menyarungkan sebentuk cincin di jari manisku. “sebab kita kan akan jai pasangan suami isteri”. Aku terharu dan tersentuh dengan sikapnya. Aku lantas memeluknya sekuat hatiku. Aku bersyukur kerana memilikinya jua dan aku mendapat kebahagiaan aku semula. Terima kasih ya Allah kerana engakau kurniakan jodoh yang baik buatku.