Cerpen 3


“Mengapa manusia hanya ingin hidup dalam keganasan dan kekerasan?” soalan dari hati Bie yang di luahkan kepada Adah, teman sejawatnya. Bie selalu Nampak berlakunya pergaduhan di mana saja yang dia pergi. Bie tidak suka akan kekerasan yang sering berlaku di kawasan itu. Bie selalu meluahkan rasa geram dan bencinya tentang kekerasan dengan penuh emosi. Adah adalah pendengar setianya yang akan selalu sudi untuk mendengar luahan rasa geram daripada Bie. Adah adalah kawan sejawatnya. Mereka adalah cikgu sekolah menengah yang baru seminggu di tempatkan di kawasan kampung itu. Kampung yang selalu berlaku pergaduhan itu sering membuatkan Bie menjadi begitu tertekan.
“ Bie, bawa bertenang ya? Jangan beratkan fikiran dengan fikir benda-benda macam ni. Selagi mereka tak kacau kita. Kita diam sahaja,ya?” Adah cuba mengawal Bie. Bie terdiam lalu melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai dan duduk bersebelahan dengan Adah. Adah memegang bahu Bie sambil tersenyum. Bie membalas senyuman Adah dengan manis. Bie memang seorang yang manis dengan senyuman di raut wajahnya. Selepas membalas senyuman Adah, Bie memandang ke hadapan melihat matahari yang semakin mula terbenam di sebalik bukit pulau di seberang laut. Bie dan Adah suka menghabiskan masa dengan berduduk di tepi pantai pada hujug minggu apatah lagi mereka boleh melihat matahari terbenam di situ.
Bie menghayati matahari yang hampir terbenam itu sambil berdiam. Adah pula asyik memandang keadaan sekelilingnya sambil melihat pengunjung yang agak ramai datang untuk melihat matahari terbenam itu. Kemudian mata Adah tertumpu pada satu tempat di tepi pantai itu, kelihatan dari jauh seorang lelaki sedang membalun penumbuk beberapa kali ke muka seorang lagi pemuda. Walaupun ramai orang di tepi pantai masa itu tapi tiada seorang pun yang berani untuk menghalang lelaki yang sedang bertindak ganas itu.
“Bie, lihat tu!” Adah mencuit bahu Bie dan menundingkan jari ke tempat yang sedang berlaku pergelutan itu. Bie segera berpaling dan melihat ke arah tundingan jari Adah. Bie segera bangun dari berduduk dan melihat. Apabila melihat hanya seorang lelaki sahaja yang dipukul, Bie menganggap itu satu pembulian dan bukannya pergaduhan. Bie dengan segera berlari untuk menghalang keadaan itu. Adah tercengang dan terkejut apabila Bie tiba-tiba berlari ke tempat pergelutan itu.
“Bie…. Kau nak ke mana itu? Bahaya pergi ke sana!” Adah berteriak menasihatkan dan memberi amaran tapi Bie tidak mengendahkannya dan masih terus berlari. Adah tidak mempunyai pilihan lain selain mengikut Bie daripada belakang kerana risau akan diri Bie.
“Hentikan pembulian ini!” desak Bie sebaik sampai ke tempat kejadian pergelutan itu. Bie menahan tangan lelaki itu untuk menghalang lelaki itu daripada menghayunkan lagi penumbuk kepada mangsanya. Lelaki itu berhenti apabila tangannya ditahan oleh Bie. Lelaki itu segera berpaling muka kepada Bie. Bie terkejut sedikit melihat mata lelaki itu. Mereka saling berpandangan dan bertentangan mata di antara satu sama lain. Lelaki itu berbadan sederhana besar dan berpakaian agak kemas. Berkemeja biru muda laut, berseluar jeans levis dan berkasut kulit. Sememangnya lelaki itu nampak sangat bergaya dan berpelajaran. Adah melihat Bie sedang bertentangan mata dengan lelaki itu dari jauh sambil terus berlari mendapatkan Bie segera sebelum di cederakan oleh lelaki itu.
Mata bie masih tidak tertutup dan terus melawan tentangan mata dari lelaki itu. Bie sedikit pun tidak takut. Dalam benaknya ketika itu, Bie hanya terfikir sama ada dia pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini atau tidak. Degupan jantungnya menjadi begitu deras seolah-olah ada sesuatu daripada mata lelaki itu. “Siapa Kau?” dalam nada yang kecil Bie tiba-tiba bertanya. Lelaki itu tersentak daripada memandang Bie lalu segera menolak lembut sehingga Bie jatuh terduduk di hadapannya. Adah yang baru sampai terus mendapatkan Bie.
“Bie… kau tak apa-apa?” soal Adah tapi Bie tidak menjawab dan terus memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Dalam hatinya hanya menyoal siapa sebenarnya lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Adah menjadi bengang pada masa itu lalu mendekati lelaki itu.
“Kau ni lelaki dayus. Berani kau bertindak ganas pada seorang perempuan?” Adah melontarkan kata itu di hadapan lelaki itu. Adah terpaksa mendongak sedikit untuk bercakap kerana lelaki itu yang agak tinggi orangnya. Lelaki itu tidak mengendahkan Adah lalu berpaling ke belakang untuk melihat mangsanya tapi malangnya mangsanya tadi sudah pun melarikan diri tadi apabila mendapat peluang dengan kehadiran Bie. Lelaki itu mengalihkan pandangan yang garang ke pada Adah. Adah tersentak dan menjadi takut lalu perlahan-lahan mengundurkan beberapa langkah kecil ke belakang.
“Hoi…. Lain kali jangan masuk campur hal orang lain. Ini amaran terakhir. Aku tak mahu tengok muka kamu lagi.” Lelaki itu mengeluarkan amarannya tanpa melihat kepada muka Adah ataupun Bie. Selepas menghuraikan kata-katanya, lelaki itu segera berlalu meninggalkan tempat itu. Bie segera bangun.
“Nanti dulu!” teriak Bie. Lelaki itu menghentikan langkahnya namun dia tidak berpaling.
“Siapa kau?” Tanya Bie lagi. Lelaki itu tidak menjawab. Bie bertanya lagi dan lelaki itu masih tidak menjawab malah lelaki itu mula membuka langkahnya semula dan mula berjalan meninggalkan Bie dan Adah di situ.
“Mengapa kau nak tahu siapa dia?” Tanya Adah kehairanan. Setahu Adah, Bie tidak akan berminat untuk mengetahui nama seorang samseng seperti itu. Bie tidak menjawab. Dalam hatinya, di hambat beribu persoalan tentang lelaki itu.
“Hmm… sudahlah Bie. Marilah kita balik. Aku jadi takut sangat dengan mata lelaki itu tadi. Penuh dengan kemarahan.” Adah mengajak Bie untuk balik sambil menceritakan sedikit perasaan takutnya apabila memandang mata lelaki itu. Bie yang mendengar kata-kata itu mula membayangkan mata lelaki itu semula saat mereka bertentangan mata tadi.
“Kau salah,Adah. Matanya tidak penuh dengan kemarahan tapi penderitaan. Dia sedang menderita. Dia sedang menanggungnya seorang diri.” Terang bie dalam nada yang kecil. Adah yang sudah mula berjalan untuk mendapatkan sandalnya yang tertanggal semasa berlari tadi, tidak mendengar apa yang Bie ucapkan. Bie masih tercegat di situ dan cuba untuk mencari jawapan sehingga dia di sentak dengan suara laungan Adah.
“Bie…!!! Jom balik!!!”
“Ya…. Aku datang ni.” Bie segera berlari-lari anak mandapatkan Adah.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Dino berjalan dengan tenang dan sesekali dimatanya mula terbayang akan wajah gadis yang menghalang tangannya dari membalunkan penumbuk kepada mangsanya tadi. Dino yang merenung ke arah mata yang ayu itu membuat benaknya menjadi tidak tenteram sekali. Jantungnya berdegup kuat seperti sedang di palu kuat dengan kayu keras.
“Siapa perempuan tu? Mengapa dada aku sakit rasanya?” Dino memegang dadanya sambil terus mencongak langkah untuk balik ke rumahnya.
“Dino… kau pergi mana tadi?” Said bertanya kepada Dino sebaik Dino menghampiri tangga flat 4 tingkat yang dia duduki. Said adalah salah seorang orang kanan Dino. Dia juga duduk seflat dengan Dino. Dino tidak menjawab dan terus sahaja mendaki tangga menuju ke biliknya di tingkat tiga. Perangai Dino yang sememangnya selalu dingin dan enggan menjawab pertanyaan membuatkan pengikut-pengikutnya sudah masak dengan perangai Dino. Said menggaru kepalanya apabila melihat Dino pergi begitu saja tanpa menjawab soalannya.
Dino mendaki satu demi satu anak tangga hingga sampai di depan biliknya. Sebelum dia membuka pintunya, dia melihat bilik yang bertentangan dengan biliknya.
“Abang dien…!!!” satu panggilan manja dari Sha yang akan setia menunggunya pulang ke bilik hanya untuk memanggil nama Dino yang dahulu- dien. Dino tersenyum seketika. Kemudian dino sedar itu hanya khayalan. Sha tiada di pintu depan tu lagi. Dino kembali murung. Dia mengeluarkan anak kunci biliknya dari poket seluar dan membuka pintu biliknya perlahan.
Dia menanggalkan baju kemejanya dan terus berduduk dan bersandar di kepala katilnya. Mengeluarkan sebungkus rokok Winston dan di cucuhnya sebatang dan dihisapnya dengan perlahan. Seolah-olah menghayati candu rokok itu. Dino berpaling ke arah meja di tepi katilnya lalu mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja itu. Ditatapnya dengan mata yang penuh rasa bersalah. Sesekali Dino tersenyum melihat gambar itu. Mengingat kenangan mereka bersama.
“Said, Dino mana?” Tanya Gaf , orang kanan Dino juga. Gaf dalam keadaan tergesa-gesa untuk mencari Dino.
“Ada apa ni, Gaf? Mengapa kau tergesa-gesa nak berjumpa dengan Dino?”
“Said, budak kita kena pukul oleh budak dari Jerung Hitam. Jerung hitam marah sangat sebab Dino belasah budak dia di tepi pantai tadi. Mereka ingin membuat perhitungan dengan Dino.
“Sungguh berani Jerung Hitam ni. Biar aku kumpul semua orang. Kau pergi jelaskan pada Dino.” Said memberi arahan kepada Gaf. Gaf terus berlari dan terus pergi mendapatkan Dino.
Senyuman Dino mula hilang dari ukirannya. Kenangan gembira yang di bayangkannya mulai mencapai kepada kenangan dia kehilangan kawan-kawan kesayangannya, Mark, Johan, dan Sha. Setitis air mata mula menitis perlahan membasahi pipinya.
“Mengapa kamu tinggalkan aku?” bisik suara Dino. Dino begitu sedih dengan kehilangan itu. Dia perlu berdiri menjadi seseorang tanpa kawan-kawan rapatnya yang banyak berjuang dengannya dari di bangku sekolah lagi.
Sedang Dino sedang mengenangkan teman-temannya dalam kemurungan itu. Pintu biliknya di ketuk kuat. Dino segera mengesat air matanya dan terus mendapatkan pintunya secepat mungkin.
“Kau ada apa Gaf?” soal Dino sebaik membuka pintu dan melihat Gaf yang tercungap-cungap penat kerana menaiki tangga. Gaf menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembuskannya. Barulah dia mula bercerita tentang apa yang terjadi dan mengenai cabaran dari Pihak Jerung Hitam.
“Gaf, suruh budak kita pergi hantar tanda persetujuan pada mereka yang kita terima cabaran mereka. Aku akan pastikan mereka akan balik ke rumah mereka nanti tanpa kaki.” Mendengar kata-kata Dino itu. Gaf menelan liurnya. Apa yang dikatakan oleh Dino akan Dino lakukan. Dino adalah nama yang di ambil dari nama Dinosour. Walaupun tubuh badan Dino adalah biasa dan sederhana tapi semangat yang ada di hatinya begitu kental sekali malah Dino adala seorang yang amat berani.
“Gaf segera turun ke bawah dengan segera untuk menghantar budaknya untuk menghantar tanda penerimaan cabaran dari Jerung Hitam. Dino segera mencapai baju kemejanya semula dan di sarungkannya ke badannya. Sebelum keluar dari biliknya, dia menoleh ke belakang ke arah katilnya. Dia terbayang Johan yang berduduk di katil itu sambil memegang buku majalah,
“Nak ke mana tu tergesa-gesa?” Tanya Johan. Dino tidak menjawab. Dia tau itu hanya khayalan yang selalu bermain di mindanya. Dino membuka pintu untuk keluar dan berpaling sekali lagi ke arah katil dan sememangnya Johan tadi adalah khayalan. Johan tidak berduduk di atas katil itu. Dino segera menutup dan mengunci pintu biliknya.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Bie berduduk di atas kerusi di hadapan mejanya sambil menanda dan menyemak buku-buku latihan pelajar-pelajarnya. Tiba-tiba Bie teringat akan mata lelaki yang bertentang mata dengannya – Dino. Bie meletakkan pennya dan mula berfikir siapa kah sebenarnya lelaki itu. Bie teramat yakin dengan firasatnya yang mengatakan yang dia pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum itu tapi Bie gagal untuk mengingatnya. Bie bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah bukunya dan mencari album-album gambar lamanya.
Bie membuka sehelai demi sehelai muka surat album itu dan sebuah buku ke sebuah buku album dengan sabar namun hasilnya tetap sama juga. Dia masih tidak dapat mengingat apa-apa tentang Dino. Hatinya masih terus berbisik, “Siapakah Kau? Mengapa mata mu penuh dengan penderitaan?”
“Hah, kau buat apa dengan album –album lama tu?” Bie tersentak dari lamunannya dengan pertanyaan Adah. Adah memegang secawan Nescafe kemudian mempelawa Bie untuk minum sama tapi Bie menolak.
“Oh ya, Bie… ini Pen kau kan? Hari tu aku ambil di rumah kau di kampung sebelum kita berangkat ke sini. Aku nak tulis sesuatu masa tu jadi aku terus mencapainya dari tempat pen di atas meja kau dan lepas tu aku tak sedar aku bawa masuk poket.” Adah menerangkan sambil tersengih-sengih. “maaf ya bie…” tambah Adah lagi sambil menghulurkan pen itu.
Bie buat tak endah sahaja apabila Adah menceritakan tentang pen itu. Bie tak berkisah sangat dengan Adah. Bie tak kisah berkongsi barang dengan Adah. Mereka sudah seperti adik-beradik bersama. Bie yang tidak melayan huluran daripada Adah itu. Adah pun terus meletakkannya di atas meja Bie yang semak dengan buku-buku latihan pelajar dan terus berlalu keluar menuju ke biliknya sendiri.
Bie menjadi bosan mencari sesuatu yang tidak jelas jawapannya. Dia kembali ke mejanya semula untuk meneruskan kerjanya. Perlahan-lahan dia melabukan punggungnya di atas kerusi dengan satu keluhan besar apabila terasa penat mencari jawapan mengenai lelaki itu. Sebaik berduduk di atas meja itu, barulah Bie terlihat akan pen yang Adah baru pulangkan tadi. Bie mengambil pen itu. Ada sesuatu kenangan daripada pen itu.
“Aduh, Zila! Pen aku tertinggal di dalam keretalah.”
“Tak apa Bie. Kau tunggu di sini ya! Biar aku pergi ambil dulu ya.” Bie menganggukkan kepalanya apabila zila menawarkan diri untuk mengambilkan pen yang tertinggal di dalam kereta. Bie akan menduduki ujian Mepsi. Melalui ujian inilah, Bie mula menggorakkan langkahnya menjadi seorang cikgu.
Bie melihat empat orang di bawah sebatang pokok, sedang bergurau dengan gembiranya. Bie dapat melihat keadaan begitu tenang dan harmoni dalam persahabatan mereka. Walaupun pada masa itu, ramai orang yang berada di situ untuk mengikuti ujian yang sama. Tapi mata Bie tertumpu pada empat orang sahabat yang sedang usik-mengusik dan bergurau dengan tawa yang riuh.
“Semua Pelajar yang berada di Luar dewan di minta untuk masuk ke dalam dewan sekarang.” Satu pengumuman dari dalam dewan meminta pelajar untuk memasuki dewan dengan segera. Bie menjadi risau. Kelibat Zila masih belum kelihatan lagi. Semua orang sudah mulai memasuki dewan.
“Mana kau ni Zila? Tulah letak kereta jauh sangat!” keluh Bie dalam hati.
“Mengapa kamu tak masuk lagi?” Bie di sapa dari belakang. Bie segera berpaling. Salah seorang daripada empat sahabat yang menjadi perhatian Bie tadi menyapanya.
“Aku tertinggal Pen. Kawan aku baru pergi ambil.” Jawab Bie.
“Pen? Rasanya kalau tunggu kawan kamu tu akan buat kamu lewat masuk ke dalam dewan. Kamu pinjam pen aku saja dulu. Nanti lepas jawab, boleh pulangkan.” Lelaki itu menawarkan pennya sambil menghulurkan sebatang pen.
Bie teragak-agak. Pintu dewan semakin tertutup. Lelaki itu menarik tangan Bie dan meletakkan pen di tangannya. Bie terdiam sahaja. Kemudian menarik Bie berlari masuk ke dalam Dewan segera. Selepas satu jam berada di dalam dewan, masa tamat dan semua pelajar keluar dari dewan itu. Bie segera mendapatkan lelaki yang meminjamkan pen itu kepadanya.
“Saudara….!!” Lelaki itu menoleh segera.
“eh, kamu!”
“Aku nak pulangkan pen mu. Terima Kasih ya!” bie menghulurkan pen itu.
“Apa kata kalau kamu simpan saja pen itu. Sebagai tanda perkenalan kita?”
Bie memandang mata lelaki itu. Bie mempunyai kelebihan untuk membaca diri orang itu melalui matanya. Dari mata lelaki itu, Bie tahu yang dia adalah ikhlas ingin menolong dan berkawan. Bie menganggukkan kepalanya lalu menyimpan pen itu di dalam poket seluarnya.
“Siapa nama kamu?” Tanya bie.
“Namaku Dien. Kamu?”
“Orang panggil Bie sahaja.” Mereka berbual-bual seketika sambil berjalan keluar dari dewan. Bie berasa selesa bercakap dengan Dien. Kemudian Zila menghampiri Bie sebaik keluar dari Dewan itu. Begitu juga kawan-kawan Dien- Mark,Johan dan Sha segera mendapatkan Dien sebaik melihat Dien keluar dari pintu dewan. Masa itulah, mereka berpisah. Satu pertemuan yang singkat tapi Bie masih dapat ingat dengan jelas.
Bie mula tersenyum apabila dia dapat mengingat semula siapa lelaki yang di jumpanya semasa di tepi pantai hari itu. Dia iala Dien. Tapi pada masa itu juga, Bie terbayang perbezaan mata Dien semasa di dewan dengan yang semasa berada di tepi pantai. Perubahannya adalah drastik. Bie yakin ada sesuatu yang berlaku pada Dien sehingga dia kehilangan senyumannya yang mesra dan ramah itu.
Bie bingkas bangun dan menuju ke bilik Adah. Bie terus memeluk mesra Adah sambil mengucapkan terima kasih kerana dengan bantuan Adah. Bie dapat mengingat semula Dien.
“Aik, buang tabiatkah kau ni, Bie?” Adah kehairanan dengan Bie yang tiba-tiba memeluknya.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Kumpulan Jerung hitam sudah pun berada di gudang tiga. Tempat itu adalah tempat yang membawa memori yang buruk bagi Dino. Tapi cabaran Jerung Hitam tidak akan sesekali di tolak oleh Dino. Dendam yang terpendam di hatinya begitu membara saat itu. Dino sampai bersama pengikut-pengikut setianya yang sedia bertarung dan mempunyai matlamat yang sama seperti Dino. Matlamat yang besar untuk mengalahkan dan melumpuhkan kumpulan Jerung Hitam yang suka menindas masyarakat kampung itu. Setiap pengikut Dino membawa sebatang kayu. Kumpulan jerung Hitam sudah bersedia juga dengan kayu mereka. Pertempuran kali ini adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh Dino.
“Macam mana Dino? Kita perlukan mulakannya kah?” soal Said.
Dino menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Bukan sekarang. Tunggu..” jelas Dino.
Dino berjalan mara ke hadapan Kumpulan Jerung Hitam yang begitu sabar menunggu pertempuran bermula.
“Mana Ketua kamu? Aku takkan berlawan tanpa ketua kamu yang pengecut itu.” Teriak Dino kuat yamg dilontarkan kepada kumpulan Jerung Hitam. Beberapa saat begitu, pertanyaan di sambut dengan ketawa terbahak-bahak dari belakang barisan kelompok kumpulan Jerung HItam itu. Zafi dan Dani keluar dari kerumunan orang-orang Jerung Hitam. Dino mula tersenyum saat melihat kehadiran Zafi dan Dani. Merekalah yang Dino hendakkan selama ini. Mata Dino begitu tajam merenung Zafi dan Dani. Hati Dino membara dengan dendam kesumatnya yang kuat. Dino sedia untuk menerkam mereka berdua.
“Aku bunuh kamu dua hari ini…!!!” teriak Dino lalu berlari meruju ke arah kumpulan Jerung Hitam. Melihat Dino bertindak. Semua pengikut-pengikut setia Dino turut berlari ke arah kumpulan Jerung Hitam yang ramai. Pertempuran dan pergaduhan hebat terjadi masa itu. Dino berlawan dengan Zafi dan Dani. Pengikut jerung Hitam yang lain langsung tidak diendahkannya. Matlamatnya adalah untuk membunuh Zafi dan Dani. Pergelutan antara mereka bertiga begitu sengit. Zafi dan dani enggan untuk kalah. Mereka berdua berganding tenaga untuk menghancurkan Dino seorang namun kekuatan Dino adalah di luar jangkaan Zafi dan Dani. Dino begitu kuat dan terus bertahan untuk mengalahkan mereka.
“Aku tidak akan pernah kalah dengan kamu berdua, bajingan.”
“Kami juga tidak akan kalah pada kau. Dan kami akan pastikan kau mati malam ini juga.” Jawab Zafi yang tercungap-cungap berlawan dengan Dino. Zafi mengeluarkan sepucuk pistol jenis Browning lalu di acukan ke arah Dino. Dino segera berlari apabila melihat senjata api di tangan Zafi. Zafi melepaskan beberapa das tembakan tapi tidak mengena pada Dino. Pengikut-pengikut Dino yang mendengar bunyi das tembakan itu pantas berlari meninggalkan Gudang Tiga itu. Dino cuba untuk berlari untuk meninggalkan Gudang Tiga itu kerana berasa dirinya dalam keadaan yang berbahaya. Beberapa Kali juga, Dino berteriak mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk meninggalkan Gudang itu. Seorang pengikut Dino yang begitu takut dengan bunyi tembakan itu pantas berlari menuju ke arah pintu masuk Gudang itu. Zafi mengacukan pistolnya ke arah pengikut Dino itu. Dino melihat keadaan itu pantas berlari dan menolak pengikutnya itu sehingga jatuh tersungkur di tanah bumi yang keras pada masa yang sama juga sedas tembakan dilepaskan dan mengena pada lengan Dino.
“Arggh….!!!” Teriak Dino kesakitan. Namun Dino tidak jatuh dan cuba berlari keluar. Zafi cuba untuk menembak lagi tapi pelurunya telah habis. Dani tidak melihat sahaja lalu mengeluarkan sebilah pisau yang terikat di betisnya. Dani membaling pisau itu sepenuh tenaganya dengan harapan mengena pada dada atau jantung Dino. Namun perkiraan Dani tidak tepat, pisau itu hanya terpacak di paha kanan Dino. Dino berteriak lagi kuat kali ini. Lalu jatuh tersungkur di atas tanah tidak berdaya untuk berdiri. Dino betul-betul kesakitan.
Zafi yakin yang Dino masih hidup. Dengan rasa yang tidak puas hati itu, Zafi berlari untuk mendapatkan Dino. Di tangannya memegang sebilah kapak yang dicapainya dari atas kotak kayu besar di dalam Gudang itu. Dia berlari-lari anak menuju ke tempat Dino terjatuh.
“Aku bunuh kau hari ini. Setan!!!” bisik hati Zafi.
Belum sempat Zafi dapat menghampiri Dino. Dua biji bom asap di baling di hadapan Zafi. Zafi segera tunduk menutup mata dan hidungnya. Pada masa itulah, Said dan Gaf segera menarik dan mengangkat Dino yang begitu lemah dan berlumuran darah. Mereka memapah Dino keluar dari Gudang itu dengan secepat yang mungkin.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

“Dah jauh, kita lari ni. Aku rasa mereka dah tak kejar kita.” Said menyatakan pandangannya.
“Kita berhentilah… dulu… aku tak dapat teruskan… kaki aku sakit” rungut Dino dalam kesakitan sambil memegang pahanya yang terkena balingan pisau Dani. Lengannya juga berdarah kerana terkena tembakan. Itulah kali pertamanya Said dan Gaf dapat melihat seorang yang berani dan kuat seperti seekor raksasa kehilangan tenaganya.
Said dan Gaf segera meletakkan Dino dan menyandarkan Dino pada pagar di hadapan rumah teres orang yang tak di kenali.
“Dino, kau mesti bertahan. Jerung Hitam tidak kalah lagi.” Gaf berbisik di telinga dino. Dino semakin lemah kerana kehilangan banyak darah. Darah yang mengalir dari paha kanannya mencurah-curah keluar. Pisau masih terpacak di paha Dino. Said cuba untuk menarik keluar pisau yang terlekat di paha Dino perlahan-lahan. Tangan Said tergetar-getar apabila cuba untuk menarik keluar pisau dari paha Dino.
Bie selesai menanda buku-buku latihan pelajar-pelajarnya, dia merenung ke arah pen yang diberikan oleh Dien itu. Dia mencapainya dan membelek-belek pen itu sambil tersenyum. Bie gembira kerana dia dapat juga akirnya mengingat siapa Dien yang sebenarnya.
“Bie….Bie….Bie…..!” Adah berteriak memanggil nama Bie. Suara Adah yang kuat dan agak cemas itu membuatkan Bie bingkas bangun dari tempat duduknya dan segeraberlari keluar dari biliknya untuk mendapatkan Adah.
“Ada apa, Adah?” sebaik melihat Adah yang berada di ruang tamu rumah sambil menjengah-jengah ke luar tingkap. Bie kehairanan.
“Bie… tengok tu.” Adah cuba menunjukkan sesuatu di luar tingkap rumah mereka. Bie segera menjengah keluar dengan menyelak sedikit kain langsir. Bie dapat melihat tiga kelibat lelaki berada di hadapan rumahnya. Bie cuba memfokuskan pandangannya kea rah tiga lelaki itu untuk mengenal pasti kelibat lelaki itu. Bie melihat dua orang lelaki sedang cuba memapah seorang lagi rakan mereka. Tapi gagal. Kelihatan seorang lagi kawan yang cuba di papah itu agak lemah.
“Hah?”
“Ada apa,Bie?” Tanya Adah mendengar Bie yang seolah-olah terkejut.
“Adah, itu Dien!” Adah memandang Bie dengan wajah yang terkejut. Bie segera berlari membuka pintu dan berlari ke Pagar rumahnya. Adah tidak berani keluar kerana takut. Adah masih ingat lagi pandangan mata Dien yang begitu menakutkan.
“Apa yang dah terjadi?” Tanya bie sebaik keluar dari pintu rumahnya.Said dan Gaf segera berpaling pada Bie. Mereka terdiam seketika dan memandang Bie. Melihat Said dan gaf berdiam sahaja, bie segera membuka pintu pagar dan mendapatkan Dino.
“Dien… apa dah jadi ni?” Bie memangku kepala Dino yang tersandar di pagar rumahnya tadi. Said dan Gaf kehairanan apabila mendengar Bie memanggil nama Dinodengan panggilan Dien. Said mencuit bahu Bie.
“Siapa kau? Mana kau tahu nama dia Dien?” suara Said agak kasar.
Bie menoleh ke arah Said. “Ini bukan masa untuk bersoal jawab, cepat bawa Dien masuk ke dalam rumah aku.” Said tersentak. Gaf yang mendengar arahan daripada Bie itu segera mengangkat Dien. Bie segera membuka pagar agar Gaf dapat membawa masuk Dien ke dalam rumahnya. Said mengikut sahaja dari belakang. Adah yang melihat dari dalam rumah menjadi terkejut apabila melihat Dien di angkat masuk ke dalam rumahnya dibantu oleh Bie.
“Baringkan dia di atas katil bilik aku.” Arah Bie kepada Gaf yang sedang mengangkat Dino. Dino semakin tidak sedarkan diri pada masa itu. Gaf segera membawa Dien masuk kedalam bilik Bie dan membaringkan Dino di atas katil Bie. Bie segera berlari ke dapur untuk mendapatkan air batu. Adah yang melihat Bie dalam kelam-kabut cuba untuk menolong. Adah segera mencari kain tuala kecil untuk di gunakan oleh Bie, kemudian Adah mengambil peti kecemasan yang terletak di atas almari di biliknya. Gaf dan Said terdiam kaku sahaja melihat Adah dan Bie yang menjadi kelam kabut untuk merawat Dino.
Bie cuba untuk menghentikan pengaliran darah yang berterusan dari paha Dino dengan air batu. Lengan Dino pula dirawat oleh Adah. Dino beruntung kerana peluru itu tidak menebus masuk dalam lengan Dino. Dino cuma terkena libasan peluru tembakan Zafi. Luka lengannya tidak begitu teruk. Hampir setengah jam, Bie dan Adah berusaha menghentikan pengaliran darah di paha Dino dan akhirnya berjaya. Dengan pengalaman yang ada pada Bie dalam memberi pertolongan cemas yang di pelajarinya dahulu semasa di bangku sekolah lagi memberikan Bie kelebihan menghentikan pendarahan di paha Dino. Dino beberapa kali juga meraung kecil kerana kesakitan semasa di rawat oleh Bie dan Adah. Kini Dino terbaring tidak sedarkan diri.
“Darah di pahanya sudah berhenti mengalir. Biarlah dia berehat dahulu.” Bie menerangkan dan kemudiannya mengajak Adah, Said dan Gaf untuk keluar dari bilik itu. Said,Gaf, dan Adah menganggukkan kepala dan kemudiannya berjalan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu rumahnya. Mereka semua berduduk di atas sofa di ruang tamu rumah. Bie menghulurkan kain tuala yang basah kepada Said dan Gaf untuk membersihkan muka mereka juga yang lebam dan berdarah di hidung dan mulutnya. Said dan Gaf menerimanya dengan senyuman atas kesudian Bie yang sudi untuk membantu mereka pada masa itu.
“Kamu duduklah dahulu ya! Biar aku buatkan air kopi untuk kamu.” Bie kemudian berjalan ke dapur. Adah berduduk sahaja di ruang tamu sambil melihat Said dan Gaf yang membersihkan muka mereka. Adah berasa geli hati melihat Said dan Gaf yang mengerang kecil kerana kesakitan apabila mengesat bahagian yang lebam di muka mereka.
Beberapa minit kemudian , Bie datang bersama dulang di tangannya. Bie menghidangkan air kopi kepada tetamunya dengan mesra. Selepas menghidangkan air kopi panas itu, Bie melabukan punggungnya di atas sofa dan berduduk di sebelah Adah.
“Jemputlah minum.” Pelawa Bie.
“Terima kasih. Mengapa kau sudi bantu kami?” Tanya Gaf.
“Macam mana kau boleh tahu nama Dino adalah Dien?” soal Said pula.
“Aku pernah berjumpa dengan Dien dulu. Satu tempoh masa dahulu. Pertemuan kami singkat sahaja tapi orang yang baik seperti dia memang susah untuk dilupakan.” Jawab Bie ringkas.
“Ow, macam itu. Jadi kau pernah berjumpa dan berkenalan dengan Dino sebelum ini.”
“Mengapa nama dia bertukar menjadi Dino seadangkan nama dia Dien?” Tanya Adah.
“Dia di panggil Dino kerana kekuatan nya seolah-olah seekor dinosaur. Dia juga seorang yang berani dan bersemangat tinggi dalam pertarungan.” Jelas Gaf. Adah mengangguk faham.
“Aku kenal dia. Walaupun singkat sahaja pertemuan kami dahulu. Tapi aku yakin yang dia bukanlah seperti ini. Dia seorang yang baik dan berpelajaran. Mengapa dia menjadi samseng seperti ini?” soal Bie yang penuh dengan persoalan yang tidak terjawab di dalam fikirannya. Mendengarkan soalan itu, Said dan Gaf terdiam seketika dan saling berpaling dan berpandangan di antara satu sama lain.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

“Alamdulillah,akhirnya sampai juga kita di kampong ini.” Sha mengucap kesyukuran.
“Yap, penatnya duduk di dalm bas tu. Rasa macam nak patah saja pinggang aku ni.” Keluh Johan. Dien dan Mark tersenyum.
“Dahlah mengeluh tu. Angkat beg cepat. Kita nak cari tempat untuk tidur malam ni. Hari sudah semakin gelap.” Mark memberi arahan.
“Baik, bos!” jawab Shad dan Johan serentak.
Mark, Johan, Sha dan Dien baru sahaja sampai di pekan kampung Air Murni. Selepas beberapa jam di atas bas berduduk. Walaupun penat tapi mereka perlu mencari tempat untuk berteduh keranan hari sudah pun semakin gelap. Mereka mengangkat beg masing-masing dan mula menggorak langkah mencari motel murah untuk disewa untuk satu malam sebelum dapat bilik untuk disewa selama mereka di situ.
“Mark, di sini ada bilik untuk disewa.” Dien memanggil Mark sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertampal di dinding berdekatan dengan tangga sebuah flat 4 tingkat. Mark mengambil kertas yang di hulurkan oleh Dien. Mark membaca kertas itu sambil menganggukkan kepalanya. Shad an Johan segera mendekati Mark. Sha menarik kertas itu dari tangan itu dari tangan Mark.
“Hah, murah ni. Baik kita ambil sebelum ada orang yang mengambilnya.”
“Yap. Betul kata Sha tu.” Johan selalu bersetuju dengan kata-kata Sha. Dien mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail numbor telefon yang tertulis di dalam kertas itu dan menghubungi pihak yang boleh untuk dibawa berbincang untuk menyewa dua buah bilik. Selepas bercakap dengan pihak bilik sewa itu, mereka perlu menunggu di bawah flat itu seketika. Seorang mak cik datang menghampiri mereka. Makcik itu berumur dalam lingkungan 40 hingga 45 tahun.
“Anak-anak ini kah yang ingin menyewa bilik?” Tanya mak cik itu.
“Ya, Mak cik. Kamilah yang ingin menyewa bilik tu.” Jawab Sha sambil menghulurkan tangan untk menyalam tangan mak cik itu. Mak Cik itu tersenyum melihat kesopanan Sha kepada orang yang lebih tua. Diikuti oleh Johan, Mark dan terakhir sekali Dien.
“Mari ikut mak cik. Bilik kosong itu di tingkat tiga. Kedua-dua bilik itu baru sahaja ditinggalkan.” Terang mak cik itu sambil berjalan menaiki anak tangga. Mereka empat sahabat mengikut sahaja dari belakang. Mak cik itu menunjukkan bilik yang di katakannya tadi. Bilik kosong itu bertentangan. Sha seorang sahaja perempuan maka dia perlu tinggal di bilik yang berasingan dengan tiga lagi sahabat lelakinya itu. Selepas berbincang seketika dengan mak cik itu dan sebut harga sewa dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Mak cik itu pun menyerahkan kunci kepada mereka. Mark menghulurkan wang pendahuluan kepada mak cik itu. Mak cik itu tersenyum dan terus menuruni anak tangga meninggalkan mereka. Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing dan mula membersihkan biliik itu. Bilik yang mereka duduki tidaklah begitu kotor kerana masih baru ditinggalkan oleh penyewa sebelum ini.Mark kemudiannya menyuruh Dien untuk membantu Sha mengemas biliknya. Dien mengikut saja cakap Mark tanpa sebarang rungutan. Di dalam empat orang sahabat ini, Mark adalah abang bagi mereka diikuti oleh Dien, Johan dan Sha adalah adik perempuan mereka yang bongsu. Mereka saling memerlukan dan selalu bersama. Persahabatan yang mereka bina selama di bangku sekolah lagi sehingga kini kekal kukuh dan kuat.
“Nasib baik bilik ni tidak teruk kotornya. Kalau tidak, mesti bertambah-tambah penatlah nak mengemasnya pula, kan?.”
“Ya, Sha.”
“Abang Dien, laparlah. Kita nak makan di mana?”
“Hmm… kita kemas-kemas dulu bilik ini dan kemudian bersihkan diri. Lepas tu barulah kita pergi makan. Nanti kita carilah kedai makan yang terdekat.”
Sha menganggukkan kepalanya sebeluum menanya soalan yang lain,
“Abang nak mula kajian abang ni bila?”
“Tak tau lagi Sha. Tapi secepat yang mungkin.”
“Baik. Sha akan tolong abang dalam kajian abang dan tolong abang buat thesis abang tu.” Sha tersenyum. Dien mengusap kepala Sha manja. Dien teramat sayang pada Sha. Dien lah yang mengenali Sha dahulu sebelum Dien memperkenalkan Sha kepada Mark dan Johan. Umur Sha dua tahun lebih muda daripada Dien. Perangai Sha sedikit kebudak-budakan yang selalu mahu dimanja. Dan bagi sha, dia paling suka bermanja dengan Abang Diennya kerana Dien bersikap tenang sepanjang masa. Dien dan kawan-kawannya ke kampong itu membuat kajian tentang beberap pokok dan alam sekitar di kawasan itu uhntuk di buat Thesis. Dien perlu menyiapkan Tesisi itu dengan segera untuk menjadi graduan. Mark, Sha dan Johan ikut ke kampong itu untuk membantu Dien dalam kajiannya.
Selepas mengemas bilik Sha, Dien balik ke bilik di hadapan bilik Sha. Mark dan Johan sudah pun selesai membersihkan diri. Malah Mark sudah pun siap memakai baju dan bersedia untuk keluar makan. Dien segera mendapatkan tuala dari beg pakaiannya dan segera masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan dirinya.
Malam itu, mereka menikmati makan malam di sebuah restoran di tepi pantai. Mereka makan dengan gembira sambil bergelak ketawa. Bagi mereka berempat, persahabatan mereka adalah satu perkara yang bernilai. Susah senang selalu bersama menempuhinya. Mereka begitu akrab sekali. Sesiapa sahaja yang melihat persahabatan mereka yang begitu akrab akan menjadi cemburu.
Awal pagi lagi, Dien sudah pun bangun dan bersiap. Dien ingin memulakan kajiannya secepat mungkin. Dalam pelajaran, Dien tidak akan bermain-main dan selalu bersungguh. Kawan-kawannya memang faham dengan perangai dien yang tidak suka melengah-lengahkan masa dalam membuat satu kerja. Kawannya juga bangun awal untuk pergi bersama dien memulakan kajian alam sekitar di kampong itu. Terdapat kawasan hutan simpan yang cantik dan terdapat banyak tumbuhan yang boleh di jadikan kajian bagi thesis Dino. Mereka memulakan kajian kepada tumbuhan-tumbuhan tertentu di dalam hutan simpan yang tidak jauh dari kawasan kampong air murni itu. Beberapa tumbuhan yang ingin di kaji, dien masukkannya ke dalam plastik sebagai sampel. Mark mula menangkap gambar-gambar tumbuhan itu untuk thesis Dien kelak. Johan dan Sha sibuk dengan computer riba masing-masing dan cuba untuk mencari nama dan jenis tumbuhan yang di kaji oleh Dien melalui internet dengan bantuan Broadband celcom yang mereka langgan. Masaing-masing membuat kerja mereka dengan baik. Sesekali terdengar bunyi ngilai tawa kerana mereka saling usik-mengusik di antara satu sama lain.
“Dah masuk dua hari kita menjalankan kajian di hutan itu, kalau cepat kita jalankan kajian tu. Bolehlah kita balik cepat.” Jelas dien kepada kawan-kawannya.
“kita dah sampai pekan ni. Nak balik dulu ker, makan dulu?”Tanya mark yang sedang memandu.
“abang Mark, kita makan dululah. Laparlah,” sha mencadangkan.
“Kau ni sha. Kalu makan nombor satu. Badan kurus, berat tak naik-naik juga.” Usik Johan.
“Abang dien… tengok tu. Abang Johan usik aku.” Sha mengadu pada Dien.
“Jo… janganlah usik dia. Nanti dia menangis dalam kereta ni, susah pula nak pujuk.”
“aahahahahah, baik bos.” Johan tersenyum lalu menarik telinga Sha manja.
“Ow, mengadu ya!”
“Mestilah…” sambil mencubit paha Johan., Johan dan Sha memang bersikap kebudak-budakan sedikit. Dien dan Mark tergelak kecil dengan perangai Johan dan Sha selalu sahaja bertengang leher.
“Kamu dua ni macam budak-budaklah. Umur dah tua. Kalau kahwin, masing-masing dah anak tiga dah.” Mendengar kata-kata Mark, Johan dan Sha tersengih-sengih sambil menunjuk-nunjuk di antara satu sama lain. Mereka singgah makan seperti pinta Sha. Mereka memilih untuk makan di gerai Mak Sum yang terletak di tepi pantai. Walaupun banyak kedai dalam deretan itu, mereka tetap memilih kedai Mak Sum sebagai tempat melepaskan dahaga dan lapar mereka. Mereka mula memesan makanan mengikut selera masing-masing. Selepas memesan makanan, mereka berbual-bual berkenaan dengan Thesis yang mereka sedang usahakan.
Keadaan di kawasan deretan kedai makan itu tidaklah begitu riuh kerana pengunjung atau pelanggannya tidak banyak. Sedang mereka berempat menikmati makanan yang mereka pesan itu, terdengar satu suara riuh dari hujung deretan kedai itu. Mereka berempat segera memelingkan pandangan ke arah suara yang riuh itu. Kelihatan dari jauh seorang lelaki sedang di belasah oleh 3 orang. Lelaki yang dibelasah teruk itu cuba untuk melarikan diri tapi gagal saja kerana belum sempat dia melarikan kaki dan tangan melekat di muka, badan dan kaki lelaki itu. Darah yang berlumuran keluar dari hidung dan mulut lelaki itu melimpah-limpah keluar tidak berhenti.
“Apa kita nak buat ni?” Johan bertanya.
“Biarkan. Jangan masuk campur. Itu urusan mereka.” Dien menjawab soalan itu bersahaja. Teman-temannya segera berpaling pada Dien.
“Apa kau cakap ni, Dien? Kita harus tolong orang yang lemah. Ini adalah keganasan.” Johan melenting apabila dia mendengar Dien menyuruh mereka berdiam sahaja. Mark dan Sha diam sahaja. Mereka semua tidak tahan melihat lelaki itu tersiksa di belasah. Lelaki yang di belasah itu berlari sehingga kakinya tersandung dan jatuh di hadapan Mark.
“Rafi, maafkan aku. Tolonglah lepaskan aku,” lelaki itu memohon maaf sambil meyusun sepuluh jarinya meminta di lepaskan. Rafi tidak mengendahkannya dan menghayun satu tendangan ke arah muka lelaki itu tapi Mark menendang kembali kaki Rafi sebelum mengena pada lelaki itu. Rafi segera memandang muka Mark dengan satu pandangan yang marah.
“Bajingan, kau nak masuk campur ya!” Rafi membalun satu penumbuk yang deras ke arah Mark dan dengan mudah Mark mengelak daripada penumbuk itu dengan menundukkan kepalanya sedikit dan Mark menghantar satu penumbuk dari arah bawah mengena pada rahangnya. Rafi terundur beberapa langkah ke belakang apabila terkena dengan penumbuk Mark. Dua orang lagi pengikut Rafi cuba untuk menyerang Mark. Mark pantas bergerak. Johan tidak melihat sahaja dan segera menendang seorang lagi lelaki yang cuba untuk memukul Mark. Mark dan Johan pernah menyertai kejohanan tinju peringkat negeri dahulu dan dengan itu tidak menjadi masalah bagi mereka untuk mengelak penumbuk daripada lawannya.
“Sha terduduk sahaja menjadi takut dengan pergaduhan itu sambil tangannya memegang lengan baju Dien.
“Mark… johan… sudahla tu!” Dien berteriak menyuruh mereka berhenti lalu menghampiri kawannya itu dan segera menarik kolar baju mereka dari belakang untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan lelaki-lelaki samseng itu. Mark dan Johan tersentak dan segera mematikan langkah untuk terus berlawan.
“Kamu bertiga tinggalkan tempat ini. Jangan sampai kamu tak dapat untuk berjalan pun kalau kamu tak mahu tinggalkan tempat ini sekarang!!.” Dien mengeluarkan kata-kata ugut untuk menakutkan samseng-samseng itu. Walaupun Dien tidak berlawan pada masa itu bukanlah bermaksud yang Dien tidak tahu untuk berlawan. Dien tahu beberapa jenis mempertahankan diri dan jauh lebih baik daripada Johan dan Mark. Lelaki-lelaki itu berdiri dan memandang Dien, Mark dan Johan dengan penuh rasa dendam.
“Hoi, hari ini kau dah buat satu kesilapan. Kamu bertiga akan rasakan pembalasannya nanti. Jerung Hitam akan kembali.” Teriak Rafi dari jauh. Dan terus meninggalkan tempat itu.
“Kamu berdua tak ada apa-apa?” Dien bertanya kepada dua sahabatnya yag bertarung seketika dengan samseng-samseng itu. Mark dan Johan tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ugutan dari Rafi tadi tidak diendahkan langsung.
“Jerung Hitam tu apa?” Tanya Sha yang mendengar ugutan itu tadi.
“Jerung Hitam tu adalalah sebuah kumpulan samseng di sini. Mereka baru sahaja bertapak di sini dua bulan yang lalu. Ramai orang yang takut dan tidak berani untuk melawan mereka.” Mak sum mencelah dan menjawab pertanyan Sha. Sa yang mendengar kata-kata Mak Sum menjadi risaudan segera menghampiri abang-abangnya itu.
“Abang, baik kita tinggalkan tempat ini. Mesti mereka akan balas balik nanti. Bahayalah abang!”
Mark mengusap kepala Sha lalu menjawab; “Jangan risau ya Sha. Kami akan jaga kau dengan baik.”
“Yap, aku juga. Jangan risaulah.” Sambung Johan pula dan terus kembali ke tempat duduknya uhntuk menikmati makanan yang ditinggalkannya tadi.
Sha menjadi runsing dengan sikap Mark dan Johan yang terlalu berani dalam mengambil risiko. Sha tunduk dengan wajah yang risau. Dien menghampiri Sha dan meletakkan tangannya di atas kepala sha. Sha mengangkat mukanya dan memandang Dien.
“Jangan risau. Kita akan tinggalkan tempat ini secepat yang mungkin. Abang janji!” kata dien begitu menyenangkan hati Sha. Sha kembali tersenyum semula. Dien kemudian menarik tangan Sha untuk kembali ke meja makan untuk menyelesaikan makan malam mereka.
“Oh ya, mana lelaki yang teruk di belasah tadi?” tiba-tiba Mark teringat. Mereka semua saling berpandangan dan mula memandang sekeliling untuk mencari kelibat lelaki itu tapi sudah tiada. Mereka semua tersenyum sambil berpandangan di antara satu sama lain.
Pada suatu petang,Dien berjalan menuju ke arah pondok menjual tiket untuk membeli tiket bas untuk balik. Selepas membeli empat keping tiket, dien berjalan ke sebuah kedai runcit berdekatan situ untuk membeli air minuman. Dien membeli setin minuman soya tin lalu di teguknya perlahan-lahan.
Hmm leganya. Bisik hati Dien apabila dahaganya terlepas juga akhirnya. Petang itu, Mark, Johan dan Sha tidak ikut sebab mengantuk lagipula Dien tidak memberitahu kawan-kawannya yang keluar untuk membeli tiket bas untuk balik. Dien menggorak langkahnya untuk alik ke flat tempat kediamannya. Tiba-tiba seorang lelaki berlari dan merempuh Dien sehingga air soya tin dien terjatuh. Lelaki itu kelihatan ketakutan.
“Abang tolonglah selamatkan saya. Tolonglah, mereka akan bunuh saya. Tolonglah…!!” lelaki itu menggenggam baju Dien dengan kuat. Dien jadi kasihan dengan orang itu. Kemudian beberapa lelaki menyusul di hadapan Dien. Rafi juga ada pada masa itu. Said dan Gaf juga ada pada masa itu. Gaf dan Said adalah pengikut jerung Hitam yang setia.
“Ow, kau lagi. Mana kawan-kawan kau yang bangsat itu?” Rafi bersuara apabila teringat akan Dien dan kawan-kawannya yang pernah menentangnya satu malam dua hari lalu.
“Mereka tiada. Mengapa kamu suka bertindak ganas macam ni pada orang yang lemah?” Tanya Dien dengan tenang.
“Itu urusan aku nak buat apa pun! Kau tak layak untuk mempersoalkannya. Hari ini aku nak belasah kau pula, biar jadi pengajaran pada kawan-kawanmu.” Dien terkejut mendengar kata-kata Rafi itu. Bilangan pengikut Jerung HItam pada masa itu adalah lebih kurang 11 orang. Dien berundur setapak ke belakang.
“Dah nak larikah?”
“Aku bukan penakut macam kamu semua. Aku tak kan lari.”
“ Dia ni banyak cakap pula. Belasah dia!” Rafi mengarahkan anak buahnya untuk membelasah Dien. Walaupun Dien seorang tapi tidak gentar hatinya berhadapan dengan lawannya. Dien mengelak, menepis serangan dengan cekap. Dien tidak mengayunkan pukulan yang lembut. Satu pukulan Dien terus menjatuhkan musuhnya dan tidak dapat berdiri. Dengan ini, dien tidak perlu berlawan banyak. Beberapa minitm pergelutan itu. Semua orang Jerung hitam terlentang berbaring di atas jalan. Rafi yang melihat anak-anak buahnya yang kalah oleh Dien. Dia terus melarikan dirinya. Dien tersenyum. Orang ramai yang melihat pergelutan itu berteriak kuat bersorak melihat kumpulan jerung Hitam kalah.
Dien menghampiri dua orang pengikut jerung hitam yang terbaring di atas jalan.
“Antara semua ni, kamu berdua adalah kuat dan kamu berdua dapat memukul aku walaupun aku mengelak dengan cekap tadi. Ingat ini wahai sahabat, kekuatan yang kita ada bukan untk keganasan tapi untuk melindungi sesuatu yang penting bagi kamu. Apabila kamu tahu apa yang kamu lindungi dengan kekuatan yang kamu ada. Kamu adalah jauh lebih kuat dan hebat di atas muka bumi ini.” Dien menaburkan sedikit nasihat kepada dua pengikut jerung hitam itu, Gaf dan Said. Gaf dan Said terdiam sahaja. Dien tersenyum dan terus berlalu meninggalkan Gaf dan Said. Dien berjalan sambil mengesat darah yang keluar dari bibirnya semasa berlawan tadi.
Dien menaiki tangga flat sambil bersiul.
“Abang Dien…” Sha menyambut kepulangan Dien di hadapan muka pintunya.
“Sha… dah makan?”
“Dah, makan meggi saja tadi. Ada lebih lagi, abang nak tak?”
“Boleh juga. Tapi nanti abang ambil ya. Abang nak bersihkan badan dahulu.”
“Baik.” Sha menjawab sambil tersenyum. Dien mengeluarkan kunci biliknya dari poket seluarnya dan segera membuka pintunya. Sebaik Dien membuka pintu biliknya, satu bantal mengempap mukanya.
“Aduh!”
Suara ketawa Mark berdeka-dekah apabila balingan bantalnya mengena pada Dien. Dien segera mengambil bantal di muka pintunya dan terus berlari dan melompat ke atas katil.
“Ow, kau main kasar ya?” dien terus memukul Mark dengan bantal yang di gunakan oleh Mark untuk membaling Dien. Mark tidak diam sahaja. Dia mencapai satu lagi bantal di atas katil itu dan segera memalas pukulan bantal dari Dien. Mereka bermain pukul-pukul mengunakan bantal sambil bergelak ketawa bersama. Johan yang baru sahaja selesai mandi kehairanan dengan Mark dan dien yang bermain seperti budak-budak di atas katil. Satu deringan telefon dari telefon bimbit Dien menghentikan permainan mereka berdua.
“Hello…”
“Hello. Saya encik Ismail dari pusat Kajian Alam kampung Air Murni. Saya telah baca surat kamu. Bolehkah kita jumpa sekarang?”
“ya saya. Sekarang?”
“Encik Dien ada masalahkah untk berjumpa sekarang?”
“Tak… tak… baik kita jumpa sekarang. Encik Ismail ada di mana sekarang?” Dien tidak mahu terlepas peluang untuk berjumpa dengan daripada jabatan Kajian Alam itu. Dia segera mencapai tuala dan bekas sabunnya dan berlari masuk ke bilik mandi selepas Encik Ismail memberitahu tempat perjumpaan mereka. Dalam 3 minit, Dien selesai mandi. Dien segera bersiap dengan cepat. Selesai bersiap, Dien terus mencapai begnya dan ingin berjalan keluar.
“Nak ke mana tu tergesa-gesa?” Johan melontar satu soalan kepada Dien. Johan sedang berduduk di atas katil sambil memegang sebuah buku. Dien menoleh kepada Johan.
“Nanti aku balik, aku ceritakan. Aku perlu cepat ni.” Jawab dien dan terus menerobos keluar dari pintu bilik dan berlari menuruni anak tangga flat.
Dien akhirnya dapat berjumpau dengan Encik smail. Mereka berbual mengenai tesis yang sedang di usahsakan dan pada masa itu juga Dien menemu bual encik Ismail untuk menjadi bahan tesisnya. Encik Ismail memberikan kerjasama yang baik pada Dien. Sikap bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh Dien membuatkan Encik Ismail menawarkan Dien satu jawatan kosong untuk Dien bekerja selepas terima ijazah nanti. Dien dengan senang hati menerima tawaran itu jika dia tamat pengajian nanti.
“Terima Kasih Encik Ismail sebab sudi membantu saya.”
“Tidak apa. Yang penting anak bangsa sendiri inginkan kejayaan seperti kamu. Saya tidak akan keberatan untuk menghulurkan bantuan yang mampu saya bagi.” Dien senang dengan jawapan encik Ismail. Mereka bersalaman dan berpisah di hadapan Café Starbuck. Dien pulang dengan senyuman yang lebar. Semakin dekat dengan flatnya semakin laju Dien berlari. Dien menaiki tangga flatnya sambil bersiul-siul.
Sampai di depan pintu, Dien melihat pintu Sha tidak tertutup rapat. Dien ingin memberitau Sha dahulu yang Encik Ismail menawarkan dia kerja dan telah membantu serba sedikit dalam kajian Dien. Dien menolak pintu bilik Sha. Mata Dien terbeliak apabila melihat bilik Sha bersepah seolah-olah berlaku pergelutan di situ.
“Sha…Sha…Sha…. Dien memanggil-manggil nama Sha. Hatinya kian tidak tenteram. Dien berlari ke biliknya.Pintu juga tidak berkunci. Keadaan biliknya juga sama dengan bilik Sha. Berselerak. Kali ini, mata Dien tertumpu pada dinding.
KALAU INGIN MEREKA SELAMAT, DATANG KE GUDANG TIGA SEKARANG! Itulah yang tertera di dinding bilik itu dengan penyembur warna cat berwarna merah. Di bawa perkataan itu tertera huruf JH yang bersandar pada perkataan Jerung Hitam. Dien mencampakkan beg sandangnya dan terus berlari ke Gudang tiga yang di maksudkan daripada ayat tertera di dinding itu.
“Bertahan Mark, Sha, johan… aku akan selamatkan kamu semua.” Bisik hati Dien yang begitu gelisah pada saat itu. Semakin laju, Dien berlari menuju ke arah Gudang itu. Dalam perjalanannya, Dien sempat mencapai sebatang besi untuk menghadapi pengikut-pengikut Jerung Hitam di gudang tiga itu nanti.
Dien sampai di Gudang Tiga itu engan nafas yang putus-putus. Dia masih tercungap-cungap namun dalam otaknya ketika itu adalah untuk melepaskan kawan-kawannya. Dia menerobos masuk ke dalm gudang itu. Dien di sambut oleh beberapa pengikut-pengikut Jerung Hitam yang cuba menyerangnya namun dien lebih pantas mengelak dan menghayunkan besinya tepat di muka seorang yang menyerangnya. Kemudian beberapa lagi orang cuba menyerangnya namun dipalu dengan besi yang tergenggam di tangan. Seorang lagi lelaki maju dengan kayu dan memkul tangan dien sehingga besi yang di pegangnya jatuh ke lantai. Dien segera menangkap lelaki dan segera mengunci tangan lelaki itu. Lelaki itu berteriak kesakitan. Dien menendang lelaki itu sehingga tersungkur terkena kotak kayu yang ada di dalam gudang itu. Semua yang menyerang Dien tadi terlentang. Walaupun dien kesakitan semasa bertarung tadi dan kepenatan tapi dia tidak putus asa. Semangatnya untuk melepaskan kawan-kawannya adalah nawaitu kehadirannya di situ. Dien tunduk dan cuba mencapai kayu di atas lantai lalu berjalan masuk. Ketengah Gudang. Di lihatnya Rafi sedang duduk sambil mengembuskan rokoknya dan menanti kehadiran Dien.
“Akhirnya kau datang juga.” Rafi ketawa berdekah-dekah.
“Woi.bangsat! mana kawan-kawan aku? Lepaskan meraka semua sekarang.” Teriak Dien sambil berjalan menghampiri Rafi. Belum sempat, Dien menghampiri Rafi. Seorang pengikut Rafi yang bersembunyi di sebalik kotak-kotak yang tersusun di dalam gudang itu menghayunkan kayunya ke arah perut Dien. Dien tidak sempat berbuat apa-apa dan segera memegang perutnya yang kesakitan. Rafi semakin ketawa berdekah-dekah melihat Dien jatuh terduduk sambil memegang perutnya.
“Berani kau panggil aku bangsat…!!!” teriak Rafi lalu member isyarat tangan kepada pengikutnya untuk memukul Dien lagi. Pengikut rafi itu segera menghayun kayu mengena ke elakang Dien. Dien jatuh tersungkur menyembah bumi. Kemudian pengikutnya itu menendang lagi perut Dien sehingga Dien tergolek-golek. Namun Dien masih cekal dan cuba untuk bangun namun satu lagi tendangan diberikan kepada Dien. Rafi begitu seronok melihat keadaan Dien. Dien mengangkat mukanya dan melihat ke arah Rafi dengan penuh rasa marah.
“Mana kekuatan kau? Tadi kau dapat lawan orang aku yang ramai. Mengapa kau tak dapat satu orang itu? Bangunlah…” Rafi mencabar-cabar Dien.Said dan Gaf yang berdiri di belakang Rafi kaku tidak bergerak.
Rafi memberikan satu isyarat lagi kepada satu lagi pengikutnya. Rafi berdiri dan menghampiri Dien. Pada masa itu, Dien terlihat sebatang kayu berada berdekatan dengan tangannya. Dia tidak terus mencapai kayu itu tapi sebaliknya menanti apa yang ingin dilakukan oleh Rafi terhadap dirinya. Rafi yang menghampiri Dien segera menangkap rambut Dien dan mengangkat muka Dien.
“Kau nak tengok kawan-kawan kau? Itu di atas.” Rafi menundingkan jarinya ke arah Mark dan Johan yang sedang tergantung di hujung kren Hitachi yang di gunakan untuk mengangkat kotak-kotak yang berat. Mark dan Johan tergantung tinggi.
“Mark…. Johan…” penglihatan agak kabur pada masa itu. Namun Dien sedar yang seorang lagi kawannya tidak tergantung bersama mark dan Johan.
“Mana seorang lagi?” Tanya Dien kasar.
Rafi ketawa semakin kuat, “Abang aku,Zafi sedang menikmati adik kau yang comel itu. Mereka sedang berseronok di bilik pejabat atas.”
Dien terkejut mendengar kata-kata Rafi. Hatinya mulai berapi-api marah. Dien segera mencapai kayu yang berdekatan dengannya tadi dan di balunkan ke muka Rafi. Rafi tersungkur. Pengikutnya yang menyerangnya tadi pantas menhayunkan kayu lagi ke arah Dien tapi kali ini Dien mengelak dengan cekap dan segera menendang perut lelaki itu lalu menghayunkan kayunya ke arah belakang tengkuk lelaki itu. Lelaki itu jatuh dan terus pengsan.Said dan Gaf yang berada di situ enggan berbuat apa-apa selain berdiam dan mengundurkan diri dengan segera. Kemarahan yang membara di hati Dien sudah tidak terkawal. Dien segera berlari menuju ke pejabat di gudang itu untuk menyelamatkan Sha. Dua orang yang sedang menjaga pintu masuk pejabat cuba untuk menyerang Dien namun usaha mereka gagal untuk menghalang Dien. Dien menendang pintu masuk yang terkunci itu dan terus berlari ke arah Zafi yang sedang menikmati tubuh kecil Sha.
“Bajingan, kau!” Dien terus menendang Zafi yang sedang berada di atas badan Sha. Dien menghayunkan kayunya deras ke arah Zafi. Tapi Zafi sempat melarikan dirinya dengan memecahkan cermin pejabat itu. Dien tidak mengejar Zafi tapi segera mendapatkan Sha.
“Sha, bertahan dik. Kau mesti kuat!” Dien cuba untuk memberi sokongan pada Sha. Dien menanggalkan baju yang di pakainya dan segera menutup badan Sha yang tidak berpakaian.Sha tidak berkata apa-apa. Air matanya mencurah-curah keluar dan badannya begitu lemah. Darah juga berlumuran keluar dari bahagian bawah. Sha semakin menutup matanya. Dien cuba menampar pipi Sha untuk mengejutkan Sha. Sha menarik nafasa panjang dan terus menghembuskannya. Itulah nafas terakhir yang dihembuskan oleh Sha. Dien berhenti menepuk pipi Sha.
“Sha….!!!!” Teriak Dien kuat. Air mata tumpah dari kelopak matanya dan membasahi pipinya.
“Dien…!!!” teriakan dari Mark yang sedang tergantung di luar bersama Johan. Dien segera melihat keluar melalui tingkap yang pecah itu. Dien meletakkan Sha perlahan dan terus melompat keluar dari tingkap yang pecah itu dan cuba mendapatkan pemandu kren Hitachi. Dien membalun penumbuk kea rah pemandu kren itu. Berlaku pergelutan seketika bersama pemandu kren hitachi itu sebelum Dien berjaya memukul pengsan lelaki itu. Dien segera mengmbil alih kenderaan itu dan cuba untuk menurunkan Mark dan Johan.
“Hoi….!!!” Rafi berteriak kepada Dien sambil mengeluarkan sepicu pistol dari baju Kotnya lalu mengacunya ke arah Mark dan Johan. Dien terkejut. Dien segera melompat keluar dari kenderaan itu dan pada maa yang sama, satu das tembakan di lepaskan kea rah Mark dan Johan. Tembakan itu menyasar dan terkena tali yang mengikat Johan dan Mark. Johan dan Mark terjatuh ke bumi dari tempat yang tinggi. Dien terdiam kaku sahaja melihat Mark dan Johan jatuh dari tempat yang tinggi itu. Suara teriakan Johan dan Mark yang kuat terhenti sebaik badan mereka menghempap di atas lantai simen gudang yang keras itu. Dien terkejut dan hatinya tiba-tiba menjadi tidak menentu.
“Mark…!!! Johan…..!!!” beberapa saat menjadi kaku barulah Dien dapat mengeluarkan suara teriaknya. Tangannya tergetar-getar kakinya mula menjadi longlai namun Dien tetap menguatkan dirinya dengan melangkahkan kakinya yang begitu lemah pada masa itu. Rafi yang terkejut melihat dua badan itu menghempap kuat di atas muka bumi membuatkan dia menjadi takut lalu berlari meninggalkan tempat itu. Pistol yang digenggamnya terlepas dan jatuh ke lantai sebelum dia melarikan dirinya.
Dien tidak mengendahkan Rafi seketika. Dia menghampiri dua sahabatnya itu. Air di bola matanya kian berair-air.Dien semakin hampir dengan sahabatnya itu. Kepala Johan berlumuran darah yang banyak. Begitu juga Mark. Postur badan mereka banyak yang patah. Kaki Dien semakin lemah lalu dia jatuh bertelut di sisi Mark dan johan. Air mata yang ditahannya tadi akhirnya tumpah dengan derasnya. Dien memgang tubu Mark dan Johan. Mereka sudah tidak bernafas.
“MARK!!!! JOHAN!!!!” teriak Dien yang hanya sia-sia. Dia gagal untuk menyelamatkan ketiga-tiga sahabatnya. Dien segera mencapai pistol yang terjatu dari tangan Rafi tadi dan terus berlari untuk mengejar Rafi. Namun Dien tidak perlu berusaha mengejar Rafi kerana Gaf dan Said yang membawa Rafi kepada Dien.
“Kami tidak mahu bersubahat dengan kerja Jerung Hitam lagi. Kau bunuhlah dia seperti mana dia bunuh kawan-kawan mu.” Jelas Said sambil menolak Rafi kepada Dien. Dien segera membalun satu penumbuk ke arah muka Rafi. Kali ini, Dien sudah lupa apa itu belas kasihan. Kematian tragis sahabat-sahabatnya dihadapan matanya sendiri membuatkan dia menjadi tidak terkawal. Dien tidak menembak Rafi dengan pistol yang di genggam tapi dia membunuh Rafi dengan menolak Rafi ke arah besi tajam yang terpacak di dinding gudang itu sambil berteriak;
“Mati Kau binatang!!!”

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

“Semenjak hari itulah, dia menjadi begini. Dia enggan untuk meninggalkan tempat ini hanya ingin menunggu kedatangan Zafi yang pasti akan datang untuk menuntut bela untuk adiknya, Rafi. Dien ingin menghancurkan zafi. Itulah niatnya. Selama itu juga dia sabar menunggu. Dendamnya begitu kuat. Tragedy yang terjadi padanya begitu menyiksanya. Walaupun sudah hampir dua tahun setengah kejadian itu tapi Dino masih juga macam itu. Dendamnya tidak pernah luntur dari hatinya.” Jelas Said.
“Semenjak hari itu juga, aku dan Said bernaung di bawah Dino. Kami menjadi pengikut Dien dan kami akan berkorban demi dia.” Jelas Gaf lagi. Bie dan Adah yang mendengar kisah tragis yang terjadi pada Dien mengalirkan air mata. Ketiga-tiga sahabat Dien mati dalam keadaan yang teruk. Bie menoleh ke arah biliknya yang terbuka dan memandang Dien yang sedang berbaring.
“Selepas kejadian itu juga, kumpulan Jerung itam meninggalkan kampong dan Zafi menghilangkan diri. Dan sekarang mereka sudah kembali.”
“Pertarungan malam tadi adalah di luar jangkaan Dino sehingga dia tercedera teruk seperti ini. Kami gagal melindungi dia dengan baik” Gaf menyatakan penyesalan yang dialaminya. Said tertunduk mendengar kata-kata Gaf. Bie tidak berkata apa-apa lagi selain berdiam. Bie berdiri dan terus berjalan masuk ke dalam biliknya untuk melihat Dien yang sedang terbaring di atas katil. Sesekali Bie terbayang mata Dino yang menyimpan beribu penderitaan dalam dirinya. Akhirnya Bie dapat mengetahui semua rahsia dari mata itu.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Dino membuka matanya perlahan apabila sinaran pancaran matahari memanancar ke mukanya melalui tingkap yang langsirnya tidak tertutup rapat. Dino melihat sekelilingnya perlahan-laan dan kemudian melihat di tepi katilnya seorang perempuan sedang duduk dan tidur. Dino cuba menggerakkan tangannya tapi dia merasakan kesakitan akibat tembakan yang menyasar di lengannya. Walaupun begitu, Dino tetap menguatkan tangannya untuk bergerak dan menggerakkan perempuan yang berada di sisinya itu. Dengan sekali gerak sahaja, perempuan it uterus tersedar.
Bie segera bangun apabila mendapati tangannya digerak kuat oleh Dino.
“Kamu dah sedar?” Tanya bie sambil tersenyum. Dino tidak menjawab. Bie terus berteriak memanggil Gaf dan said yang sedang berehat tidur di sofa di ruang tamu rumah Bie. Dengan pantas Gaf dan Said segera bingkas bangun dan berlari ke bilik Bie yang tidak tertutup.
“Ada apa Bie?” Tanya Gaf yang sampai dahulu di dalam bilik itu.
“dino…? Kau dah sedar?” Said yang masuk dan melihat mata Dino sudah terbuka. Said segera menghampiri Dino yang berbaring di atas katil. Dino segera cuba untuk bangun berduduk. Said tidak melihat sahaja dan membantu Dino untuk berduduk. Sesekali Dino mengelu kesakitan di pahanya.
“Kita di mana ni, Said?”
“kita di rumah perempuan ini. Mereka sudi membantu kita. Semalam kau teruk sangat. Darah tidak berenti keluar. Mujur ada mereka ini yang sudi untuk membantu kita.” Jelas Said. Dino memandang ke arah Bie. Bie tersenyum. Dien cuba untk bergerak. Dia ingin berdiri.
“Kita perlu tinggalkan tempat ini segera!” Dien memegang bahu Said dan cuba untuk berdiri tapi gagal. Keadaan pahanya masih luka tidak mengizinkan dia untuk bergerak. Darah mula keluar semula dari paha Dino apabila Dia bergerak. Bie segera memegang bahu Dino dan menyuruhnya untuk tidak bergerak.
“Dien, kamu jangan banyak bergerak.” Dino tersentak apabila mendengar namanya dipanggil Dien oleh Bie. Dino pantas menatap wajah Bie. Kehairanan.
“Siapa kamu? Macam mana kamu tahu nama sebenar aku?” Dino ambat beribu pertanyaan.
“Nanti aku jelaskan tapi buat masa ini. Kamu jangan bergerak ke mana-mana lagi. Kamu rehat sahaja di sini sehingga kamu pulih.” Bie cuba membaringkan Dino semula. Dino mengikut sahaja. Dalam keadaanya begitu, dia sedar dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dino terdiam seketika.
“Biar kau amblkan air untuk kamu minum.” Bie berlalu keluar dari biliknya menuju ke dapur untuk mendapatkan air minuman untuk Dino.
“Apa yang perlu kita buat sekarang Dino?” satu soalan dilontarkan oleh Gaf sambil berduduk di kerusi yang berada di tepi katil. Dino masih lagi berdiam. Dino sedang berfikir untk mencari strategi yang bijak untuk menentang Jerung Hitam. Bie masuk kembali ke dalam bilik membawa secawan air kosong untuk Dino. Bie menghulurkan cawan itu kepada Dino. Dino menyambutnya perlahan dengan sebelah lagi tangannya yang masih kuat. Dino meneguk air itu perlahan. Selapas menguknya beberapa kali, Dino menyerahkan cawan itu kepada Said.
“Sekarang keadaan aku teruk dan aku perlu mengambil masa untuk pulih dari kecederaan ini…. Gaf… Said… dengar betul-betul apa yang aku akan cakapdan kamu berdua perlu buatnya dengan baik.”
“Baik Dino. Apa dia?” Jawab Said dan Gaf serentak.
“Keluar dari rumah ini segera dan cari orang-orang kita dan arahkan mereka untuk meninggalkan tempat ini atau pun suruh mereka bersembunyi buat seketika. Dan kemudian kamu berdua cuba cari jalan dan palsukan kematian aku agar Jerung HItam berhenti mencari aku seketika. Selepas itu, kamu berdua juga cari tempat untuk bersembunyi.”
“Palsukan kematian? Apa yang sedang kau fikirkan Dino?”
“Kalau kami tinggalkan kamu di sini. Macam mana dengan kau?”
“ Jangan risau tentang aku. Lagi pula kalau kamu masih di sini. Kita akan menyusahkan pemilik rumah ini dan kita akan mudah di kesan di sini. Ikut cakap aku guys!”
Said dan Gaf terdiam. Apa yang dikatakan oleh Dino itu ada juga benarnya. Mereka tersenyum dan bersetuju kepada kata-kata dino tadi. Dino kemudian bertanya kepada Bie jika terdapat bilik stor di rumah itu dan Bie menjawab ya.
“Benarkan kau tinggal di bilik stor rumah kamu ini untuk seketika sehingga aku betul-betul pulih. Aku akan bayar segala-galanya sepanjang aku berada di sini.” Bie tersenyum.
“Jangan risau. Kamu tinggallah di sini sehingga kamu pulih.” Dino tersenyum.
“Bie… aku dan Gaf perlu tinggalkan tempat ini lagi. Kita jumpa lagi nanti dan kami mohon pada kamu agar kamu tolonglah jaga Dino untuk kami sebaiknya.”
“Aku akan jaga dia untuk kamu. Kamu berdua jaga diri baik-baik.” Pesan bie. Said dan Gaf meninggalkan rumah itu dalm keadaan bersembunyi di tempat duduk belakang kereta yang di pandu oleh Adah. Adahlah yang telah menghantar mereka berdua keluar dari kawasan perumahan teres itu kerana risau jika jiran-jiran melihat mereka berdua keluar dari rumah Bie pagi-pagi itu. Pasti ada yang akan bersangka buruk.
“Mereka dah keluar?” Dino melontarkan satu pertanyaan kepada Bie sebaik bie sampai di muka pintu biliknya.
“Yap. Adah kawanku yang seorang lagi itu yang bawa mereka keluar dari sini.”
“Mengapa kamu sudi untuk tolong aku?”
“Sebab aku kenal kau dan kita kawan.”
“Kawan?”
“Kau sudah lupa kan?” Bie pergi ke meja nya dan mencapai pen yang pernah di hadiahkan oleh Dino dauhlu.
“Kamu masih ingat pen ini?” ie menghulurkan pen itu kepada Dino. Dino mengambilnya dari tangan Bie.
“Pen ini….” Dino terdiam seketika dan Cuma mengingat kembali. Mengimbas kembali memori usang di dalam otaknya. Dino memndang kea rah pen itu dan membelek-belek pen itu.
“Ah, baru aku ingat!” Dino segera memandang Bie. “Engkau adalah gadis yang berada di dewan pada masa itu. Pen ini adalah satu-satunya pen yang aku sayang dan aku berikan pada kau. Tak sangka… kau masih menyimpannya.”
“Aku sebenarnya hampir lupa namun kehadiran aku di sini dan saat aku bertentang mata dengan kamu hari itu. Kau mempunyai firasat yang kuat yang aku mengenali mu.” Jelas Bie. Dino tersenyum. Kemudian Dino terdiam semula. Wajahnya kembali murung.
“Mengapa kamu bernuram, Dien?” Dien berduduk di tepi katil dan menatap wajah murung Dino.
“Maafkan aku kerana terpaksa menyusahkan kamu.”
“Itu rupanya. Kamu pernah bantu aku dahulu. Walaupun dengan memberi aku sebatang pen tapi nilainya besar bagi aku. Walaupun pada masa itu, kau tidak mengenali aku. Dan sekarang giliran aku membalas budimu lagipula aku kenal denganmu.” Dien tersenyum. Sudah lama Dino bersenyum sebegitu lebar. Dino sedikit berasa kekok untuk bersenyum.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Dani berlari anak menuju ke bilik Zafi. Zafi sedang bersama dengan seorang perempuan sambil berciuman. Zafi memeang seorang lelaki yang suka bermain dengan perempuan. Dia sering bertukar-tukar pasangan.
“Ada apa ni, Dani?”
“Zafi, ada perkhabaran yang Dino telah mati.”
“Apa? Betulkah apa yang kau cakap ni?”
“Ya. Mayatnya baru sahaja di kebumikan tadi.” Mendengar kata-kata Dani, Zafi menolak perempuan yang berada di sisinya dan mula ketawa berdekah-dekah kuatnya. Hasratnya untuk membalas dendam unutk adiknya, Rafi terkabul juga akhirnya. Zafi menghampiri Dani.
“aku nak kau buat satu parti untuk semua anak buah kita. Kelahiran Jerung Hitam akan diraikan. Mulai hari ini, tidak akan penentang lagi.”
“Baik Zafi tapi macam mana dengan pengikut-pengikut Dino?”
“BIarkan sahaja mereka. Kekuatan mereka adalah Dino tapi sekarang…. Mereka sudah tiada apa-apa lagi.” Ujar Zafi dengan sombongnya.
“Said dan Gaf?”
Zafi terdiam seketika lalu memandang Dani.
“Cari mereka dan uruskan mereka. Kau tahu apa yang perlu kau buat,kan?” Tanya zafi sambil memegang bahu Dani. Dani tersenyum. Dan mengangguk faham. Dani adalah orang harapan yang boleh diharapkan oleh Zafi.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Sudah hampir sebulan Dino tinggal bersama Bie dan tiada sesiapa yang tahu yang Dino masih lagi bernyawa. Kaki Dino belum pulih lagi. Dia berjalan dengan bantuan tongkat yang dieli oleh Bie daripada Pharmacy. Segala ubat-ubat untuk Dino semua diusaakan oleh Bie. Bie bagaikan jururawat Dino yang setia merawat Dino selama sebulan. Tidak pernah sekali Bie merungut untuk membantu Dino sehingga Dino betul-betul sembuh.
Satu petang, Dino sedang berduduk di ruang tamu sambil menonton TV bersama Adah. Adah sudah mula selesa berbual-bual dengan Adah walaupun Dino tidak bercakap. Perasaan takutnya kepada Dino sudah mulai hilang. Dino Nampak sahaja garang tapi cara dia erkelakuan adalah lembut. Adah tahu yang Dino bukanlah samseng yang azalinya adalah samseng. Dino seorang graduan juga. Kelakuan seorang graduan adalah baik kerana fikiran seorang graduan adalah baik.
Bie berlari masuk dari pintu masuk rumahnya dalam keadaan cemas.
“Dien… lihat ini!” Bie menghulurkan surat khabar kepada Dino. Adah seger aberpaling kepada Bie.
“Ada apa ni Bie? Mengapa kau Nampak cemas?” soal Adah namun tidak di jawab oleh Bie. Bie masih tercungap-cungap sedikit.
Mata dino melihat satu ruangan di akhbar dan mendapati gambar Said dan Gaf terpampang di muka surat itu. Dino membaca sedikit dan air mata jatuh dari kelopak matanya.
“Ada apa?” adah semakin menjadi tertanya-tanya lalu menarik surat akhbar di tangan Dino dan segera membacanya.Adah juga terkejut melihat gambar Said dan Gaf terpampang di akhbar itu.
“Mereka dah mati dalam kemalangan dan bunuh diri…”
“Tidak Bie. Mereka tidak mati sebab itu tapi mereka adalah di bunuh. Kali ini aku takkan lepaskan kau Zafi.” Dino segera mencapai tongkatnya dan mula berjalan ke biliknya. Bie dapat melihat Dino begitu marah. Walaupun Bie seorang yang tidak suka akan keganasan tapi sekarang Bie faham semuanya mengapa adanya keganasan. Mereka cuba unutk membela diri mereka.
“Macam mana kau nak hapuskan Zafi kalau keadaan kau masih macam begitu?” satu soalan yang dilontarkan kepada Dino dan Dino terhenti daripada terus melangkah balik biliknya. Dino terdiam sahaja.
“Kalu betul kau nak hapuskan dia. Buang tongkat mu dan berjalan semula Dino. Kau adalah satu-satunya harapan sekarang untuk membela semua kematian kawan-kawanmu dan orang kampong di sini. Jerung Hitam sudah mula kembali menakluki tempat ini semenjak mereka tahu kamu sudah mati. Dino, hiduplah semula.” Itulah kali pertama Bie memanggilnya dengan nama Dino. Adah terdiam sahaja mendengar perbualan mereka. Dino tertunduk seketika. Kata-kata Bie benar-ber\nar menyedarkan dia semula yang dia sebenarnya sedang tidak berusaha untuk sembuh. Dino melepaskan tongkatnya. Bie dan Adah melihat sahaja. Dino mula melangkahkan kakinya perlahan. Dino hampir terjatuh tapi Bie segera menyambutnya. Dino dan Bie bertentangan mata seketika. Mereka terdiam seketika. Adah tersenyum melihat mereka berdua.
“Ehem..eem…” Adah sengaja berbatuk dan menyentak Dino dan Bie. Bie dan dino segera tersentak dan mula menjadi tidak menentu.
“Ambillah tongkat tu semula. Dan mulai esok aku akan bantu kau untuk berjalan semula. Kita sama-sama usahakan ya!” Dino tidak berkata apa. Dia mengangguk sahaja. Dino segera kembali ke biliknya. Dino berduduk di atas katil dan tiba-tiba terbayang akan mata Bie yang begitu menawan. Hati Dino seolah-olah tertawan dengannya. Dino memegang dadanya. Jantungnya mula berdentum kuat seperti sedang dipalu dengan kau hoki yang keras. Apa ni? Bisik hati Dino. Kemudian Dino teringat akan Said dan Gaf yang telah dibunuh oleh Jerung hitam. Dino semakin koat dengan niatnya untuk menghapuskan Zafi dan kumpulannya. Aku akan hancurkan kamu Zafi. Bisik hati Dino bertekad.
“Lama kau bertentang mata dengannya. Sampai tak sedar yang aku ada di dalam rumah ini.” Perli Adah kepada Bie sebaik Bie berdudukk di sofa ruang tamunya. Bie menjeling ke arah Adah.
“Perli aku ya?” Adah tergelak kecil. Bie mencapai semula surat khabar dan membaca semula beru\ita mengenai kematian Said dan Gaf. Said dikatakan mati akibat kemalangan dan Gaf pula dikatakan bunuh diri dengan melompat dari sebuah bagunan yang tinggi. Bie terbayang kembali air mata yang jatuh membasahi pipi Dino. Kematian Said dan Gaf menambah penyiksaan di dalam hatinya. Kali ini Bie akan berusaha untuk membantu Dino untuk pulih kembali. BIe akan bantu Dino untuk berjalan semula.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Dalam masa hampir sebulan, Bie membantu Dino untuk kembali berjalan semula. Bie selalu mendapatkan nasihat daripada kawannya yang merupakan seorang doktor. Bie juga mencari kaedah mengurut kaki untuk mengembalikan urat-urat kaki Dino untuk bergerak semula. Dino amat menghargai usaha Bie. Dino akan buat dengan bersungguh-sungguh apa saja yang Bie suruh. Tidak pernah ada satu bantahan dari Dino. Berkat usaha keras mereka bersama, Dino sudah semakin boleh berjalan tanpa memakai tongkat. Walaupun masih terencot-hencot lagi tapi Dino sudah cukup puas jika dibandingkan dengan memakai tongkat untuk bergerak. Seperti orang yang cacat. Lagi pula Dino mempunyai misi yang besar untuk diselesaikan.
Dino mengetuk pintu masuk bilik Bie.
“Boleh aku masuk?” Tanya Dino selepas mengetuk pintu tiga kali.
“Masuklah” Sahut bie kuat. Dino segera berjalan masuk dan melihat Bie sedang menyeterika baju kurungnya. Baju yang akan di pakainya untuk pergi bekerja petang nanti. Bie erpaling seketiak mellihat Dino lalu mempelawa Dino untuk berduduk di atas kerusi di hadapan mejanya.
“Bie, mari ke sini sekejap. Aku nak bagitahu kamu sesuatu.” Ujar Dino selamba. Bie berpaling sekali lagi kea rah Dino dan terus meletakkan sterikanya dan mematikan suisnya. Bie berjalan ke arah Dino dan berduduk di sisi katil. Dino memusingkan kerusinya beradapan dengan Bie. Bie tersenyum sambil menunggu perkara yang ingin di ucapkan oleh Dino.
Dino menatap mata Bie seketika. Bie menjadi malu lalu bertunduk sedikit.
“Ada apa Dien?” Bie bertanya.
Dino tidak terus menjawab pertanyaan itu. Dino memberanikan dirinya untuk memegang kedua-dua belah tangan Bie. Bie tercengang namun dia menjadi kaku dan tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
“Aku sangat berterima kasih pada kamu, Bie. Kamu telah menjaga dan merawat aku sehingga aku betul-betul pulih. Walaupun aku ni banyak karena tapi aku tidak pernah dengar kamu merungut. Kau seorang yang sabar. Kerana kamu jugalah aku dapat berjalan semula…” Dino bungkam seketika. Bie memandang ke arah Dino.
“Tidak ada apa yang perlu kamu ucapkan terima kasih. Aku buat ini ikhlas untuk membantu seorang kawan.” Jelas Bie. Dino tersenyum. Hatinya mula mendesaknya untuk memberitahu segala isi hatinya kepada Bie.
“Bie…” tangan Dino semakin kuat menggenggam tangan Bie. Bie membiarkan sahaja dan menatap wajah dino. “Aku dah jatuh hati pada kamu semenjak kali pertama kamu mulai merawat aku di sini. Aku… Aku…Aku mencintai kamu.” Dino menyatakan perasaannya dalam keadaan sedikit gugup.
Bie tercengang. Kali ini dia amat terkejut. Bie tidak dapat mengeluarkan suara. Bie teramat terkejut. Dino memandang wajah Bie yang dalam keadaan terkejut lalu Dino tersenyum. Dino merapati Bie serapat yang mungkin lalu mencium bibir Bie. Bie tidak mampu menolak selain membiarkan sahaja. Badannya keras kaku. Tidak boleh bergerak. Dino melepaskan ciumannya lalu berdiri. Bie menjadi malu dan segera tertunduk malu. Itulah ciuman pertama yang Bie pernah rasakan.
“Malam ini aku akan tinggalkan rumah ini. Aku perlu selesaikan semua yang patut aku selesaikan dari dua bulan lalu.”
Bie mengangkat semula mukanya. “Apa? Kau akan tinggalkan rumah malam ini?”
“Ya, Bie…” Dino berpaling semula ke arah Bie dan mengsap kepala Bie sambil tersenyum. “kalau ada umur yang panjang, kita jumpa lagi.” Dino mula mencongak langkah ingin keluar dari bilik itu.
Bie terdiam. Termangu-mangu. Hatinya mula berdentum kuat dan laju. Saat Bie melihat dino mula mencongak langkah untuk keluar dari bilik itu, Bie berasa takut dan gelisah. Dia mula merasakan kehilangan sesuatu. Saat itulah, Bie juga mengaku yang ada cinta dihatinya untuk Dino. Bie segera berlari dan memeluk Dino dari belakang. Dino tercengang apabila Bie memeluknya dari belakang.
“Aku juga mencintai kamu, Dien. Dua bulan aku bersama kamu dan hanya kamu sahaja yang sentiasa ada di fikiran aku. Aku tidak boleh halang kau untuk pergi. Tapi… tapi janji pada aku yang kamu akan kembali.”
Dino segera berpusing dan segera menatap mata Bie sedalam-dalamnya. Dino dapat melihat yang cinta ada di matanya. Dino tersenyum lalu memeluk Bie.
“Aku pasti kembali untukmu…” Bie yang berada dalam dakapan Dino tersenyum lalu membalas pelukan dino. “I love U” satu ungkapan daripada Bie untuk Dino.
Malam itu, Dino meninggalkan rumah itu secara senyap tanpa di sedari oleh jiran-jiran di kawasan perumahan itu. Bie melihat pemergian Dino sambil memegang pen yang pernah diberikan oleh Dino dahulu. Bie yakin Dino akan kembali padanya dengan selamat namun hatinya masih juga gelisah.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Satu bunyi ketukkan kuat dari pintu bilik yang menjadi tempat persembunyian pengikut-pengikut Dino. Sam, Andy, Sai, Jef, dan Hippo sedang berduduk di dalam bilik itu. Saat terdengar bunyi ketukan itu, mereka menjadi risau jika orang-orang dari Jerung Hitam Berjaya menjejaki mereka. Sam mengarahkan teman-temannya yang lain supaya bersembunyi dan bersedia untuk berlawan. Sam menghampiri pintu dan membuka pintu perlahan-lahan. Dilihatnya hanya ada seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu sambil membelakangi pintu itu. Sam segera mengeluarkan pisau lipat yang disimpannya di dalam poket seluarnya lalu mengancam lelaki itu dari arah belakang.
“Kau siapa?” Apa yang kau nak?” soal Sam dengan kasar.
“Hoi, Sam. Akulah Dino.” Dino segera berpalling menhadap muka dengan Sam. Sam terkejut. Pisau di tangannya terlepas dan mukanya mula menjadi pucat.
“Kau dah mati…. Kau hantu kah?” Tanya Sam sambil mengundur langkah dan ingin berlari masuk semula ke dalam bilik itu. Belum sempat Sam cuba melarikan diri. Dino segera menangkap tangan sam dan memulasnya ke belakang. Dino cuba menenagkan Sam yang masih kelihatan ketakuatan seperti sedang melihat hantu.
“Sam, kematian yang kau dengar tu palsu. Aku yang minta Said dan Gaf memalsukannya.” Sam mula menjadi tenang. Dia diam seketika dan mula mengakui yang berada di hadapannya bukannla roh atau hantu seperti dalam fikirannya. Sam mempelawa Dino untuk masuk keilik itu dan mula memanggil teman-temannya yang bersembunyi. Pada mulanya, keadaan teman-temannya yang lain juga menjadi takut tapi Sam segera menjelaskan bagi pihak Dino. Keadaan mula terkawal dan mereka pun duduk bersila di dalam bilik itu dalam bentuk bulatan.
“sekarang aku nak tahu. Sejauh mana Jerung hitam telah menapak di kampong ini?”
“Mereka sudah mula kembali seperti dulu. Penduduk di sini menjadi tertindas mereka. Malah mereka juga menjadikan Gudang tiga sebagai tempat mereka menyimpan dadah.” Sam menjelaskan.
“Ow macam tu. Apa yang kamu tahu lagi?”
“sekarang ni orang paling atas dalam Jerung Hitam adalah Zafi dan dia ada seorang pengikut yang kuat, Dani namanya.” Pantas Andy menjawab.
“Dan Dani jugalah yang telah membunuh Said dan Gaf dengan cara yang teruk. Dia tu tidak berhati perut” rungut Sai pada Dino. Dino pantas memandang Sai.
“So, memang betullah mereka telah di bunuh.”
“Dino… apa yang perlu kita buat sekarang? Said dan Gaf sudah tiada. Orang-orang kita juga sudah meninggalkan kampong ini untuk meyelamatkan diri daripada ertemu dengan Jerung Hitam.” Soalan yang diutarakan oleh hippo membuatkan Dino tersenyum. Hippo, Sai, Sam, Andy dan Jef menjadi hairan.
“Mengapa kau tersenyum Dino?”
“Bukan apa-apa, Sai. Aku di bagi peluang idup sekali lagi dan aku masih berdiri di sini untuk mendapatkan pembelaan untuk kematian orang-orang yang aku sayangi. Aku ada rancangan namun kesilapan dalam rancangan ini akan menyebabkan kematian. Oleh itu, siapa yang akan terus dalam pertempuran kali ini.”
Semua mereka menjadi bungkam dan menundukkan kepala sambil berfikir.
“Jerung hitam telah bunuh ibuku dan aku tidak akan mengalah. I’m in.” ujar Sam sambil tersenyum.
“Aku juga. Aku nak hapuskan mereka untuk adik aku.”Sai segera mencelah. Tiga orang masih lagi berdiam.
“Kamu bertiga macam mana?” Sam bertanya pada Andy, Jef dan Hippo.
“Aku ikut. Hippo mengangkat tangan sambil menjawab. Melihat Hippo begitu bersemangat. Andy dan jef mengikut juga untuk pertempuran kali ini. Dino tersenyum melihat keberanian anak-anak buahnya yang masih bersemangat walaupun bilangan mereka sudah semakin sedikit.
“Sam. Siasat latar belakang dan keluarga zafi. Sai pula siasat apa yang di buat oleh Zafi dan dani sebagai rutin dan catat setiap masa stiap kali dia pergi ke gudang. Andy, jef Dan Hippo pula pergi pantau jika masih ada orang kita lagi di kawasan kampong ini. Kita akan hancurkan mereka dalam satu hari nanti.” Dino memberikan arahan kepada semua pengikutnya yang masih ingin terus berjuang untuk menjatuhkan Jerung Hitam. Mereka semua tersenyum dan mula menanam perasaan ingin menang dalam pertempuran kali ini. Dan kali ini juga, Dino tidak mahu bertindak terburu-buru. Dia lebih tenang dan merancang dengan baik mengikut perkiraan dari firasatnya sendiri.
Mereka semua mula menggorak langkah masing-masing dengan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh keazaman. Mereka ingin membela semua orang yang pernah menjadi mangsa Jerung Hitam termasuk Said dan Gaf yang baru dibunuh oleh mereka.
Dino berduduk di atas bangunan flat tempat tinggalnya sambil tangannya memegang gambar sahabat-sahabat baiknya. Dino sentiasa dihambat perasaan rindu dan rasa bersalah silih berganti dalam hatinya. Kematian sahabat-sahabatnya adalah kerana kegagalannya menyelamatkan mereka. Baginya dirinya adalah terlalu lemah sehingga dia melihat sendiri kawan-kawannya mati dihadapannya. Air jernih sentiasa keluar dari kelopak matanya setiap kali terbayangkan wajah-wajah pemergian semua sahabatnya. Matahari semakin terbenam. Mata Dino memandang matahari sambil berharap agar dia mendapat semula kawan-kawannya walaupun dia tahu itu hanya mimpi untuk meminta kawannya hidup semula namun hatinya tidak pernah luntur dari meminta.
“Dino…” satu suara menyapa Dino ketika dia menikmati cahaya senja petang dari matahari yang mula terbenam. Dino berpaling ke arah suara itu dan melihat kelima-lima pengikutnya, Sam, Sai, Jef, Hippo dan Andy sedang berdiri dalam satu barisan melintang dan memandang ke arahnya. Mereka semua tersenyum.
“Kami sudah sedia, bos!” Sai menyampaikan apa yang perlu dia sampaikan. Dino tersenyum kecil dan pengikut-pengikutnya menjadi tercengang melihat Dino tersenyum. Selama mereka mengikut Dino. Itulah kali pertama mereka semua melihat Dino senyum di hadapan mata mereka.
Dino berjalan menghampiri pengikut-pengikutnya lalu memegang bahu Sam.
“Dah tiba masanya untuk kita pergi. Jom.” Dino terus berlalu dan pengikut-pengikutnya tersenyum dan mengikut Dino dari belakang. Malam itu mereka akan mula membalas dendam dan melumpuhkan Jerung Hitam. Di hati mereka hanya ada dendam untuk menuntut bela atas kehilangan semua orang yang mereka sayangi.
Malam itu mereka membawa dua kereta kecil dan menuju ke sebua kelab malam. Rainbow Club untuk menangkap Dani. Andy, Hippo dan Sai masuk ke dalam kelab dan Dino, Sam dan Jef duduk saja di dalam kereta menunggu sehingga Dani dibawa keluar dari pintu belakang. Dani dalam keadaan mabuk pada masa itu. Seperti yang di rancangkan. Ketika dani berjalan menuju ke arah tandas. Sai, hippo dan Andy segera menangkapnya dan membawa keluar dani dari pintu belakang.tiada sesiapa yang melihat kejadian itu. Keadaan menjadi semakin lancar apabila penjaga di bahagian belakang telah pun dibeli oleh Dino untuk membantu mereka. Dani di bawa masuk ke dalam kereta dengan tangannya berikat dan mulut bertutup. Dani dalam tidak sedarkan diri pada masa itu akibat dihentak kuat mengunakkan botol minuman alkhohol yang keras ke kepalanya.
“Hoi, bangun…” Dino menampar muka Dani dan satu simbahan air dari satu cawan disimbahkan oleh Sam. Dani tersedar dan cuba memuka mata. Saat matanya terbuka, dia mendapati badannya lansung tidak boleh bergerak. Dani mendapati badannya sudah pun di tanam di dalam tanah dan hanya kepalanya sahaja yang tidak di tanam. Matanya beralih ke arah orang menamparnya tadi. Dani tercengang.
“Dino?”
“Mengapa kau hairan? Kau ingat aku dah mati ya?”
“Dino, tolong lepaskan aku. Aku hanya mengikut arahan Zafi lagipun aku tidak terlibat dalam kematian sahabat-sahabat kau.” Rayu Dani untuk di lepaskan dari dalam tanah itu. Dino tersenyum.
“Kau memang tak bunuh sahabat-sahabat aku. Tapi kau lah yang bunuh Gaf dan Said serta orang-orang yang mereka sayang.” Jawab Dino sambil menunjuk ke arah pengikut-pengikutnya ada di situ.
“Kau lihat tu. Maut kau sedang datang.” Sam menundingkan jarinya ke arah satu lampu yang jauh dan bergerak.
“Sekejap lagi, kereta api akan berlalu di sini dan masa itulah kau akan pergi. So, mengucap dan istighfarlah banyak-banyak dari sekarang.” Hippo mula menambah ketakutan Dani. Dani berpaling ke kanan dan melihat satu cahaya lampu yang semakin terang dan hampir. Barulah dia sedar yang dirinya sekarang telah di tanam di landasan kereta api di mana Said di bunuh olehnya. Dani mula merayu-rayu sambil menangis namun tidak di endahkan langsung oleh Dino dan pengikut-pengikutnya. Dino dan pengikutnya melabaikan tangan lalu mesuk kedalam kereta. Saat mereka meninggalkan tempat itu, kereta api pun berlalu dan kepala Dani tercabut dan berkecai digilis oleh kereta api itu.
Dino mula menuju ke arah Gudang Tiga untuk menyerang Zafi pula. Pemalsuan kematian Dino yang dibuat oleh Gaf dan Said membuatkan Gudang tiga tidak dikawal ketat. Kebetulan pada malam itu. Pengikut-pengikut Zafi banyak yang keluar untuk penghantaran stok dadah ke beberapa kawasan serentak di seluruh tanah semenanjung. Kekuatan yang Zafi peroleh pada malam itu anya lebih kurang 15 orang sahaja di dalam gudang. Zafi berduduk di dalam pejabat sambil menyiapkan sedikit kerjanya di komputernya.
Dino dan pengikut-pengikutnya menyusup masuk ke dalam gudang perlahan-lahan. Mereka menjatuhkan setiap pengikut Zafi yang sedang berjaga di dalam Gudang itu. Seorang demi seorang mereka pengsankan.
Dino membaling kapak sehingga cermin pejabat pecah. Zafi tersentak dan segera membuka lacinya untuk mendapatkan pistolnya namun tindakan Dino teramat pantas. Saat memecahkan cermin tingkap pejabat dan saat itu juga Dino berlari dan menerjah masuk melalui tingkap dan segera menendang Zafi sehingga terundur ke belakang. Dino segera menarik kolar baju Zafi dan mula munumbuk zafi dengan perasaan geram. Zafi cuba melawan. Dia menolak dino dan menendang Dino. Mereka mula berlawan dan bertempur dengan sengit dan hebatnya. Dino mengangkat sebua kerusi pejabat dan menghentakkan ke kaki Zafi. Zafi meraung kesakitan dan mula tidak bergerak. Sam dan Sai masuk dengan segera sambil membawa tali dan terus menangkap Zafi dan mengikatnya. Hippo segera mendapatkan kren hitachi dan mula menurunkan cangkuk di ujung tempat menyangkut tali untuk mengagkat barang yang berat. Sam dan Sai selesai dan segera mengangkat zafi dan menyangkutkan tali lebihan di atas cangkuk. Hippo segera menaikkkan Zafi ke atas sehingga mencecah bumbung Gudang itu. Dino segera berjalan ke arah meja Zafi dan mengambil pistol di dalam laci dan berjalan keluar dari dalam pejabat menuju ke arah pengikut-pengikutnya.
“Zafi, akhirnya masa kamu sudah tiba. Selama ini, kau bertindak kejam pada manusia dan sekarang kau akan rasa sedikit cara kekejaman kau.” Dino segera mencekah senjata itu dan mengacukan pistol ke arah tali lebihan Zafi supaya Zafi jatuh dan menghempap bumi seperti mana kawan-kawannya. Tangan Dino mengeletar. Dino semakin tidak yakin untuk melakukannya.
Andy berlari ke arah Dino dalam keadaan tergesa-gesa.
“kamu kenapa ni?” Tanya Sam.
“Dino, Polis ada di luar. Mereka menuju ke sini.” Dino tercengang dan terkejut.
“Apa?” Sam juga terkejut.
“tak guna. Kita tinggalkan tempat ini sekarang.” Dino memberikan arahan lalu mencampakkan pistol itu dan mula berlari bersama pengikut-pengikutnya. Saat mendekati pintu belakang. Sai berpatah balik.
“Sai…. Cepat tinggalkan tempat ini!” Dino member arahan lagi.
“Tidak Dino. Biar aku selesaikan dia. Perjuangan ini bukan perjuangan kau seorang Dino. Aklu juga ada dendam dan nekad aku.” Sai terus berlari meninggalkan Dino. Dino tidak pergi mendapatkan Sai. Baginya kata-kata Sai adalah benar. Dino member ruang untuk Sai memilih jalan yang dia mahu untuk membalas dendam demi kehilangan ibu dan adiknya kerana Zafi. Dino dan yang lain lagi segera meninggalkan Gudang itu mengikut jalan hutan belakang di mana mereka menyembunyikan kereta mereka.
Sai berlari mecapai pistol yang di campakkan oleh Dino. Sai segera menembak dua das tembakkan sehingga mengena tali ikatan Zafi. Zafi jatuh menghempap bumi seperti mana teman-teman Dino dahulu, Johan dan Mark. Polis yang telah masuk melihat Sai sedang berdiri di hadapan tubuh yang berbaring tidak bergerak.
“Letakkan senjata.” Salah seorang polis berteriak member amaran.
Sai berdiam dan meliahat kea rah Zafi. Zafi masih boleh bergerak. Sai memandangg ke arah polis-polis yang berada di hadapannya sambil tersenyum. Sai melepaskan satu das tembakan ke arah kepala Zafi sehingga tempurung kepalanya pecah dan darah memancut keluar. Seorang polis juga melepaskan satu das tembakan dan mengena pada paha Sai. Sai jatuh berlutut.namun senyumannya semakin lebar. Dia seolah-olah teramat bahagia dengan kematian Zafi. Sai mengacukan pistol ke kepalanya lalu melepaskan tembakan.
“Dino yang mendengar bunyi beberapa das tembakan itu ingin berlari semula untuk masuk ke dalam gudang tetapi di tahan oleh Sam, Andy, Hippo dan Jef. Mereka melarang Dino untuk pergi. Dino terpaksa akur dan terus masuk ke dalam kereta dan segera meninggalkan tempat itu.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Matahari senja sedang memancar dan mewarnakan langit sehingga kelihatan kemeraha-merahan. Petang itu, Bie dan Adah berjalan kaki sahaja menuju pulang dari sekolah yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan mereka. Pada kebiasaannya, mereka menaiki kereta kancil milik Adah tetapi kereta Adah terpaksa dimasukkan ke dalam bengkel kerana masalah enjinnya. Mereka berjalan menyusuri taman yang sekelilingnya penuh dengan pokok yang merimbun. Bie kemudiannya mengajak Adah untuk berhenti dan berduduk di sebuah kerusi di sebatang pokok yang besar. Adah mengikut sahaja. Tidak ramai orang yang berjalan-jalan di kawasan taman itu. Pada kebiasaannya pada waktu petang, ramai yang akan membawa anak-anak mereka berjalan-jalan dan bersiar-siar di Taman itu.
“Dah sebulan masa berlalu selepas kematian zafi dan dah sebulan jugalah aku langsung tidak mendengar khabar daripada Dino. Kau rasa ke mana Dino melarikan diri?” Adah bertanya kepada Bie. Apabila Bie mendengar nama Dino, Bie mula menjadi murung. Perasaan rindunya kepada Dino mula membawa kenangan di saat Dino mengenggam tangannya dan mencium bibirnya. Di telinga Bie sentiasa terngiang suara Dino mengucap kata yang dia akan kembali nanti. Bie bungkam sahaja.
“Mengapa ni Bie? Kau merindui dia?” Tanya Adah apabila melihat air muka Bie berubah dan Bie menjadi diam sambil memegang bahu Adah.
“Aku memang rindukan dia. Dua bulan aku yang menjaganya Adah. Banyak masa aku terluang untuk dia. Sehingga hati ini merindui sangat pada dirinya.” Jawab Bie slamba.
“kau dah jatuh cinta dengannya?”
Bie menggelengkan kepalanya lalu menjawab; “Kami dah bercinta.” Adah tersentak dan terkejut. Adah seperti tidak mempercayai hal itu.
“Betul ni? Sejak bila? Menagapa kau langsung tidak memberiatahu kepada aku?”
“Aku tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kau, Adah. Tiada masa yang sesuai.” Jelas Bie.
Adah tersenyum. “Jangan risau Bie. Jika dia mencintai kau sepenuh hatinya, dia akan kembali untuk kau. Aku yakin.”
Seorang budak perempuan berlari ke arah Bie dan Adah sambil membawa tiga kuntum mawar merah.
“Kakak bie… bunga ini untuk kakak.” Budak perempuan dalam lingkungan umur 6-7 tahun itu menyerahkan bunga itu kepada Bie. Bie mengambilnya sambil mengusap kepala budak perempuan itu.
“Baiknya. Mengapa bagi kakak bunga?”
“Abang tu yang suruh saya bagi pada kakak.” Jawab budak perempuan dengan petah sekali berbicara sambil menundingkan jari ke satu arah lalu berlari.
“Abang?” Bie kehairanan lalu melihat ke arah yang di tunjukkan oleh budak perempuan itu. Bie Cuma dapat melihat seorang perempuan yakni ibu budak perempuan itu. Adah juga tidak melihat mana-mana lelaki pada masa itu. Budak perempuan itu mencapai tangan ibunya dan mula berlalu pergi dan saat itulah mereka melihat seorang lelaki sedang berdiri di sebalik ibu budak perempuan itu. Seorang lelaki yang berpakaian kemeja hitam, bertali leher merah dan memakai kot. Lelaki itu kelihatan segak sambil tangannya diletakkan ke dalam poket seluarnya.
“Dino?” Adah yang mula engecam lelaki itu terlebih dahulu. Bie bingkas bangun dari tempat dia berduduk dan memandang ke ara lelaki itu sambil tersenyum apabila dia juga yakin yang itu adalah Dino.
“Suka tak dengan bunga tu?” Tanya Dino dengan suara yang lantang kerana mereka berdiri jauh sambil tersenyum. Bie turut tersenyum.
“Tak tahulah. Bunga ni untuk apa?” Bie menjawab dengan nada yang kuat juga.
“Untuk orang yang aku sayang.”
“Yakah sayang? Kalau sayang ke mana menghilang?”
Dino tidak terus menjawab lalu melangka berjalan menuju kehadapan Bie. Sesampainya Dino di hadapan Bie.
“Maaf ya… aku siapkan tesis aku yang aku tinggalkan dahulu dan pergi mencari kerja. Sekarang aku sudah di terima bekerja di jabatan alam sekitar melalui seorang kawan.” Dino mejelaskan sambil tersenyum. Dino sudah kembali seperti dahulu. Seperti saat pertama kali Bie bertemu dengan Dino dahulu. Bie begitu gembira dengan kehadiran Dino.
Dino mengeluarkan tangannya dari poket dan memegang satu kotak hadiah kecil dan di serahkan kepada Bie. Bie menerimanya dan membukanya perlahan-lahan. Bie melihat sebentuk cincin yang begitu cantik. Bie segera memandang Dino.
“Would you marry me?”
Bie tidak menjawab dan menatap mata Dino. Dari mata Dino, Bie tahu soalan itu ikhlas sekali. Bie tersenyum.
“Do I have any other answer besides yes?” Dino tersenyum mendengar jawapan Bie. Dino segera memeluk Bie. Kebahagiaan yang melonjak-lonjak di hati Dino saat Bie menjawab untuk menerima lamarannya membuat dia tidak menyedari keadaan sekelilingnya. Bie membalas pelukan Dino.
“I love you, Bie”
“I love you too, Dino.”
Adah yang melihat mereka berpelukan tersenyum menumpang kebahagian kawan baiknya itu. Namun Adah tiak membiarkan mereka lama berpelukkan.
“Hello…. Ini tempat awamlah.”
Bie dan Dino tersentak dan segera melepaskan pelukkan serentak dan masing-masing memandang ke arah Adah. Adah menghampiri mereka.
“Waduh, sudah bercinta-cinta sampai lupa berada di mana. Sampai aku pun kamu lupa juga.” Adah menyindir Dino dan Bie. Dino dan Bie diam sahaja sambil tersenyum. Mereka bertiga saling berpandangan lalu mula ketawa kuat kerana geli hati dengan apa yang baru terjadi. Jika bukan Adah yang menyentak mereka, mereka pasti lupa yang mereka berada di tempat awam. Dino menyarungkan cincin ke jari manis Bie. Bie kemudiannya mempelawa Dino untuk singgah di rumahnya sekejap.
Bie menarik tangan Adah untuk berjalan di hadapan kerana tidak mahu Dino melihat wajahnya yang begitu bahagia dengan lamaran Dino. Dino berjalan di belakang Adah dan Bie.
“Sha, Mark, Johan… aku telah balas dendam untuk kamu semua sahabatku. Dan sekarang masanya untuk aku kembali ke kehidupan yang sebenar dan membina hidup baru. Aku harap kamu suda tenang walau di mana pun kamu semua. I miss you all.” Bisik Hati Dino sambil melangkah dan melihat awan senja yang kemerah-merahan.